Iklan

Khamis, Mei 05, 2011

2nd ANNIVERSARY STAMP


UNTUK PENGUNJUNG n FOLLOWERS
sempena



Hari ini 11 Mei 2011, genaplah 2 tahun usia SYIMAMA PAGE  dimaya.  Alhamdulillah kerana hajat berblog telah tercapai dan berterusan, walaupun sebenarnya tiada ilmu dan bakat dalam penulisan  ... tapi tetap ingin menyertai rakan-rakan dimaya.



Kadang kala  bertanya pada diri sendiri:-

- apa tujuan aku berblog?
- apa aku dapat dengan berblog?
- ok ke aku berblog?

Tetapi... walau apapun...walau bagaimanapun....
jawapannya tetap kerana:
"MINAT" => ILMU & KEBAIKAN  serta PERSAHABATAN.




Kepada yang berkunjung, mengikut, membaca atau melihat aje... ribuan terima kasih diucapkan. Tanpa pengunjung dan followers,  SYIMAMA PAGE tentu kesunyian dan kurang semangat.

Mohon doa... keberkatan, kesejahteraan dan kebaikan kita berblog .... moga kita semua beroleh ilmu, rahmat dan nikmat dengannya.


Untuk itu, saya reka  SETEM KHAS   dengan 3 warna pilihan, khusus untuk semua.  Kepada pengunjung dan follower budiman .... 
silakan.. jangan segan2 untuk memilikinya 
(pilih mana suka!).

Harap semua sudi terima dan suka dengan hasil gubahan sy.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

11 Mei juga adalah tarikh lahir emak saya ...
mudahcara mengingati kedua2 tarikh.


Khusus untuk ibuku:

"SELAMAT HARI LAHIR IBUKU SAYANG"

~::* PN HJH KALTHUM *::~

 SEMOGA IBU DIKURNIAKAN UMUR YANG BERKAT, SIHAT SEJAHTERA, BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT. 

 Terima kasih dan halalkan serta ampun maaf atas segalanya.

serta ucapan:
~*** SELAMAT HARI IBU***~
(untuk semua ibu)

"sy = saya = k.syima = syimama = syimama page"




12 ulasan:

Sharifah Nadzarah berkata...

assalam...sis..tq sudi dtg blog sy..slmt hari ibu..hepi besday tuk ibu sis..& hepi anivesary utk syimama page..jgn lupa esok dtg amik award plak..

Syimama berkata...

wkmsalam ya syarifah..waaa..banyaknya ucapan. Terima kasih, SWEET MEMORIES dah pasang di glaria.

noorsafone berkata...

Salam syimama...Happy Anniversary Syimama Page,selamat hari utk ibu & Happy Mothers Day...wah dh 2 tahun usia blog ya...terus menulis lg dan berkongsi ilmu..

Syimama berkata...

waalaikumsalam noorsafone..t.kasih bersama meraikan kebahagiaan sy. Walaupun dah 2th ..tapi sy tidak seaktif noor..ikut kelapangan je dan tak banyak idea untuk ditulis

Unknown berkata...

hepi 2nd anniversary..

Azlita Aziz berkata...

happy 2nd anniversary... to SYIMAMA PAGE.. semoga terus berkarya...

Selamat hari ibu juga ye! dan Happy B'day tuk ibu Syimama jua...
dari Azlita di Masam Manis

Syimama berkata...

Syuhada n Azlita:
Terima kasih kunjungan dan ucapan2 semoga barakah..Amin

Syahida Mohd Yusof berkata...

salam syima, happy mother's day n happy birthday to your mum. Akak pun nak share sikit pasal berblog ni.. Pada akak, berblog ni kerana minat pd pokok2 bunga. Bila tgk bunga2 tu syok sendiri pulak.. Tapi masalah jugak pd akak ialah tak pandai nak susun ayat.. kelakar ekkk. makin lama makin blurr ...

[sutera kasih] berkata...

happy 2nd anniversary for your page:)

FIRST TIME INTERVIEW

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum syimama,

Hepi aniverseri yang ke 2 untuk blog syimama. Semoga terus menulis.

Selamat ulang tahun kelahiran juga kepada ibunda syimama, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.

Ni dengan tak malunya saya angkut balik rumah saya stem ni yer.

Syimama berkata...

salam k.shida..tq datang dengan ucapan dan pandangan..seperti akak, sy sebenarnya memang minat pada pokok dan hasil2 seni,tak banyak idea, kurang kreatif dan tak pandai berkata-kata..tapi rasa seronok sangat dapat turut serta.

Syimama berkata...

sutera kasih..besar hati menyambut kehadiran dan sokongan..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...