Iklan

Isnin, Disember 13, 2010

SARAPAN PAGI

Pagi ahad .. bangun pagi lepas solat, fikir apa menu nak sediakan pagi ni...  semalam hari sabtu dah sarapan di luar, pagi ni tak kemana-mana.  Sarapan di rumahlah ya.

Malam tadi kami gi dengar ceramah Ustaz Wan Sohor Bani Leman di surau. Terima kasih pada Ustaz Wan dengan  ceramah sempena Maal Hijrah dan tip mudah kahwin di Bosnia hanya dengan sebentuk cincin emas belah rotan.. seronoknya suami2 mendengar berita gembira ni.... berangan.
Lepas ceramah siap sedia dengan makan malam.  Terima kasih pasa AJK Surau Taman Harmoni.

Balik pada sarapan pagi... ooo nasi malam ada, kita buat nasi goreng.
Anak2 ni cukup gemar dengan nasi goreng sempoi masakan ibu ni.  Bagus betul tak payah susah2 tumbuk bawang, sebab anak tak suka nasi goreng bubuh bawang.... pelik.

NASI GORENG SEMPOI

Bahannya:

3 mangkok nasi sejuk
3 biji telur (cuci dulu)
1 pek serbuk nasi goreng sri aji
1 cmt garam
2 cmb sos tiram
3 cmb sos cili
3 cmb minyak masak\

Cara:
- Panakan minyak, goreng telur - kacau hancur.
- masukkan sos tiram dan sos cili - gaul rata
- masukkan serbuk nasi goreng dan garam - gaul rata
- siap hidang.

Sebagai pelengkap dihidang :

Tumis bawang besar, masukkan sosej  yang dipotong nipis2.
Kemudian masukkan cili hijau potong. 
Tambah secubit garam. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...