Iklan

Isnin, Oktober 31, 2011

BERITA DARI TANAH SUCI - INNALILLAH

30 Oktober 2011 bersamaan hari Ahad, duduk bersantai selepas selesai solat subuh sambil menonton "Anda Muskil" di TV.

Tiba-tiba telefon rumah berdering-dering, berlari ke tingkat atas menyambut panggilan tapi tidak sempat dah berhenti.  Tengok nombor yang tertera, nombor yang tidak dapat dikenali.  Suamiku kata salah nombor agaknya, sebab nombor telefon rumah hanya untuk saudara mara terdekat sahaja. Aku pun turun semula menyambung aktiviti.

Tidak lama selepas itu, telefon berbunyi semula.  Suami pula berkejar naik, tetapi bila disambut tiada suara.  Hati mula terasa tidak  sedap, terus ambil handphone pula... mana tahu ada orang nak buat panggilan.

Betul sangkaan kami. hp berbunyi...adikku "Yang" buat panggilan rupanya.
"Kak, ada perkhabaran dari Tanah Suci, Bokde Jah meninggal di sana.  Anak aruah call mak sebelum subuh.  Dia jatuh dan terus meninggal". Yang terus menceritakan perkhabaran sebagaimana yang diterima.

"INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAAJIUN"
Baru semalam, Sabtu 29 Oktober 2011 mak saudaraku Pn Khadijah Hj Wahab (kami panggil Bokde Jah) berangkat ke Mekah bersama anak dan menantunya dalam keadaan sihat.  Malam sebelum berangkat aku membuat panggilan  pada Abang Ismail (anak Bokde Jah), hati memang teringin bercakap dengan Bokde Jah, tapi mengenangkan mungkin dia nak berehat dan tenangkan fikiran, maklum esok akan berangkat, membuat aku membatalkan hasrat untuk bercakap dengannya dan hanya berkirim salam dan mengucapkan selamat jalan semoga mendapat haji mabrur.

Bertahun-tahun dia menunggu panggilan haji, tapi masih belum sampai masanya.  Masih teringat kata-kata Bokde Jah kepada ku sewaktu aku hendak menunaikan haji dahulu...yang membuat aku terharu... "Bokde Jah ni entah bila dapat pergi haji.. entah sempat entah tidak. Nanti doakan moga Bokde dapat pergi juga ya".

Hari raya tempohari dengan gembira dia beritahu kami, yang dia akan berangkat ke Tanah Suci musim ini  dan katanya; "DOAKAN BOKDE SIHAT DAN DAPAT BUAT HAJI MABRUR YA".

Tahun ini sampailah panggilan haji Bokde Jah. Rupa-rupanya perginya menyahuh 2 panggilan "Panggilan Haji dan  Panggilan Ajal".  Sudah suratan dan ketentuan dari Allah.  Sebagai manusia biasa kita akur dan hanya berdoa serta mengharap dikurniakan segala yang terbaik dariNya.

Menurut kata emakku, sampai di sana Bokde Jah terjatuh, dikejarkan ke hospital dan terus meninggal.  Anak2nya tentu begitu kehilangan. Emak ku juga kehilangan kakak yang baik dan spoting, tempat bercerita dan mencurah rasa.  Tentu mak terasa begitu sayu.  Kami pula kehilangan ibu saudara yang amat dikasihi. Teringat kata-kata dan kemesraannya, senyumannya dan masakannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solehin. AMIN.
AL-FATEHAH

Sabtu, Oktober 29, 2011

TEKNIK MUDAH PERENGGAN: TEMA PILIHAN CIKGU NAZIR ( BM KERTAS 1 SPM 2011)

Petang ni membelek2 fb kawan, terbaca artikel sisipan dari blog Cikgu Nazir.  Untuk itu, tidak mahu ketinggalan, terus share bagi  calon-calon SPM tahun 2011, khususnya anakku Azib.

TEKNIK MUDAH PERENGGAN: TEMA PILIHAN CIKGU NAZIR ( BM KERTAS 1 SPM 2011):
BIL TEMA ARAH SOALAN 1 GEJALA BULI Punca / langkah 2.


Semoga sisipan ini dapat membantu dan ucapan terima kasih buat yang berusaha;
tuan punya blog. http://teknikmudahperenggan.blogspot.com

Sabtu, Oktober 22, 2011

HUJAN RIBUT, PETIR SABUNG MENYABUNG - PART 1



foto ehsan google/utusan harian

Petang ini, Jumaat 21 Okt. 2011 - Hujan petang turun lebat, di luar kelihatan gelap, guruh dan angin.

Bila hujan petang, terutama menjelang waktu keluar pejabat begini... hati terasa cemas, maklumlah mengenangkan perjalanan balik yang menjangkau 27km dan bakal menempuh kawasan2  "merah" / "jam".

Pernah dulu  sy terperangkap dalam kesesakan dari jam 4.45 petang dan sampai di rumah jam 9.30 malam.  Waktu itu sy memandu bersama anak ke 2 (tadika dekat pejabat) dengan keadaan diri  sarat mengandung 9 bulan.

Kebetulan tangki minyak penuh dan ada sedikit bekalan kuih dan air minum dalam kereta, tidaklah anak kelaparan.  Bayangkan, jika keadaan sebaliknya, minyak kosong dan anak menangis kelaparan dengan keadaan diri boleh  bersalin bila2 masa, "bagaimana jika tiba2 sakit ......... suspen". Cemas bila teringat.

Waktu tu  tiada  handphone (barang mewah ketika itu), bayangkan bagaimana hendak berhubung atau menghubungi.  Sampai di rumah jam 9.30 malam dengan keletihan dan kelaparan   Suami di rumah cemas menunggu, hantar utusan (adik) mencari dengan menunggang motorsikal...tapi tak lepas, terpaksa patah balik sebab hujan lebat dan banjir........so, terpaksa duduk menunggu dan bertawakkal saja.  Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah dan 2 minggu selepas itu sy pun  bersalin.

Sejak hari itu, minyak kereta akan diisi setiap kali meter menghampiri aras 1/4 tangki. Dan setiap kali hujan dalam perjalanan atau akan memulakan perjalanan, dalam hati tak lepas berdoa dengan penuh harapan,
"YA ALLAH, SEMOGA HUJAN INI MENJADI HUJAN RAHMAT, HUJAN NIKMAT DAN HUJAN BERKAT PENUH MANAFAAT, SEMOGA TURUNNYA SEKADAR MENCUKUPI DAN TIDAK MEMUDARATKAN, TIDAK MENYEBABKAN BANJIR ATAU JALAN SESAK"
AMIN!.

Rabu, Oktober 19, 2011

KEMBAR LAIN TAHUN?

Soalan yang sering dikemukakan.

Soalan:      Eh, adik berdua ni kembar ke?
Jawapan:   Kami kembar lain tahun.
Soalan :     Macamana maksudnya?
Jawapan:   Saya lahir Oktober  1994, adik saya lahir Oktober 1995
- so.. KEMBAR LAIN TAHUN la tu namanya.

Lihatlah 2 beradik kembar lain tahun ni...control macho konon.

Soalan yang tidak dapat dijawab :   D > ketentuanNya.

  • Kenapa sorang cerah sorang lagi gelap?
  • Kenapa sorang hidung mancung sorang hidung kembang?
  • Kenapa sorang tinggi sorang rendah?

Antara gelaran / panggilan :
  • kembar lain tahun
  • kembar tak seiras
  • Myanmar v/s Nepal 
ada2 aje peel 2 orang ni... 

Walau apapun, mereka tetap:
  • AZIB & AFIF
  • abang & adik
  • sama sekolah.

Anak-anak sibuk  dengan aktiviti "silangkata"  yang disediakan,
sementara menunggu hidangan...tidaklah bosan.

Hari miinggu yang lepas,  pertengahan Oktober merupakan minggu  kelahiran mereka.  Kebetulan keduanya balik, dapatlah kami sekeluarga meraikan hari lahir mereka ... sekadar makan malam seadanya.

Wahai anak-anakku, mama dah bertemu resipi "KEK COKLAT MOIST" yang lazat dan bersesuaian dengan tahap kemampuan mama menyediakannya...MUDAH, RINGKAS DAN SEDAPPPPP.
.........................
Maka, untuk kali ini tempahan kek hari jadi adalah hasil 'MAMA SDN BHD'

Garenti  sedap dan jimat.....he, he, he..........

"HAPPY BIRTHDAY AZIB & AFIF"
~:: Semoga jadi anak soleh,  sihat sejahtera dan berjaya cemerlang dunia akhirat ::~

Sabtu, Oktober 15, 2011

HARI-HARI YANG HANGIT


Sepanjang minggu ni merupakan hari-hari kurang selesa. 
Apa tidaknya... aircond rosak.  Dah dibaiki, tapi ok sekejap je.
Baiki...sejuk, lepas tu panas lagi, tak tau apa penyakitnya.


Dari 3 buah, sebuah sakit.. bila buat report, untuk dibaiki terpaksa  tutup pula 2. Tinggal 1 je beroperasi.
Penatlah mesin satu tu nak sejukkan opis kami ni.. so yang duduk jauh kat belakang ni pastinya hangit.

Kebetulan awal minggu ni, cuaca kat luar redup je... sekejap2 hujan, maka cuaca didalam ni pun taklah begitu hangat.  Tapi pertengahan minggu ni cuaca dah mula bertukar panas agak terik... apalagi hangitlah suasana dalam opis kami.  

Hai..nasib baik orang dalam ni ramai yang berdarah sejuk dan berpeluh harum....jika tidak...alamat HARU BIRU DAN SEMERBAK LE.


Tapi .. klimeknya hari ni...Jumaat 13/10/2010.
Apabila jurupulih aircond datang membuat operasi penuh. Bukan main-main punya sakit, tenat rupanya, hingga terpaksa diangkat keluar.  Yang lebih hebatnya, menjelang petang 3 mesin terpaksa ditutup semua.
Macam duduk dalam oven ... kononnya.

 

Waduhhh... hebat juga operasi ni, bukan sebarang jadinya.


IKTIBAR PADA DIRI:

1. Bersabar 
- seminggu panas, minggu lain semua selesa

2. Bersyukur dan jangan mengeluh.
- bayangkan pekerja diluar sana yang sentiasa terdedah dengan panas terik, tiada istilah sejuk sepanjang hari / minggu.

3. Peringatan
- panas di dunia hanya seketika dan boleh diatasi... insyaallah.
tetapi  panas di akhirat....berganda2 kepanasannya dan tiada pengakhirannya jika tiada bekalan.

"MUHASABAH DIRI & SIAPSEDIA BEKALAN"

Jumaat, Oktober 14, 2011

KEK COKLAT MOIST KUKUS




KEK COKLAT MOISE KUKUS


(Bahan A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu teh vanilla



Caranya:
Satukan semua bahan dalam periuk, panaskan sekejab kemudia sejukkan.





(Bahan B)

3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder


Caranya:
- Pukul 3 biji telur hingga kembang, masukkan dalam  bahan A
- Masukkan tepung, soda, baking  (ayak dahulu) dalam adunan A tadi.
- Kacau rata dan kukus lebih kurang 45minit.


Semerbak aroma kek di kukusan dah membuat si Arif dan Azfar tak senang duduk, 
asyik datang menjengok dapur je.
Bila kek keluar je ... terus pasang kipas,  letak kek depan kipas .. nak cepat sejuk.
Tak sempat sejuk... Arif dah tak tahan nak makan dulu.
Tak sempat nak bertoping daaaa.............

Tengoklah kek kat bawah ni...he3
** selamat mencuba.

Terima kasih kepada tuan punya menu dari fb.
Sumber menu : 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...