Iklan

Rabu, Mac 30, 2011

ASAM KELUBI





Buah asam kelubi / asam paya dari kedah.

Dulu sy selalu tengok buah ni bentuknya agak bujur dengan bau yang harum......(kecor air liur tengok... teringat jeruk kelubi kat kedai ), tetapi yang ini agak bulat dan kulit licin serta tak berbau... tapi isinya tetap masemmmmmmmmmmm...mungkin kelubi dari spisis berbeza.



Buah ni bergugus-gugus, .. tapi yang ni dah dipetik dari gugusannya.

Nak info lebih lanjut tentang kelubi ni, boleh baca blog ni asam kelubi






Jumaat, Mac 25, 2011

ORKID KOTA PINDAH KE DESA




Dulunya orkid ni berada dikota, tapi oleh kerana tiada tempat untuk bertapak,  orkid ni terpaksa dipindahkan ke kampung.

Di kampung paling sesuai.. dan orkid2 ni akan bertemu tuan baru yang memang   menggemarinya dan kawasan yang selesa...walaupun ada yang  hanya  tergantung didahan pokok limau.

Balik kampung kali ini, sy hanya disambut dengan sekuntum bunga orkid sahaja.


Kira oklah tu... sekuntum pun,  daripada tak berbunga langsung.
"Balik bulan depan, orkid berbunga  lebat2 ya!".

Khamis, Mac 24, 2011

KEBAKARAN




KRINGGGGGGGGGGG......loceng kebakaran berbunyi panjang.

Kebakaran............lari, lariiiiiiiiii semua selamatkan diri.
Apalagi, kami semua lari keluar tinggalkan semua barang, kecuali yang tercapai dek tangan.

Semua berbaris, semak nama staf... yang ada dan yang tidak ada.. serah kepada pegawai keselamatan. Dari jauh kedengaran siren kereta bomba.. turun ahli bomba dengan peralatan.


"Sudahkah anda menutup komputer, suiz dan punca api?"
"Adakah anda membawa keluar barangan berharga anda?"
"Ini adalah  LATIHAN KEBAKARAN".  Terang seorang Pegawai Bomba.

Berbaris didataran ... mendengar keterangan 'LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KEBAKARAN".


"SEBAHAGIAN PESANAN KESELAMATAN YANG MASIH INGAT"

Apa perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran.
- tutup semua punca api
- cuba padam kebakaran dengan alat pemadam api (jika api kecil)
- selamatkan diri segera (jika api besar)
- bawa barang berharga.... "jika sempat"
Cara menyalamatkan diri
- cari jalan keluar segera
- maklumkan kepada bomba/kawan kedudukan anda
- guna tangga jika bangunan bertingkat
- merangkak jika kawasan berasap

Cara memadam api yang melekat dibadan.
- tutup muka dengan tangan
- berguling dilantai untuk memadamkan api
(jangan berlari kerana angin akan menambah api marak)
- dapatkan bantuan seterusnya



Lari..laju sikit!
Hai.. gelak2, cam tak takut je...

Siapa yang tiada.......
Latihan yang kurang memuaskan... tak real la!








tiba-tiba ada lintas hormat kat atas tu....dengan asap hijau.








demonstrasi memadam kebakaran, kena pakai set keselamatan
- pakai jeket kalis api, topi dan sarung tangan


yang ni, jenis ABC (debu kering), berat 9kg...larat ke?

Firewomen ni...




Ahli bomba ni.. belum ada yang terbakar dah bersedia..


ini bukan demonstrasi memadam dari udara tau...
kebetulan ada sesi latihan lintas hormat.



Isnin, Mac 21, 2011

BILIK TIDUR ANAK



Assalamualaikum...buat e-sahabat dan  pengunjung blog sy.

Foto pelbagai susunatur bilik tidur anak.  Melihatnya dapat mencetuskan idea dan direalisasikan pada  bilik tidur anak-anak kita, mengikut kesesuaian.

Selamat menjamu mata.

















Sabtu, Mac 19, 2011

CIKGU SHIDA DARI PARIT

:\
Tengoklah ni.... mari menyanyi bersama CIKGU SHIDA.

Hari ini, seperti biasa ... dalam perjalanan ke office sambil mendengar radio... selepas mendengar berita jam 7:00 pagi ...pastinya stesen radio bertukar ke HOT FM.

FBI memperkenalkan tetamu jemputan hari ini "CIKGU SHIDA" ... 'ARTIS YOUTUBE'.....siapalah pulak CIEGU ni, apa speselnya jemputan hari ni ....Yalah orang macam SY ni manalah nak mengikuti perkembangan Youtube ni.... kalau ada pun dengar Ustaz Kazim  adalah  (ehem2...itupun sesekali... .. udok idup lame, kenelah sedo diri).

Tapi bila dengar tu "eh,  ok juga" lebih2 lagi bila CIEGU SHIDA  berkata2 dengan loghat "PEROK" tu .. maklumle... teman ni Perok juge... perok celup yang dah karat... rheti ngajok2 je...  sebeno  tak pande pun!.

Tapi sayang ... baru separuh jalan mendengar, dah sampai office.  Tak dapat nak dengar cerita seterusnya.

Tengahari ... tak kemana, SY search "CIKGU SHIDA" ... dan menonton persembahannya. Sy tengok miming "KALAU BERPACARAN"..  dan malam ni tengok lagi ... lihatlah video klip di atas ... KAH3.

Memanglah kelakau sungguh .... tergelak le SY sorang2.  Memang spesel, tak semua orang berani dan  kreatif  camni...


TAHNIAH CIKGU SHIDA ...
 SEMOGA BAKAT BERTAMBAH BERKAT DAN BERMANAFAAT.











Jumaat, Mac 18, 2011

TERHARU DI PLAZA TOL

BAYAR TOL, satu kemestian untuk sampai ketempat kerja.  Nak lari dari tol jalan 1, masuk jalan 2 .... tol tetap ada.  Jika nak elak juga... bersedia untuk masuk jalan2 agak kecil, bersimpang-sior siap lampu merah, hijau dan kuning.

Satu peristiwa dipondok tol, yang membuat panas hati...membakar rasa.  Pagi yang hening penuh kedamaian, menjadi merah membara..... berasap, hah!

Gambar hanya hiasan semata-mata.

Kebiasaanya sy menggunakan "SMART TAG" membayar tol.... untuk lebih mudah dan cepat.  Pagi tu, sampai je dipondok tol, ada satu kereta terhenti di depan, bila SY sampai je ....."TET".... dan palang tol terbuka, apa lagi .... kereta depan tu berlalu lah.  Habislah ni...........SY sangkut, kad dah baca, orang lain yang lalu.....masyakkkkkkkkkk.

SY picit butang...."HELP, HELP, HELP"..........tak paham kot,  TULUN, TULUN!"......... tunggu dan tunggu............tak sorang petugas tol datang.... habis masa di sini.  Dalam pada tu, barisan dah jadi panjang.  Tak boleh jadi... dari buang masa tunggu, lebih baik SY undur dan bayar sebelah.  Kebetulan hari tu SY bawa kereta MPV (yang tak berapa nak baru tu)... dengan ketinggian SY yang tak sampai 5' ni dan kereta belakang yang rapat2.... proses undur tu agak terkial-kial sikit nak masuk ke lorong tol sebelah.

Tiba-tiba datang satu kereta dari belakang dengan ANGKUH memotong depan SY.  Nyonya tu buka tingkap dan angkat tangan... maki SY............muka dia macam "SINGA"............mulut dia komat-kamit memaki hamun sy, nasib baik SY tak dengar bijik butir hamunannya.

Cis!......tetiba darah SY yang agak "cool" tadi, jadi panas .... MENDIDIH.
INI BUKAN SALAH SAYA! .....hanya hati yang menjerit.  Dia kira masalah dia je....masalah SY ni, dia tak tau.

Jika nak kira kerugian saya......

- Terpaksa mem"BAYAR 2 KALI" - kad dan tunai
- Masa yang terbuang.. jika "MAKCIK" tu marah menunggu, SY lagi lama menunggu.
- Rasa tidak puas hati .. pihak tol langsung tak datang membantu... kereta sebelum juga pada SY.
- Dan yang paling mahal, rasa  "MARAH" sebab "DIMAKI-HAMUN - BUKAN SALAH SAYA".

Dalam keadaan ini, siapa yang patut disalahkan?
Siapa patut  lebih marah..... SY atau MAKCIK tu?
Kalau anda dalam keadaan SY ........ anda marah juga atau tidak?
Salahkah jika saya jadi tambah marah?

Kesimpulannya:
-  bertimbang rasa dan bersabar
-  petugas, harap perihatin dengan keadaan.
-  jangan cepat menghukum jika tidak tau cerita.

Khamis, Mac 17, 2011

POKOK KARI BERBUNGA

Depan rumah ada 2 pasu pokok kari sy tanam,  satu kurus dan satu lagi gemuk.  Oleh kerana dah nampak agak rimbun, sy nak kurangkannya.  Sy pun beri sepasu pokok kari yang kurus tu pada kawan di office dan tinggal yang gemuk.

Tak lama lepas tu, pokok kari gemuk tu dah jadi kuning... daun gugur satu persatu.  habislah.......mati pokok kari ni.  Dah togel tinggal dahan je.   Hai, merajuk ke pokok ni ... tapi kalau matipun tak apa, sebab sy ni bukan rajin masak kari.... dalam kata lain, tak pandai masak kari. Sy pun terus lupa nak menjengah pokok ni untuk beberapa minggu.

Hari ini, balik kerja.... tiba-tiba  ternampak sebelah tiang tu..eh! ada sesuatu lah..............pokok kari sy tumbuh pucuk baru "berdaun dan berbunga".  Alhamdulillah............ tak jadi mati pokok sy ni.

Waa.... pokok kari sy berbunga!

Bunga pokok kari ... pertama kali sy melihat dari dekat.



Disebalik tiang .... keluar dahan yang berbunga



Lihat tu, dahan yang sebelum ni rimbun... jadi botak dan kini kembali berdaun.



Dahan ni dah kembali rimbun, segar dan berbunga. 

Rabu, Mac 16, 2011

PENJAWAT YANG TIDAK JUJUR


Tahun  80'an, komunikasi tercanggih waktu tu cuma "public phone", "surat" dan jika hendah segera "telegram" atau "surat register".  Penghantaran wang pula biasanya guna "wang pos" sahaja.

Masa tu sy belajar ditingkatan 6, tinggal di asrama, sekolah di KL.  Cukup bermasalah untuk berhubung dengan emak di kampung. "Public Phone" belum sampai ke kampung sy.  Jika keputusan wang atau bekalan .... meranalah jawabnya.
Satu masa, sy betul2 keputusan wang belanja.  Apa lagi yang dapat dilakukan, tulis surat pada emak di kampung, mohon kiriman wang dengan kadar segera.  Emak sy ni walaupun orang kampung, tapi masih dikira agak canggih juga, tahu menulis surat ... tahu hantar surat segera dan wang pos.

Oleh kerana anak ni mahukan wang segera ... dia berkira2 wang pos tentu lambat nak tunai, menghantar wang dengan register  adalah cara yang paling selamat dan cepat.

Setelah menunggu selama lebih kurang 4 hari, maka sampailah bingkisan yang dinanti-nantikan.  Gembira hati tidak terkira ..... DAPAT KIRIMAN WANG.  Sy pun buka unvelop dengan girangnya...... ada surat dan ada not RM10.......ha?.........10 sahaja, tapi dalam surat mak tulis kirim RM40 (ketika itu besar nilainya).  Ya Allah apalah yang boleh dibeli dengan RM10 untuk jangkamasa 2 minggu lagi sebelum cuti, tiket balik je RM12.

Hiba hati tidak terkira ... kenapa jadi camni.. tak mungkin mak silap kira... nak kata hilang, surat tu kelihatan cantik je... mungkinkah "PENJAWAT TIDAK JUJUR?"  Ya Allah, kenapalah sampainya hati orang ni megambil duit sy.. taktau ke dia sy begitu terdesak sekarang ni... itupun mak hantar cuma RM40, jika dikira2 sebenarnya tidak cukup.... tapi sy faham bagaimanaa keadaan emak di sana..... bercucuran air mata sy mengenangkan nasib diri.   Apa yang perlu dilakukan sekarang... tulis surat semula,  bermakna kena tunggu lebihkurang seminggu juga.

Akhirnya sy tebalkan muka, meminjam pada kawan.  Bila sampai di kampung, soalan pertama "MAK KENAPA HANTAR RM10 SAJA... MENDERITA SY".  Mak terperanjat... "mak hantar RM40, cuma tu je mak ada.............." Ya Allah, "double" sedih dihati.

Setelah bertahun2 berlalu, sy pun dah menjadi "PENJAWAT" juga.... cerita ni masih segar diingatan.  Masih terkenang2 kenapalah penjawat tersebut sampai hati mengambil wang budak sekolah yang jauh dari keluarga dan  wang  ibu yang dalam kesusahan.

Terfikir sy,  mungkinkah ...."PENJAWAT TERSEBUT DALAM KESEMPITAN, SEPERTI JUGA  SY DAN EMAK SY HINGGA TERPAKSA BERLAKU TIDAK JUJUR".

Agaknya...... "PENJAWAT TERSEBUT MASIH INGAT ATAU TIDAK PERISTIWA TERSEBUT ATAU SUDAH BIASA MELAKUKANNYA?".

Tapi mak selalu menasihatkan:
-  Bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi sekarang.
-  Lupakan kisah lampau, lapan dada, lapang fikiran, bersangka baik.
-  Halalkan saja RM yang tidak seberapa tu... mungkin dia terdesak.

Ya... memang sy sudah maafkan dan halalkan rm tersebut.   ... sekadar  mengingatkan diri dan anak2 serta semua agar mengamalkan sikap 'JUJUR"..selalu berfikir "AKIBATNYA" ... jangan berbuat perkara tidak baik ... walaupun kelihatan kecil tetapi besar akibatnya ada kesan mendalam bagi  yang melaluinya.

Sy bercerita hanya sebagai "KISAH DAN TAULADAN".

Selasa, Mac 15, 2011

HONEY DEW



Assalamualaikum buat teman-teman di maya.

Tembikai ni bukan sy yang tanam ... tapi milik jiran depan rumah.   Sy ni asyik mengintai pokok jiran.. tapi jangan takut, snap ni dah minta kebenaran.

Sy cukup teruja  tengok tanamannya dan yang cukup mengagumkan, ...bila tengok apa je yang di tanam tumbuh segar dan berbuah ..

Hari tu sy dah paparkan gambar timun yang segar-bugar, sekarang ni tembikai pula sedang berbuah.  
Hai... jurugambar datang nak ambil ..... gambar!


Buah yang sedang membesar.... tengok tu, ladybird tu menumpang rezeki. Habis berlubang-lubang daun tu


Ni.. putik buah... kelihatan cantik dan sihat..



(hari ini menerokai blog pertanian, baru tahu rupanya namanya bukan honey dew tapi "ROCK MELON". baru tau!  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...