Iklan

Khamis, November 22, 2012

 Assalamualaikum.

Hemm .... cuti-cuti Malaysia lagi.  Bila dah duduk rumah rumah tu ada je benda nak difikirkan bila tengok dapur.

3 sikat pisang lemak manis dari jiran depan (minggu lepas dah hantar 2 sikat) dan 3 biji mangga masih berbaki (dah kopek 2 biji).  Nak buat apa ... kek pisang? baru buat beberapa hari lepas, cekodok.... semalam dah buat ...... nantilah kita fikir-fikirkan kemudian.  Tang mangga tu, macamana pula .............

Kebetulan mangga depan surau tu buahnya agak  lebat, besar-besar pula.  Kalau setakat 3 biji tu, memang dah kira banyaklah.  Masing-masing menjolok dan membahagi-bahagi.  Tapi buah mangga tu agak masemmmmmmmmmm.  Alasan lah tu.... maklumlah banyak.  Cuba kalau ada sebiji je .... tentu katanya manissssssssssss.

Alhamdulillah berlebih-lebih rezeki Allah ... terkenang mereka yang kelaparan.

Bila dah banyak tu, mulalah tak habis.  Kebetulan dengan masa lapang yang ada ni .... fikir-fikirkan apa nak buat dengan buah yang berlebih ni ..... maka, bermula episod membelek resepi2 blog kengkawan kat tenet.  Kita nak try buat "ICE CREAM - MANGGO".


AISKRIM MANGGA

(Resepi asal : Myresipi.com by ibufarzana )
Terima kasih ibufarzana

Tetapi resepi ini telah saya ubah mengikut kesesuaian bahan yang saya ada - maaf sebab memandai lawan guru.


Bahan-bahannya:

1 biji mangga (sebesar tapak tangan lelaki)
3 camca besar gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan whipping cream
1/4 camca teh garam
1 keping roti (siat-siat rendam dalam 1/2 cawan air masak)
- sy tambah roti untuk kurangkan rasa masam mangga - jika mangga manis, tambahkan saja isi mangga tu banyak-banyak)



* saya tambah "topping strawberry" sebagai aksesori makan tambahan.



Caranya:

  • Kupas buah mangga - potong dan ambil isinya
  • Masukkan dalam blander bersama semua bahan di atas
  • Kisar hingga halus dan gebu berkrim
  • Tuang dalam  bekas plastik bertutup rapat dan bekukan
  • Selepas 4-5 jam keluarkan dan kisar semula                                                                               (untuk mendapatkan struktur aiskrim yang lebih lembut).
  • Kemudian bolehlah masuk dalam bekas2 kecil (ikut suka)
  • dan bekukan semula untuk tempoh 4 jam (hingga beku)
  • Selepas itu,  aiskrim sedia untuk dimakan.
Ditambah dengan "topping strawberry" - sedia untuk dimakan ---- silakan.

Hemm... mudahkan.  Terima kasih kepada ibufarzana at myresipi.com kerana sudi berkongsi resipi


dari resepi di atas, dapat penuhkan13 biji bekas kecil seperti ini.


1 perisa asal dan 1 tambah topping strawberry
Nampaknya, pasni  asyik buka tutup peti ais tu.


Selamat Mencuba.




Ahad, November 18, 2012

KEK CARROT

Assalamualaikum.

Kek carrot? he he he ....  lawak juga.  Dah berkurun orang buat kek lobak ni, saya pula baru nak cuba.  Takpelah, walaupun dah ketinggalan keretapi .... saya datang dengan LRT... saya tetap juga nak buat.

Sebenarnya hajat nak buat kek carrot ni dah lama, dah bertangguh entah untuk kali keberapa tak taulah.  Dah beli lobak, tapi tak jadi kek, jadi sup pula.  Ada kalanya tu, simpan sampai tumbuh, tapi kek tak juga buat.

Menyelak-nyelak resepi tu tak payah ceritalah.... tapi kali ini resepi dari blog En Mat Gebu jadi pilihan.  Bukan apa, untuk yang baru nak cuba macam saya ni, resepi en Mat amat bersesuaian, kuantiti kecil untuk kek kecil je.

Ok, kita mulakannya di sini ............. Tapi idok le segebu kek En Mat tu.


panas2 ... x sabar nak rasa

KEK CARROT
(resepi asal : http://www.tiffinbiru.com) "TERIMA KASIH"

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(saya ganti dgn esen coffee emulco)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan kacang walnut, cincang*(saya ganti dgn badam)


** 2 bahan dibawah takde stok- ganti dengan KISMIS 
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering


BAHAN CREAM CHEESE TOPING : 

100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak



CARA MEMBUATNYA :-)


- Panaskan oven pada suhu 180'C , lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas "dasar tin sahaja" dengan kertas minyak. Ketepikan. (oven saya 170'C)

- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). 

- Masukkan bahan2 diayak tadi (*) dan gaul perlahan hingga sebati.

- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

- Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Baru angkat, panas lagi ... tapi dah tak sabar2 nak rasa ..... hemmm sedap. lain kali boleh buat lagi yang lagi gebu .... cam sifu punya.

UNTUK CREAM CHEESE :-
 Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- 
Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu 




Khamis, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H

"Semoga kita semua sentiasa 
DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH S.A.W 
dan  beroleh 
KEBAHAGIAN, KEJAYAAN, RAHMAT, 
NIKMAT & KEBERKATAN 
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT".   

AMIN!".


Asal dari : ilovislam.com


وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ
   كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ
            مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: ""Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu."" Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya
(Al-Baqara 2: Ayat 25) 





Isnin, November 12, 2012

DOWNLOAD AL QURAN & TERJEMAHAN

Assalamualaikum.

Pagi ni niat dihati nak mendengar bacaan Al-Quran dan terjemahan online.  Tapi entah kenapa, ada error pula nak buka web bacaquran.tk tu seperti biasanya.

Bila dah tak dapat tu mulalah merayau-rayau, berjalan-jalan menelusuri rangkaian-rangkaian yang lain-lain.  Maka dengan gembiranya bertemu dengan blog yang membuat iklan gempak membuat terus teruja.




PROMOSI HEBAT PERCUMA HINGGA HARI KIAMAT !!! UNTUK BEKALAN DI ALAM KUBUR YANG GELAP GELITA.





Dicatat bersama di blog tersebut:
Sebarkan MP3 ini!  Sabda Rasululllah S.A.W.

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)



Jadi kepada kengkawan semua ....apa lagi,  marilah kita beramai-ramai mengambil kesempatan dari promosi hebat ini dengan mengunjungi blog SURAUKINI.  

Terima kasih yang tidak terhingga kepada SEMUA YANG BERUSAHA.  Semoga kita semua MENDAPAT RAHMAT, NIKMAT DAN KEBERKATAN DARIPADA ALLAH.  AMIN!!

JANGAN KETINGGALAN.



Jumaat, November 09, 2012

PUDING ROTI PANDAN KOKO

Memikir-mikir... apa resepi buah tangan patut dibawa ke majlis kawan.  Kalau boleh tu biarlah yang digemari ramai dan kalau boleh biarlah resepinya simple dan bahan-bahannya dah tersedia di dapur (malas nak ke kedai.. takde orang nak tolong beli barang).

Periksa bahan di dapur, akhirnya ........ bahan yang paling  bersesuaian untuk resepi PUDING ROTI saja. Kira bolehlah tu.



Nak jadi cerita, mentega kat dapur tu betul-betul tinggal dalam 2 sudu je, nak ikut betul2 punya sukatan tak cukup, tapi takpelah ... sikit lebih kuranglah.  Dek kalut berkira-kira tu,  entah camna terlupa nak masuk mentega, dah siap adun dan dah nak beku ............ baru teringat.

\

RESEPI PUDING ROTI PANDAN KOKO
(lebih kurang resepi puding roti marble yang lepas)

Bahan-bahan:
  • 15 gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
Didihkan serbuk agar-agar dengan air - hingga mendidih.

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur (size AA, kalau guna B tu, gunalah 3 biji)
  • 1/2 cawan gula (kalau kurang manis, boleh tambah)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan mentega (tak letak ... LUPA, tapi  ok je ... tak muak dan lebih kenyal)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh esen vanila
Bland semua bahan, kemudian tuang perlahan-lahan dalam adunan agar-agar.
Didihkan sekali lagi ... sambil sentiasa dikacau.

  • 1 sudu teh perisa pandan hijau
  • 3 sudu makan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air suam)
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
- 1 bahagian campur dengan perisa pandan 
- 1 bahagian campur bancuhan serbok koko

Tuang sesenduk demi sesenduk - berselang seli dalam loyang / apa-apa bekas bersesuaian.
Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. 
Potong ikut kesesuaian dan boleh dihidang.



** Walaupun tanpa mentega, tapi pagi ni rasa kuih tu, ok je... tak lekatpun.... rasa cam lebih sedap pulak (he3.. naik lift lah I ni)  kira halal je.  Lain kali tak payah masuk mentega pun tak apa.





SPM 2012 (5 NOV - 6 DIS 2012)

Hari ini dah masuk hari ke 4 peperiksaan SPM, esok jumaat dan minggu depan tiada kertas sempena cuti Awal Muharram dan Deepavali. Ini  bermakna dah 4 hari aku bercuti dan esok Jumaat kenalah mula bekerja kembali.

Solat hajat, bacaan Yassin dan motivasi  di SMT Sepang (2/10/2012)

Tahun ini giliran anakku yang ke 4 mengambil SPM - Kamarul Afif

"MOHON  ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANAKKU DAN SAHABAT2 SPM ... SIHAT, SEJAHTERA  DAN DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN LANCAR, BAIK, TEPAT DAN LENGKAP.  SEMOGA BERJAYA CEMERLANG - DI DUNIA DAN AKHIRAT"

Oh ya tentang SPM .... telah ku semat dalam hati sanubari sejak muda-muda lagi untuk mengambil cuti setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan penting.  Semenjak dari anak pertama hingga kini untuk anak ke 4, insyaallah masih dapat dikotakan semangat itu walaupun mungkin bilangan hari bercuti tidak sama (ikut kelapangan atau ikut baki cuti yang ada) .. moga tidak ketinggalan juga untuk yang ke 5 nanti (jauh .. 8 tahun lagi).

Dulu waktu mula2 bekerja, boss ku Mrs Yap/Susan (tak tau dimana sekarang, harap dia sihat lagi) akan bercuti setiap kali anak-anaknya menduduki peperiksaan dan aku waktu tu masih muda lagi .. kurang faham mungkin dan selalu bertanya "UNTUK APA, KENAPA DAN BUAT APA SEPANJANG  PN SUSAN BERCUTI?".

Katanya... dia bercuti bagi memberi sokongan moral pada anak-anak, sediakan sarapan dan makan tengahari dan pastikan kelengkapan mereka sebelum pergi menjalani peperiksaan.... "DOA LAAA ... hay ya".



Sejak itu, aku baru terfikir bagaimana emak memberi sokongan moral kepada kita dulu. Emak suri sepenuh masa tidak perlu bercuti tapi akan berpuasa dan bersolat hajat untuk anak-anak.

Wah... kalau Susan  boleh buat begitu, aku  sebagai orang Islam tentu juga boleh, malah lebih banyak lagi perkara boleh dilakukan.  Walaupun anak-anak tinggal di asrama, tapi akan diberitahu, mama bercuti sempena SPM, semata-mata untuk bermunajat dan mendoakan mereka, memberi semangat dan sokongan moral.  Menjiwai bagaimana perasaan mereka yang sedang berperang dengan soalan-soalan.



Tapi tidaklah sampai bercuti sepanjang peperiksaan berlagsung...... hanya pilih  hari-hari  yang difikirkan perlu, tengoklah ada anak yang dapat 6 hari, ada yang cuma 3 atau 4 hari.  Harap anak-anak tidak mempertikaikan bilagan harinya ... tapi sedaya upaya mama cuba memberi keadilan, kesungguhan dan usaha yang terbaik. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kita .... selebihnya tawakkal dan kepada Allah tempat berserah.
.
Hai,  dalam pada itu bagus juga sesekali cuti panjang.. semata2 duduk di rumah, merasai  suri rumahtangga sepenuh masa. Melayan suami dan anak pergi balik kerja/sekolah .... melayan fikiran, melayan mata dan sempatlah juga melayan macam-macam citarasa tekak.

Insyaallah ... azam tahun baru, nak menyempatkan diri bercuti khusus untuk  "JADI SURI PENUH MASA" seminggu setahun atau sekurang2nya 1/2 minggu setahun (cuti yang betul2 dirumah melayan kerenah  rumahtangga tanpa pergi jalan-jalan).

Semoga panjang umur, murah rezeki dan boleh terus berbakti. Amin.

Isnin, November 05, 2012

SAHABAT KU DAH JADI IBU MERTUA

Assalamualaikum.

Hari ini ahad 4 November 2012, meluangkan masa menghadiri jemputan kahwin anak kedua sahabat lama Pn Siti Faridah Zainuddin (geng sekolah SUA). Di Dewan Masjid Bulat, PJ.

Tak sangka dia dah mendahului kami dengan merebut pangkat 'IBU MERTUA' buat kali kedua.  Wah, hebat dia kerana anak2nya ditakdirkan bertemu jodoh mendahului anak2 sahabat yang lain.

Apapun ... Tahniah buat Ida dan suami serta anak-anak. Semoga semuanya kekal bahagia dunia akhirat.

Sahabat ku ... kini dah naik pangkat 'IBU MERTUA KU'



Bersama satu-satunya anak daranya.




Salah satu hidangan unik ... kuih klasik orang Jawa 'LEMPER'
pulut kukus berinti serunding kelapa ... kelazatannya terletak pada 'intinya'.

Terima kasih atas jemputan Ida dan keluarga ....
 hidangannya lazak2 belaka, terutama 'umbut kelapa masak lemak berempah'  
 ... terkenang-kenang .... hemmm






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...