Iklan

Ahad, Disember 05, 2010

CAKOI


Hari ni sabtu...cuti, cuti sekolah dan cuaca muram je sepanjang hari, sekejab2 hujan turun. Semua ahli keluarga ada di rumah. Disember dah masuk hari ke 4.  Minggu ni kami anak beranak diserang demam.  Dari 7 orang hanya seorang je yang selamat.

Alhamdulillah.. hari ni semua dah sembuh.  Masing2 takde selera makan, mulut terasa payau dan pahit ... hari2 masak tak abis.
Semalam masak bubur, nampak berselera si bungsu tu makan, yang lain tak berminat.  Hari ini buat sup tulang dan goreng sayur je.  Menjelang petang masing2 nak makan bende lain pulak ... takmau nasi lagi.

Apa kata kita buat CAKOI


CAKOI

Bahannya;

1 cawan air
3 1/2 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
3 cmb gula
1 cmb planta
1 cmb susu pekat manis / 2 cmb susu tepung
1 cmt garam
2 cmt yis kering
1/2 cmt soda bikabonate

Caranya;

- Masuk semua bahan basah ke dalam BM (breadmaker).
- Kemudian masuk bahan kering kecuali yis dan soda
- Masukkan soda dan yis dibahagian atas sekali.
- Setkan BM - pilih menu "doh" dan start.
- Siap uli biarkan selama 1/2 jam hingga naik.
- Canai dan potong ala2 cakoi (saya agak je... malu la)
- goreng dengan minyak yang betul2 panas.

(resipi dari pn Noorma - kawan office - tq geng)

Waaaa.... tak sangka, sambutannya begitu menggalakan, baru angkat dah ada tangan yang mencapainya.
Malam menjelang... semua dah kenyang makan cakoi.  Tak laku nasi dan sup siang tadi.
'MA... ESOK BUAT LAGI YA!" dek man la tu....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...