Iklan

Jumaat, September 17, 2010

Syawal di Kampung

Ramadhan pergi, Syawal menjelma
Selamat Hari Raya


1 Syawal 1431H bersamaan 10 Sept. 2010 (Jumaat)
Tahun ini beraya di Perak dulu...rumah mak I


1 Syawal
- pagi: solat raya dan tahlil di masjid dgn mak, suami, adik2 dan anak2. Hari hujan...takde tetamu.. apa lagi, makan, makan dan makan....tidur.
- tengahari : org lelaki gi masjid, solat jumaat
- petang : gi Selangor, rumah mak mertua... mlm ni adik beradik abe berkumpul


2 Syawal
- pagi, solat subuh jemaah.
- buat sarapan pagi beramai2 (sebelanga mihon goreng, sebesen pisang goreng dan 2kg tepung untuk cekodok bawang.......... tak cukup! maklum ramai.... 50 org ada kot...makan rebut2 memang sedappppppppppp.
- gi kubur abah.
- gi beraya rumah sedara sebelah abe (angah Siah dan Tok Chu)
- tengahari, gi raya sebelah I (Pak Long, Mak Jah, Pak Usop, Siha, Mak Sul dan Pak Zamzam)
- malam, makan malam bersama2 dan anak2 main bunga api....waaa....seronok banget.


3 Syawal
- ngan adik beradik abe, beraya ke rumah mak mertua Hanim (Hanim dpt baby baru)...kat Tlk Rubiah Perak.  Seronoknya,   melawat kebun dan chelet... teringat rumah pondok kami kat belukar dulu2.
- gi hospital..tengok baby (di wad - kuning)
- gi rumah kak yah.. makan nasi dan laksa...sedap!


4 Syawal
- gi Sg Samak, ke rumah mak sedara mak I (nenek sedara la tu)
- gi rumah jiran mak  (mak lang dan mak sum)
- nak balik rumah sendiri,  tp singgah dulu makan tengahari di rumah Idah (adik abe).
- rumah mak mertua .
- petang baru sampai rumah................penatnya
(berakhir episod beraya di kampung)

Khamis, September 09, 2010

Ramadhan 1431

Assalamualaikum.

Malam ni, malam 30 Ramadhan..
Begitu cepatt masa berlalu.  Sepanjang bulan ni tak berkesempatan membuat catatan Ramadhan.  Asalnya berbagai perkara teringin dicatatkan... apalah daya, begitu asyik menjalani ibadah puasa.

BAB PASANG PELITA

Malam Ramadhan akhir begini.. ni terkenang aku zaman kanak-kanak dulu... sahdunya... duduk kampung, tak pernah terfikir pasal 'balik kampung'.
Kat kampung jamtu takde letrik... sibuk fikir camna nak pasang pelita... sebab pelita lebih takde.. nak beli takde sen.  Carilah tin susu... tebuk bubuh sumbu dari talii guni.  Teruk jugalah guni tu kita kerjakan... dilurut talinya satu persatu untuk buat sumbu.

Bab pasang pelita ni .. trajis juga... berlumus tungkus memasangnya.. ditiup angin padam, pasang lagi dan lagi. Last2.. takde kerja lain, asyik nyalakan pelita antik tu.  Silap haribulan, angin tiup... api masuk dalam tin berisi minyak tanah tu... apa lagi menyambarlah... ..terjerit2 mak dari dapur ... cemas, takut anaknya ni hilang bulu kening lak raya esok.

BAB BERANGAN

Aku dan kawan duduklah depan rumah tu jaga api pelita sambil duduk berangan-angan...

- KALAULAH ADA LETRIK...kami bayangkan dengan adanya letrik kita pasang lampu 'lip lap' dari rumah ku ke rumah YAH.

- KALAULAH ADA BUNGA API...waa.akunya bunga api fesyen camni..fesyen camtu dan macam2.

- KALAULAH BOLEH BUAT JAMBATAN.. aku nak buat jambatan sambung dari beranda rumah ku ke beranda rumah YAH.  Takyah jalan atas tanah... takut.. jauh...gelap.. huu jambatan tu cam jejatas lebih kurang dalam angan ku. Bolehlah kami berlari sana sini rumah ku ke rumah YAH, rumah YAH ke rumah ku...
Harimau tak dapat tangkap kami, sebab kami jalan kat atas... boleh kita gelak2 tengok rimau atau babi utan kat bawah tu....

Waaaaaaaaaaa... camtulah aktiviti malam2  akhir Ramadhan zaman kecik2 dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...