Iklan

Isnin, Ogos 05, 2013

PENGHUJUNG RAMADHAN 1434H

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan terbahagia kepada 3:

1)  10 hari pertama - Rahmat Allah (beribadah sebaik mungkin  mendapakan rahmat Allah)

2)  10 hari pertengahan - Keampunan Allah (dari rahmatnya, kita berusaha untuk mendapatkan keampunan Allah)

3)  10 hari terakhir - Balasan Syurga (setelah mendapat rahmat dan keampunan, bertungkus lumus pula berusaha mendapatkan balasan Syurga Allah) Di sini 2 bonus yang Allah janjikan:
"Lailatul Qadar" -  bagi  insan berjaya dan terpilih.
"Raya 1 Syawal" - bagi meraikan kejayaan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Dalam kita berpuasa dan memenuhi tuntutan tersebut, persediaan Syawal juga tidak dilupakan ... agar dapat meraikan dengan kejayaan dengan  kegembiraan.

Tahun ni .... saya dapat menahan diri dari godaan kuih dan biskut-biskut raya dipasaran.  Dengan penuh azam dan semangat yang jitu saya akan membuatnya sendiri.  Kebetulan bala tentera semua ada dirumah, kalau tak dapat 5 orang membantu ..... sorang pun jadilah, tak kan mereka tak kesian kat "oma" yang bertungkus lumus nak membiskut ni.  Apa pun kena kuat semangat. Semangat-semangat-semangat!

Semalam cuti sabtu ahad berjaya mulunaskan 4 jenis kuih ...

1.  Coklat Chip ala-ala Famous Amos
"D' MUDAH,  D' MUAI, D' SEDAP" -  Membuat biskut ni memang tak sia-sia, memenuhi citarasa saya .. cuma rupanya mungkin tak seindah saudara-saudari ku yang "pro" gitu.




2.  German Cookies
"D' MUDAH,  D' MUAI, D' SEDAP" - dan yang paling bestnya D' SEMPOI' ...  Memang berbaloi-balai, ni kira dah percubaan ke dua (tahun lepas dah cuba buat).

Arif sorang je dah abiskan 1/4 bokeh malam tadi .... hamboi, mentang-mentang dia dah tolong gentel.

bulat cam guli ... kemudian tekan dengan garpu yang dicelup air. 
Bakar selama 15 minit dengan suhu 160'C


3.  Sarang Semut
"D' SEDAP, D' MUAI, D' PRO, D' KENALI" - Yang ini memang dah terkenal di rumah Pn Syimama ... biskut "mesti ada" setiap tahun.  Konon kata "pro" lah.  Dek kerana mengaku pro, sampaikan resepi turun temurun tak dijumpai, terpaksalah mengendeng resepi di blog Chef Hanieliza.  Apapun TQVM Chef.



Ha... ni akibat mengaku "pro" kan dah dapat .... terlajak pro.
1 tray masuk tong sampah.


4.  Krunchy Karemel
"D' LAZAT, D' CRUNCY, D'MAHE" Yey... tak sangka, saya pun pandai buat dia.  Selalu beli je ... kini buat sendiri. Memang puas hati. TQVM Aznita masam manis atas perkongsian.
Membuatnya semudah "A,B,C" .... tapi beli bahannya je yang .... "X,Y,Z" .. agak 'mahe' sikit le.

Sepatutnya bahan karemel tu "TEPUNG FLORENTA" yang berharga RM18/= je,
tapi dah habis stok.. so tuan kedai tu syorkan ambil dari jenama lain "BIENETTA" harga RM28/=, katanya lebih sedap dan timbangnya lebih berat (boleh buat lebih lagi) .... itu sebab jadi bertambah mahal.  Tapi oleh kerana semangat dah melonjak-lonjak... tak kira, ambik jugak.

Malam tadi dah rasa, memang sedap ... tapi tak tau sejauh mana beza sedapnya .. "cam sana je".  Kena ada ke 2 jenis baru boleh buat bandingan.


Yang dua di bawah ni belum lagi berkesempatan (dalam senarai tunggusedia).  Sabar. Insyaallah esok bolehlah buat... kalau sempat, jika tidakpun tak apa ... cukuplah apa yang ada.

5.  Konfleks Coklat
Biskut "mesti ada" juga setiap tahun.

6.  Semperit / Dahlia
Biskut ni tak pernah buat, tiap tahun kata nak buat, tapi asyik ter skip je.. harapan tahun ini tidak begitu.

Untuk resepinya .... nanti-nanti dah tenang, lepas-lepas raya insyaallah akan dipaparkan.  Untuk tatapan kengkawan dan juga untuk diri sendiri supaya tak hilang  macam resepi sarang semut ku tu... nanti kita cari lagi, sampai jumpa. Bukan apa, anak-anak nak juga resepi lama tu ... katanya yang baru ni sedap juga,  tapi yang lama tu lain sikit rasanya ... suka hati kau lah anak).  Doakan dapat jumpa resepi lama tu ya.

Wassalam.








Rabu, Julai 10, 2013

SALAM RAMADHAN 2013 / 1434 H



Assalamualaikum wb wt.

Salam Ramadhan.
Salam ukhuwah dan selamat beribadah.
Mohon maaf atas segala khilaf.
Semoga rahmat, nikmat, keberkatan, kejayaan serta kasih sayang Allah SWT sentiasa bersama kita.

Amin ya rabbal alamin.



Jumaat, Jun 21, 2013

BENDANG ERA TERKINI

Assalamualaikum.

Lama tidak bercerita ceriti ...  apakan daya, bersua kita sekali sekala moga tidak lupa.

Sekadar ingin menyiarkan perkara baru yang dialami.  Seperti biasa balik kampung.  Sekali balik musim padi hijau, balik lagi padi dah kuning dan kali ni balik...........

Wow! suasana yang berbeza.  
Belum pernah menyaksikan suasana begini.  
seperti berada di luar negara... gamaknya.
Suasana lepas musim menuai yang terkini.



 Pemandangan biasa sebelum ini............selepas musim menuai.



Jentera penggulung jerami ... Teknologi baru ... menambah pendapatan petani







 Masih ada lagi "daun niyor melambai" .... jika tidak tentu sudah hilang identiti bendang kita.









Hingga bertemu lagi dilain siaran .... Wassalam.


Isnin, April 29, 2013

MUFFIN COKLAT - MUDAH DAN LAZAT

Assalamualaikum.

Memenuhi kehendak anak bucuk sorang ni .... yang teringin makan muffin coklat.  Maklumlah cuti hujung  minggu, bila tak keluar rumah ... mulalah  mereka-reka citarasa masing-masing.

Menyelak-nyelak resipi-resipi terkumpul yang belum pernah dicuba.  Satu syarat utama pencarian  resipi ni, mestilah .... MUDAH DAN LAZAT.  (cuba dulu baru tau kan!)

Maka resepi pilihan kali ini,  sumbangan  Yani dari MRC .  Walaupun dah lama Yani menyiarkan dimaya, tapi baru kali ini saya mencubanya.

HASILNYA, maffin ni memang SEDAPPPPP ... dan memang MUDAHHHHH penyediaanya.  Permintaan amat menggalakkan..... hingga hari ini terpaksa mengadun semula untuk yang kedua kalinya.  TQVM pada  Yani di myresipi.com




MUFFIN COKLAT 

Resipi asal: yani@myresipi.com    Disalin olah: syimama.blogspot.com


Bahan-bahannya  (10 biji)

  • 200 gm coklat masakan 
  • 70 gm mentega
  • 60 gm tepung gandum
  • 50 gm gula halus (saya guna 40gm sahaja)
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • coklat chip secukupnya (tambahan, jika suka)


Cara-caranya.
  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double boiler' - racik dulu supaya mudah cair.
  2. Masukkan mentega, kacau hingga cair dan ketepikan.
  3. Panaskan oven - suhu 170C.
  4. Pukul telur dan gula dalam mangkok lain hingga sebati (tak perlu kembang pun)
  5. Tuang telur dalam mangkok coklat, gaul rata.
  6. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam mangkok coklat. Gaul sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam cawan muffin 1/2 penuh atau 60% penuh. (Saya taburkan coklat chip di atasnya, atas permintaan)
  8. Bakar selama lebih kurang 20-25 minit (bergantung pada oven kita).
  9. Muffin masak .... waktu panas agak lembut sedikit sebab guna sedikit tepung, tetapi jangan risau... bila dah sejuk maffin memang OK.



Selamat mencuba .... memang berbaloi-baloi.  




Ahad, April 21, 2013

MAJLIS AQIQAH DI EMERALD WEST

Assalamualaikum.

Bertemu di hari minggu ini ... setelah berminggu-minggu blog ini membisu dan beradu.  Minggu ini bangkit seketika untuk bercerita-cerita sementara ada masa.

Kisah semalam 20 April 2013 (sabtu)  berkunjung  ke majlis Aqiqah di Emerald West, Rawang. Majlis di rumah En Rafi dan Pn Aini sempena kelahiran anak ke 2 beliau.

Inilah baby comel yang diraikan ... baru 3 bulan.

Majlis yang meriah dan yang paling special tu ..... ehmmmmm, hidangan yang lazat hingga menjilat jari.  Nasi beriani, kambing masak kurma, daging rendang hitam, ayam masak merah, satey dll.  Wah ... semuanya lazat-lazak belaka.  Tak cukup perut nak makan semua.

Yang lebih istimewanya, semua lauk pauk dimasak sendiri oleh tuan rumah bersama sedara maranya.... memang tabik spiring akak pada Cik Aini ni.  Dalam masa berbaby kecik ni masih sempat merendang hitam ... kegemaran kami.


Dan satu lagi buah tangan (pulut kuning & sambal udang lazat) dan bunga telur yang lain dari yang lain.  Bunga telur idea baru ... tentu hasil kretifiviti Pn Iera Manaf dari blog:
 http://iera-luvcraft.blogspot.com/ .  Tahniah .... menyumbang idea baru, memeriahkan industri kreatif kita.



He3 , bunga telur dengan perlambangan yang tersirat ... keperwiraan dan  kenegerian lagi tu ...



Gelagat abang yang sayangkan adik .... bila semua dok tengok adik dia, snap2  lagi ............ terus dia pun datang dengan memperkenalkan dirinya,

 "Eh, saya Lutfil, abang dia tau"
.... jealous le tu ya abang .... he3  takpo mokcik paham.

"Bye-bye Lutfil, bye-bye baby .... mokcik balik dulu".





Selasa, Mac 26, 2013

KELAS TAFAQQUH USTAZAH DR NADIRAH MOHD

Assalamualaikum.

Kelas Tafaqquh kali ini (Jumaat - 22 Mac, 2013) bersama dengan Ustazah Dr Nadirah Mohd - selalunya lihat dirancangan  Tanyalah Ustazah TV9, tapi kali ini bersama ustazah secara "live".

Kelas hari ini merupakan Kelas Tafsir Al-Quran. Pencinta-pencinta ilmu kali  pula hanya terdiri dari  "staff" tanpa "student" ... maklumlah mereka tengah sibuk bergelut dengan peperiksaan.



Sedikit ilmu yang masih melekat diingatan.

3  Kewajiban Utama Kita Terhadap Al-Quran.

1.  Baca Al-Quran dengan tartil (tersusun).
2.  Menghayati Al-Quran.
3.  Menjadikan Al-Quran sumber petunjuk dalam kehidupan dan amalan seharian.

Tidak berniat untuk mengulas atau membincangkan (kerana tidak cukup ilmu) ... sekadar mencatat sedikit ilmu tanda ingat dan sebagai kenangan dan untuk dikongsi bersama.

Wassalam.


Jumaat, Mac 08, 2013

ILMU HARI INI

Assalamualaikum.

Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan sihat. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat, nikmat dan keberkatanNya.

Tengahari ni ingin hadir kelas Tafaqquh Muslimat seperti yang dijadualkan .... semangat-semangat, jangan goyah... 2 minggu lepas dah ketinggalan, bukan sebab tidak hadir tapi terpaksa keluar awal atas sebab ... he3 (tak perlu dijelaskan).



Selain itu, ingin menyematkan di sini dengan  menyalin semula petikan Al Quran dan Hadis yang saya baca, untuk ingatan dan simpanan diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.


Firman Allah:

" Katakanlah lagi (kepadanya); "Adakah sama orang-orang yang mengetahui(berilmu) dan orang-orang yang tidak mengetahui(berilmu)? ."
[ Surah az-Zumar: 3 ]




Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak bertambah ilmuku pada hari itu, yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah azza wajalla, maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu."
[ Diriwayatkan oleh Thabrani, Abu Na'im dan Ibnu Abdul Barr.]


Petikan dari FB:
Ustazah Shaharina binti Shaharuddin
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam, UTM Kuala Lumpur





Ahad, Mac 03, 2013

BANGAU DAN SAWAH

Assalamualaikum.

Hujung minggu ni dipenuhi dengan agenda balik kampung ... balik sawah.
Musim menanam akan bermula tak lama lagi, sebelum tu sawah kenalah dibajak terlebih dahulu.... barulah benih akan ditabur.



Sebelum balik kira-kira jam 10.30 pagi, terlihat suasana indah di sawah.  Burung bangau yang menggerumuni jentera bajak.  Apa lagi, tak mau lepaskan peluang merakamkan detik-detik indah yang bukan selalu dapat disaksikan.  Anak-anak pun terpegun melihat burung bangau dan pembajak.  Mengikut Pak Su kami ... minggu lepas bilangan bangau jauh lebih banyak berbanding minggu ni ........... hemmm, pada kami kira dah banyak sangat le bangau ni.


 Pepatah lama "kemana terbangnya bangau kalau bukan ke belakang kerbau" nampaknya sudah tidak reliven lagi ..... kena tukar "kemana terbangnya bangau kalau bukan mengikut jentera bajak".  Hehehe ... saja memandai.


























Oklah ... nampaknya "bye-bye" sawah .... kami balik dulu.   Nanti sebulan dua kami kembali lagi ... waktu tu tentu kau "sawah" dah menghijau.






Rabu, Februari 27, 2013

BUKU ISLAM DAN PLURALISME AGAMA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ... dapat turut serta dalam Bicara Karya yang mengupas buku "ISLAM DAN PLURALISME AGAMA" oleh Prof Madya Dr Khalif Muammar A.Haris dari Jabatan CASIS UTM.

Bicara Karya ni merupakan majlis anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTMKL dan ini merupakan kali pertama saya terlibat sama dalam majlis penganjuran ... baru tukar ke sini.  Selama ini hanya datang sebagai peserta/pendengar saja.


Setiap peserta dihadiahkan senaskah buku "ISLAM DAN PLURALISME AGAMA".



 Khusuk mendengar kupasan buku tersebut dari PM Dr Khalif



Buku dah dapat ... baca jangan tak baca - kulit ke kulit








Ahad, Februari 24, 2013

NOVEL AWAK SUKA SAYA TAK?

Assalamualaikum.

Malam ni malam minggu .... malam santai... layan NOVEL la.  Lama tak bernovel ni, sejak 2 menjak ni, masa untuk novel memang terhad.

Lagi satu nak layan novel selalu pun kurang manis ... nanti orang kata "mengalahkan remaja" pula. 

 Abe I tu kurang berkenan, asyik le perli..... "NONSENSE, dah tua-tau baca novel".  He3... Abe ku jangan le mare,  baca novel  bukan sebarangan novel ya.  Baca novel untuk "menambah ilmu, meremajakan hati dan jiwa, memupuk kasih sayang .... agar tidak layu atau bosan (kasih sayang kan kena segar sentiasa)".

Buku agama, artikal, majalah dan surat khabar  pun baca juga ... apa salahnya diselang-selikan dengan novel kannnnnnnnnnn!



Malam ni dah khatamkan novel "AWAK SUKA SAYA TAK?" Oleh MELUR JELITA.
Sangat menarik, cerita tentang perjuangan cinta.  Cinta abadi pada Yang Maha  Esa, cinta pada kekasih dan cinta pada keluarga.  Dihiasi dengan "hadis" dan kata-kata hikmah yang meruntun jiwa, romantik serta ceria.


Jenuh juga nak menghabiskannya .... tebal tu, 1056 mukasurat.... tapi berbaloi membacanya.
Banyak bab terkesan di hati, tapi antara yang paling melekat di jiwa.... dialog ibu pada anak perempuannya sewaktu majlis  akad nikah... mukasurat 1019 & 1020.

- Terkenang bagaimana sebak dan sahdu ibu menasihati kami selepas majlis persandingan 27 tahun yang lalu 
.... KERANA AKU SEORANG ANAK.

- Menginsafi diri, adakah aku dapat melafazkan kata-kata nasihat  sedemikian rupa kepada anak-anakku nanti  bila tiba masanya. 
.... KERANA AKU SEORANG IBU.



Tahniah Melur Jelita
&
Terima kasih  kepada Kak Nisma yang telah 
memperkenalkan novel ini.





Isnin, Februari 18, 2013

CENDERAHATI MAJLIS AQIQAH


Assalamualaikum.


Mencatat kenangan  semalam, berkunjung ke Majlis Aqiqah cucu Tn Hj Hassan Ya di Ampang Tambahan.

Pelbagai juadah dihidangkan ... dan yang paling indah... PULAU COKLAT 
(lupa pula ambil gambarnya).

Penuh dengan coklat dan manisan bertema 'BIRU, PUTIH DAN COKLAT'.  
Buntang mata Arif Aiman tengok coklat... semua teringin dirasa.

Yang paling cute.... cenderahati  ' BISKUT CUTE dan OREO SALUT COKLAT'.










Selain itu, kunjungan juga sempena meraikan persaraan beliau, mulai 3/3/2013 (sekarang sedang menghabiskan sisa2 cutinya).  Sampai sudah penghujung perkhidmatan beliau dan bermulanya era zaman persaraan.

Kepada TN HAJI HASSAN YA .... diucapkan 


"SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA MENIKMATINYA DENGAN KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN DISAMPING KELUARGA TERSAYANG."



Jumaat, Januari 18, 2013

CENDERAHATI DAN KENANGAN

Assalamualaikum.

Bertemu di hari Jumaat, penghulu segala hari. Sekian lama tidak bersiaran, baru kini berpeluang menjenguk blog SP ku yang rasanya dah suam-suam kuku ni.  Apa daya, sejak dua menjak ni ...... terasa hari begitu singkat, masa begitu mahal jadinya. Cepatnya masa berlalu, dah lebih setengah bulan berada di tahun baru kan! Waaaaaaa....... bermadah seloka pula.

Sekadar mencatat peristiwa, sebagai penanda ingatan dan kenangan, namum gambar jua yang dapat merakam dan bukti peristiwa yang bakal menjadi sejarah.

 Cenderahati dari pihak CICT dan kengkawan sempena "Majlis Perpindahan PTJ"  (pindah jabatan) yang diadakan pada 9 Januari 2013.  Setelah 27 tahun membesar bersama, ketawa bersama, menangis bersama (cam lagu Black tu....) akhirnya inilah noktahnya .... di CICT.  

Terima kasih CICT dan warganya,    Kau adalah memori indah ... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula ........... tempat menggali rezeki dan mendapat ilmu IT, sambil  mengiringi kedewasaan ini.


bila agaknya nak mula baca buku ni ... 'al ilmu fil kutub'

Inilah antara kandungan bingkisan yang dapat ditayangkan .... sebagai tandamata dan ingatan hari-hari mendatang.

Walau apapun .... tanggungjawab mesti diteruskan, menerokai gedung ilmu yang baru.  Mesti berfikiran positif.  Semoga penghijrahan ini sesuatu yang lebih berharga dan bermakna..... 
Semoga barakah.
Amin.


** Opss .... di sini (tempat baru) ada En Amin ..... hari-hari Amin.  
Insyaallah makbul segala doa yang tulus ikhlas ...... he3.... 
tapi dia tak kenalpun dengan "SYIMAMA PAGE".




Rabu, Januari 02, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.
Dengan azam dan semangat baru.  Semoga tahun ini lebih sempurna, lebih bermakna dan berbahagia.

Walau apapun, sama-sama kita berdoa semoga kita semua sentiasa beroleh KEAMPUNAN, KEREDAAN, KEBAHAGIAN, RAHMAT, NIKMAT, KEBERKATAN, KEJAYAAN SERTA KASIH SAYANG DARIPADA 'NYA'.

Untuk diriku sendiri,
Tahun ini merupakan bermulanya satu "HIJRAH".
Hijrah dalam perkhidmatan.  Dari gedung IT ke gedung BUKU  (CICT ke PSZ).  Sesuatu yang berbeza dan asing.

HP3000 tahun 1983 (ikhsan google)
Pertama kali mengenali dan menggunakan komputer


IBM 5120 tahun 1985
Model pertama  disajikan ketika mula bertugas - zaman 'mainframe'

20 tahun lebih dalam dunia IT.  Sudah menjadi kebiasaan, jadi darah daging... maklumlah dah sebati.  Dari anak dara hingga jadi mak dara, dari muda hingga dah terlebih dewasa (belum tua lagi tau.. belum warga emas ) dari kecil hingga dah besar (dulu S la ni dah L).  Pelbagai sukaduka, susah senang dan pelbagai peristiwa dilalui bersama .... tetiba berpisah dan akan berubah ke dunia baru ....... sesuatu yang berbeza.

Tapi orang kata selalunya  yang baru dan berbeza itu mencabar dan indah. Jadi dapat menyambut cabaran tu tentu menyeronokkan. Insyaallah, akan ku sambut cabaran dan dugaan ini dengan sabar dan penuh kesungguhan.  Semoga dengan rahmatNya, segalanya dapat ditangani dengan sempurna dan membahagiakan.


  'HAPPY BIRTHDAY'  
Buat Abe tersayang ... hari ini Rabu - 2 Januari 2013


Ulangtahun yang ke....

~ ** Semoga dikurniakan umur yang barakah, 
sihat sejahtera, murah rezeki dan berbahagia 
lagi membahagiakan dunia akhirat. ** ~

Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...