Iklan

Khamis, Jun 05, 2014

KARIPAP KENTANG




Hari minggu yang rajin .... hahaha

Menyelak-nyelak blok kengkawan, tiba2 ternampak RESEPI KARIPAP.  Terus teruja nak buat karipap.  Sebenarnya bukan tak pandai atau tak pernah buat karipap ...dulu2 zaman remaja kat kampung, memang selalu berkaripap.... tapi sejak berumah tangga sendiri ni............... tah pernah buat tah tidak.  Dah lupa. Ini semua angkara En Abe tu yang tidak meminatinya.  Hai di rumah ni dialah orang yang selalu menghabiskan apa-apa hidangan, tapi kalau dah dia tak minat, alamat penat je menguli.... lebih baik beli 4 biji makan sendiri.

Tapi kali ini, tidak berpegang dengan cerita di atas lagi.  Anak-anak dah besar, anak jiran pun dah ramai ... kalau tak habis, tiada masalah lagi.

Maka dengan pertolongan resepi dari ........... yang amat memudahkan kerja (maklumlah dulu zaman muda2 buat karipap takde ukur2 - tuang-tuang bahan, gaul dan uli, tak macam sekarang ramai dah berusaha memudahkan kerja).

Dengan terujanya hari ini nak mengimbau kembali, adakah masih ada skill lagi atau tidak. Terima kasih pada ........... kerana membantu.



RESEPI KARIPAP
(asal dari :    )
















CREAM PUFF










Jumaat, April 18, 2014

REUNION 17@80 Ex-SUA

Assalamualaikum sahabat maya ku.

Reunion ... tengok tajuk tu. Boleh teka tak berapa lama kami dah berkawan / tak jumpa. Pertemuan bagi kami yang berusia 17 tahun pada 1980 di SUA (SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor).

Setelah dipersetujui bersama .. tarikh 12 April 2014 menjadi detik sejarah "pertemuan semula". Atas kesungguhan yang amat berusaha pengelola majlis Dr Norsaleha dan yang mulia tuan rumah Pn Siti Jaharah, maka terlaksanalah majlis tersebut.

Diantara kami ada yang langsung tidak pernah bertemu, sejak keluar dari sekolah.  Bermakna tidak bertemu selama 34 tahun. Dulu kami 17 tahun, kini  kami semua dahpun ... sendiri kiralah.... tapi  bila bertemu umpama kembali ke zaman itu.

Antara kami yang hadir di majlis tersebut, tapi masih ada beberapa orang yang tertinggal kerana hadir lewat.


Sesi menyambut tetamu.

 Tuan rumah budiman ... persilakan masuk, jamah hidangan.

 Beramah mesra sambil menjamu selera.

Hebatnya kaum adam bersembang dengan kawan lama.

Macam-macam ragam...

Yang mengambil kesempatanpun ada ... menyambut hari lahir

 Mencari geng sealiran

 Murid-murid ... beratur, tangan atas bahu, pandang belakang.......senyum!
Cam dak lenjeh je... macam je, tapi takpun.

Yang ni geng lain pula...sanggup sembang tengah panas. . Carilah tempat teduh kok iapun nak sembang.
Yang lawaknya ... ada sorang tu, teruja sangat jumpa kawan sampai lupa tutup enjin kereta....he3, siapa dia tu? 

Sibuk bersembang, sibuk bergambar, sampaikan hidangan yang lazat-lazat kurang mendapat perhatian. Apapun hidangan yang disediakan memang mantap... hinggakan ada yang terkilan tak sempat makan. 
Tapi tapau pun sempat juga.
Terima kasih pada tuan rumah dan kawan-kawan yang menyumbang, yang hadir dan  tidak hadir.

Hiiiii... Charle's Angle SUA '80 ... perasan tak sudah.

Semangat setia kawan tetap diteruskan. Semoga pertemuan ini bukan yang terakhir.  Harap semua sihat, panjang umur dan murah rezeki agar dapat bertemu lagi.


Ahad, Mac 16, 2014

ZIARAH @ REUNION X'SUA 80

Assalamualaikum sahabat maya... lama tidak bertemu.

Hari ini mengisahkan pertemuan semula 8 orang  sahabat lama yang telah terpisah  selama 33 tahun. Kami 8 orang merupakan X'SUA... Lutfi, Zara, Nor, Yati, Yah, Dija, Sma, Sal  dan turut sama isteri Lutfi (Zawiyah).
.
Pertemuan pertama kali dengan Yati, Sal & Zara.
Pertemuan kedua dengan Lutfi, Nor & Dija.
Hanya Yah je yang dah berkali-kali bertemu.

Pertemuan diatur di Hospital Selayang sambil menziarahi  Lutfi yang sedang sakit dan mendapatkan rawatan di sana. Riuh rendah wad 7A, di katil Lutfi petang tu (Sabtu 15/3/2014) dengan sembang kami yang macam bertih goreng ... Nasib baik wad kosong ketika tu, jika tidak ada yang kena piat telinga.


Kesian Lutfi... terpaksa menahan sakit untuk ketawa dek sembang  kami.  Walaupun rakan sebaya ni dah 5 series tapi bila dah jumpa terasa masih macam dulu ... sesekali cerita simanis 17 timbul kembali.

Apapun kami sentiasa mendoakan Lutfi dan keluarga sentiasa sabar, tabah dan ingat kepada Allah selalu. Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti semula.



Sebelum berpisah ... sempat lagi kami posing di lobi hospital. 

* R'imah, Zara dan Yati datang bersama suami.

* Nor, Dija, Sal dan Sma - kami berkongsi kereta ... 
"kisah lucu kita tak kan ku lupa ... ranjau duri perjalanan tempuh bersama"

he3... LUCU :D

Khamis, Januari 02, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum e-sahabat.

Alhamdulillah .. bertemu kembali di tahun baru 2014. Setelah sekian lama tidak turun ke SP di maya... hari ini sedaya upaya menyempatkan diri hadir ke maya, khusus untuk menikmati tahun baru 2014.

Semoga tahun 2014 dan tahun-tahun akan datang jauh lebih baik dan lebih cemerlang dari tahun-tahun yang telah berlalu.  Semoga Allah kurniakan segala rahmat dan nikmat serta keberkatan untuk hari-hari mendatang, disamping kebijaksanaan dan kekuatan semoga kita semua beroleh kejayaan cemerlang dunia akhirat.


Pagi harmoni ... tetiba disambut dengan suasana begini... perkara biasa je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...