Iklan

Selasa, Disember 21, 2010

ULANGTAHUN KELAHIRAN

Waa... 15/12/2010 setahun lagi umur bertambah.  Alhadulillah, Allah masih panjangkan umur, sihat dan rezeki berpanjangan.  Terima kasih kepada famili, sahabat handai dan sanak saudara yang mendoakan dan memberi ucapan-ucapan berkhasiat.  Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dunia akhirat

Birthday tahun ni lebih manis dan spacial kerana turut diraikan secara besar-besaran...
15/12/2010 bersamaan  Hari Anugerah Tahunan UTM dan aku turut menerima anugerah 20 tahun perkhidmatan.  Sebenarnya dah lebih 20 tahun perkhidmatan tetapi tolak cuti tanpa gaji ikut suami bertugas di utara dan cuti tanpa gaji bersalin serta terlepas pandang pengurusan.



15 DISEMBER 2010
Anugerah Jasa Bakti - Perkhidamatan 20 Tahun.  
Anugerah Jasa Setia - Perkhidmatan 30 Tahun  
Anugerah Pesara.  


Gadget  Anugerah:  Jasa Bakti dan Jasa Setia
Buku Sanjungan Budi, Kad Jemputan, Kad Kehadiran, Sijil Penghargaan dan Seutas Jam Tangan.



Gadget  Anugerah:  Pesara
Buku Sanjungan Budi, Kad Jemputan, Kad Kehadiran, Sijil Penghargaan, Seutas Jam Tangan,
Senaskah Al-Quran dan Replika Keris


 Bersama staf  yang sama-sama diraikan.  

Pendek kata semua Otai-Otai belaka. Ada yang dah kenal, ada yang baru berkenalan dan ada yang langsung tidak kenal... tapi masih boleh makan semeja.


 Bersama Pn Afdriza dari jabatan HEM.. walaupun baru berkenalan tapi seronok berbual dengannya.
Pn ni baru balik dari Turki bawah projek GOP.

Yang ni.. 2 orang pensyarah dan staf CICT Jb:  En Wan Saari.

Tn Hj Bakri ni pun staf CICT JB juga... .setahun sekali pun belum tentu dapat jumpa.  Khabarnya tahun depan dah nak bersara, hai cepatnya bersara.






Sementara menunggu majlis bermula.
Pn Maimon, Pn Rashidah dan Hjh Latifah
Majlis berakhir.. bergaya bersama - kami dari KL
Pn Hasnah (Pesara),  Hjh Latifah (30th) , Prof Wardah & me (20th).. kira kami berdua ni paling muda belia... jangan mare nanti bertambah tua.


Suasana di lobi lif







Waa...kakak ku sorang ni tertinggal.  Bergaya sorang la ya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...