Iklan

Isnin, Februari 28, 2011

IKAN KELI masuk peti beku - BAB 5

Abe sy ni memang hebat ..... dah tau sy menderita dengan kisah keli, tapi dia tetap dengan pendiriannya... tak putus asa.  Dia beli lagi keli hidup ni.............

"Ya Tuhan, kalau lah tidak kerana Kau kurniakan keimanan dan  kesabaran   ini, dah tentu  keli ni sy campak ke longkang, biar dia hidup aman di sana,  tetapi dengan kurniaan Mu... sy tabahkan hati demi orang yang tersayang".

Apa pula cara nak sy selesaikan masalah kali ini?
Oh ya... hari tu sy cerita masalah keli ni pada kawan office, dia beri cadangan..........
"apa kata, kau campak keli tu dalam peti beku"
"Ya......ya, masuk akal juga.......... keli kali ni kau masuk peti beku ya .... maafkan daku ya keli".
"Degak,  deguk"   bunyi peti ais sy ............ mak, deritanya keli tu bertarung dengan kesejukan .... camna kalau aku dalam keadaan keli tu.    Hi, hati ini tak sudah2 berkata-kata, telinga pulak asyik terdengar2 bunyi-bunyian keli............deritanya sy mengenangkan semua ni.

Esok pagi, sy buka peti sejuk ........... keras kejung keli2 tu ............susahlah pulak nak menyiangnya.  Kesimpulannya, cara ni juga tidak praktikal.  Kalau ikut kata hati.... keli2 ni sepatutnya tak perlu singgah lagi ke rumah sy.

Bab menggoreng keli ni... satu lah halnya.
Goreng ...meletup, tiap kali goreng berterabur minyak kat dapur............sakitnya bila kena tangan, melepuh juga.   Nak lap lantai lagi............kerja extra lah.

Sejak hari tu, sy memang menyatakan "MOGOK DAN BOIKOT KELI HIDUP DATANG RUMAH".
Nampaknya abe mempertimbangkan "RAYUAAN KU".

LEGAAAAAAAAA.


Bersambung : Ikan Keli - Bab 6


Ahad, Februari 27, 2011

LANSKAP

Bila kita melancung ketempat orang, kita selalu melihat keindahannya dan memuji-mujinya.  Tapi keindahan ditempat sendiri selalunya kita anggap biasa, lebih  kurang kata...tidak begitu dihargaii... bak kata pepatah "ALAH BISA TEGAL BIASA".

Lanskap disekitar pejabat contohnya... hari2 lalu lalang, bunga-bunga dan pasu tu semua kelihatan  biasa je. Tergerak dihati untuk mengambil foto persekitarn untuk dihayati keindahannya.























Apa kata anda .... cantik kan lanskap di sini....inilah yang dikatakan,
"asyik memandang  keluar... terlupa memerhati yang ada didalam"


MAULIDUR RASUL




Siaran tertangguh... 

Sambutan Maulidur Rasul di pejabat kami telah diadakan pada 18 Februari, 2011 .

- Dimulakan dengan Majlis Tazkirah yang disampaikan oleh 
Ustaz Hambali
- Bacaan Doa
- Diakhiri dengan jamuan makan 

Menu masakan kampung pilihan kami kali ini:
Nasi putih, masak lemak nenas ikan masin,  ikan keli masak cili, ayam goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan buah tembikai merah kuning serta air sirap limau.  Menyelerakan.


Siapa gerangan punya tangan yang sedang sibuk menyusun atur hidangan?


 Ditambah dengan "potluck" dari staf yang bermurah hati.
pisang, kacang goreng, baulu, karipap, puff kastad, kek roll dan coklat cloud 9.


Ustaz membaca doa selamat dan doa makan.


 
Silakan....sebelum lauk2 menjadi sejuk, maklumlah di pejabat
 kami ni suhunya lebih sejuk dari Cameron Highland.


Ustaz dan big boss... beramah mesra sambil menjamu selera. 


Ehem... khusuknya cik kak dan cik adik ni memilih menu idaman.
Sampai tak sedar orang snap gambar .... patutnya kasilah senyuman kat kamera ni.



Sabtu, Februari 26, 2011

IKAN KELI tabur garam - BAB 4

Lepas peristiwa tu.... cik abe sy tak beli keli lagi dah.
Sampailah sy dah boleh makan balik keli,  diperkenalkan pula keli goreng bersambal....sedaplah pulak.  Maklum, sambal2 cili  ni memang saya suka.  Lupa dah peristiwa lalu.

Tiba-tiba.... satu hari dia balik membeli keli hidup.... wau, banyak pulak tu,  2 kg U.  Hiiiiiiiiiiiiiii, saya jerit.  Siapa nak siang ikan ni.............. menangis aku sorang diri "PENYU MENANGIS SIAPA TAHU".."PENYIANG KELI NANGIS, MEMANG AKU TAHU" ............abe buat dek je,  biasalah.  Kebal.
"ala, kalau takut siang hidup2, biar dia mati dulu ...baru siang" kata abe.  Hai, cakap memang senang,  masalahnya camna nak kasi keli ni cepat mati.

Ha.... teringat petua yang sy baca dalam majalah, kalau nak kasi keli cepat mati ....tabur garam.   Apalagi, sy ambil segenggam garam .. lalu sy tabur pada plastik keli tu.  Sy lihat keli2 tu menggeletek... dan berbunyi2.  Sampai malam masih tak mati juga.. makin malam, bunyi keli tu semakin kuat ..nyit, nyut, nyit..nyut.   Ya Allah, deritanya keli ni sepanjang malam.... terdengar2 di telinga....membuat aku tak lelap tidur.

Esok paginya... ikan2 tu semua dah mati dengan berbuih2...  sedihnya aku melihatnya.  Meleleh airmata sy menyiang keli ni.... betapa azabnya dia sebelum mati.  Terasa begitu kejamnya sy menabur garam semalam. Dan yang pasti, keli kali juga sy tidak boleh makan kerana kasihan.




Bersambung : Ikan Keli Bab 5




RUANG TAMU IDAMAN

Ruang Tamu :  Photo selingan, sekadar untuk cuci mata dan mendapat idea2 untuk disuaikan dengan ruang tamu kita...


Petikan dari:
look4design.com

Khamis, Februari 24, 2011

IKAN KELI ketuk kepala - BAB 3

Dilain bulan dilain ketika.... tiba2 abe balik dari tah mana,  singgah pasar.
"eh.. arini abe beli ikan keli tau.....".
"dah siang ke?"
"belum... hidup lagi".  selambe je dia.
"Ya Allah... macamana nak siang, abe siang ya"
"eh, aritu kan dah pandai siang... buat jelah camtu".
"tapi, aritu mak yang siang ....sy geli pegang ikan hidup tu".
"takpe ... nanti abe cari glove utk pegang ikan tu ya".

Dipendekkan cerita... sy pun cuba menyiang dengan sedih pilu dan  linangan air mata.... dalam hati tuhan je yang tahu, betapa deritanya sy aritu.  Berbakul-bakul ratapanku pada ikan keli dan berbakul-bakul ..............dalam hati yang terbuku..... tahlah, mungkin keli yang sy adap juga menderita seperti sy.  Habis berdarah-darah dapurku akibat pertarungan ku dengan keli.

Sebenarnya, sy hanya siang keli ni lebih kurang 5 ekor je..... selebihnya 2 atau 3 ekor............shhhhhhhhhhhhh.................sy buang.  Tak sampai hati untuk terus mengadap keli dengan derita dihati.   Diam2 tau, abe tu.... tak tau.  Jangan bongkar rahsia sy ni.

Sy tengok keli goreng malam tu... langsung tak selera,  memang tak lalu makan.   Kembang tekak sy mengenangkan pertarungan dengan keli siang tadi.  Hah...kalau camni, tak makan keli pun takpe.  Cik abe tu makan dengan selambe,
"hai, tak makan ke?"
"takpe lah ... lain kali"
tah apa dalam hati abe tu berkata2, tak taulah.


Bersambung : Ikan Keli - Bab 4



Rabu, Februari 23, 2011

IKAN KELI belajar menyiang - BAB 2

Abe ni memang suka keli.. bila tengok sy dah pandai makan keli, waaa... sukanya dia.  Makan di kedai asyik2 pilih  keli. Maklumlah nak jinakkan orang supaya cinta makan ikan keli...........

Balik kampung... abe suruh tolong mak dia siang ikan hidup, termasuk keli.  Apa lagi, sy ... bukan ikan yang melompat, tapi sy yang melompat-lompat.  Mak kata... "ketuk kepala ikan tu biar mati, baru siang".  Tapi sy manalah sampai hati... kesihan,  ketuk sikit je.... "mana nak mati kalau ketuk sikit, ketuk kuat sikit".  Pejam mata... nah, ketuk kuat2... fuyoooo, hancur kepala ikan keli tu sy kerjakan.

Wa, dah pandai siang ikan keli ya.. Abe tu senyum2,  dia tak tau...  semua  tu ,ikan emak dia yang siang, sy jadi mandur, eksyen je...pegang pisau... pukul  sekor keli sampai hancus kepala dia... ha3
Bila waktu makan, kelip2 mata sy tengok ikan keli goreng tu, apa taknya... tadi dah kata kesihan, mana boleh makan.  Takpe hari ni tak payah makan ikan keli, biarlah orang lain je yang makan.


Bersambung : Ikan Keli - Bab 3



KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN

Pagi ni ..  teringin memulakan pagi dengan meneroka blog2 e-sahabat.  Tiada tujuan tertentu, cuma mencari bahan bacaan yang bersesuaian.

Tetiba terbuka satu blog yang menyenaraikan link2 pujaannya bawah tajuk inspirasiku, sy lihat satu persatu tajuk2 blog dan terpandang KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN.  Rasa macam menarik je tajuk ni.

Sy buka dan baca dari satu artikal pada satu artikal.  Terasa terpikat dengan gaya bahasa yang disampaikan secara bersahaja.  Cerita  ringkas tapi penuh makna.  Penggunaan bahasa tidak menekan dengan bahasa yang berat2.

Bagi sy, orang biasa ... yang cuma pandai membaca, kurang idea dan tidak pandai mengarang...penyampaian beginilah yang saya idamkan... pembacaan santai, isi mudah difahami dan tidak membosankan.

Setelah membaca beberapa tajuk, baru terlintas difikiran.....
"Siapalah agaknya penulis blog ni?"
"Apa alamat blog dan tajuknya... jangan sampai terlepas lain kali"
"Penulis ni agak2 lelaki ke perempuan?"

Setelah itu baru melihat alamat blog http://muhdkamil.org/blog/ .   Biar betul ni... bukankah ini nama penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah.  Buku yang sy baca tahun lepas.  Buku yang membangkitkan kenangan Ibadah Haji sy beberapa tahun yang lepas (2005/2006).   Patutlah gaya bahasa dan penyampaian seakan pernah sy jumpa/baca............ rupanya memang betul.

Alhamdulillah.... sy dipertemukan dengan yang sy cari2 pagi ini.... walaupun asal sebenar sy tidak tahu hendak mencari apa..... sekadar mencari sesuatu yang dapat memberi manafaat, sebagai pengisian pagi sebelum memulakan tanggungjawab harian.

Alhamdulillah ..... mari membaca  "KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN"

Selasa, Februari 22, 2011

HAPPY ANNIVERSARY MR MUSLI


Tengahari ini ... waktu lunch,
Baru masuk office..... baru nak duduk... "tet... tet" pintu berbunyi... hai sapalah ni...rehat lah!

Lihat kat pintu .... wou, ada penghantar bungalah...dengan "sponge bob tersengih"... sapa punya besday arini... tapi biasanya..sipolan, sipolan... .
Sebab bawa bunga... dengan senyum, member buka pintu .... 

"Sila masuk..."
"EN Musli ada?"
"tunggu"
"Hello, Mus ... sila datang ke office depan..."


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN 

"EN MUSLI DAN PN NIZA"

"SEMOGA BEROLEH KEREDAANNYA &  BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGA"
~:: 22 FEBRUARI 2011 ::~



Dia datang...





  Alahai ..  senyum. 
 malulah pulok. 


keh..keh..keh...ketawalah dia!

TAHNIAH!




IKAN KELI - BAB 1

Ikan keli?
Hi... takutnya... macam belut...  gelinya. 
Itulah perasaan sy dahulu kala terhadap ikan keli.
Bukan apa, sy ni memang geli pada semua binatang atau haiwan.
Dulu sy tak makan ikan keli kerana emak sy memang tidak makan keli, so.... tiada hidangan keli di rumah kami.

Ditakdirkan tuhan ... sy bertemu jodoh dengan orang berasal dari sawah ... penggemar keli tegar.  Bila makan di kedai.. tentu keli yang dipilih.  Dipelawa sy makan.. sekali dua tak lalu lagi makan ... pujuk lagi, "cuba rasa....cuba yang garing..... sikit je! (cam budak2 tu).  Lama2 jamah juga.

Ishh.... ok juga...sedap.  Hai .. "toksah bayangkan macam2,  telan je" kata abe sy.  Sesekali tu terbayang bila keli tu bergerak2... hi, rasa macam digeletek2 lak perut ni,  tapi orang kata...."alah bisa tegal biasa".  Lama2 tu, lupa... "goreng pun sodap".



Sambungan : IKAN KELI - BAB 2





Rabu, Februari 16, 2011

HONEYDEW KOKTEL

Hari selasa 12 Rabiul Awal, cuti sempena menyambut kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW.  Tengahari, jenguk anak di asrama... macam2 pesanan mereka, batuk selsema lah.... idea2 nak minta mak abah datang lah tu... ala dah masak dah ngan bebudak ni.

Sampai di rumah dah waktu asar, terasa teringin nak makan sesuatu... ke dapur, tengok apa yang dah disediakan dalam peti sejuk.  Honeydew koktel ...seperti yang Cik Dah kita buat masa majlis pengantin Nadia tempohari.


HONEYDEW KOKTEL
hmm... segar dan menyegarkan.

BAHAN:
1/2 tin susu cair
1 cawan air
Gula secukup rasa
Secubit garam
1/2 tin buah-buahan campur
2 potong besar honeydew
Kiub2 ais
3 sudu besar sagu mata ikan yang telah dimasak.
(pilih sagu berwarna hijau)

CARA MEMBUATNYA:
- Potong2 kecil honeydew dan kisar dengan 1 cawan air
- Masuk dalam mangkok besar
- Campurkan honeydew, susu cair, garam, sagu dan buah campuran.
- Masukkan gula, kacau dan sesuaikan manisnya.
- Masukkan kiub-kiub ais
- Hidang dalam mangkok atau gelas besar.

Isnin, Februari 14, 2011

Sabtu, Februari 12, 2011

SAMBUTAN HARI KEKASIH SALAH DI SISI ISLAM


Peringatan bersama:   Khusus kepada yang belum tahu.

Petikan dari : Amal Jariah Ku


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. 

KEBUN SAYURAN



Siapa kata tinggal di bandar tidak boleh berkebun sayur...
Buktinya... lihatlah gambar tanaman di bawah.  Ya... timun.

Pokok timun ini di tanam dilaman rumah jiran kami.  Kalau dilihat cara dia berkebun, kelihatan mudah je.. santai, macam2 ditanamnya dan hasilnya  berbaloi juga. Dalam masa sebulan lebih dah mengeluarkan hasil.   

Mungkinkah sebab tangan orang yang menanam tu serasi (tangan sejuk orang kata), atau orangnya memang punya banyak ilmu pertanian? Ha... siapa boleh tolong jawabkan.






Timun ni menunggu masa untuk dipetik.. ishh, pandai2 je,
jangan marah ya tuan pokok timun... (kelmarin dah minta izin snap foto ni)




Alhamdulillah,  kami turut mendapat tempias rezeki,
Tengok..tak semene2 sampai ke rumah 2 biji timun segar ... 
baru dipetik dari ladang katakan.  cuti hari sabtu ni, bolehlah buat acar timun.




Jumaat, Februari 11, 2011

TAMAN BUNGA


N3 yang lalu telah disiarkan taman sayuran dan buah-buahan emak di kampung.  Kali ini saya nak siarkan pula foto bunga-bungaan dari taman emak..  Yang disiar hanya sebahagian bunga yang saya berkenan dan bersesuaian dengan selera saya .............sorry.



Bunga Raya











Keembong
 



Kemunting China



Orkid
  



Ros China 



Ros



Sepit udang  




HADIAH "GIVEAWAY"



Hadiah GA untuk julung2 kalinya telah diterima dari Pn Zie hari ini.
Ribuan terima kasih atas pemberian dan siap hantar ke pejabat lagi.
Seronok sangat...


Alhamdulillah,   Ø´ÙƒØ±Ø§,  thank you,  Xièxiè, gamsahabnida, gracias, 
terima kasih.....

hi.hi.hi...macam pandai,  action  je .



Minum petang sebagai merasmikan "tea set" -  hadiah GA.
Minum teh "O" bersama cekodok pisang
(cekodok tak sempat snap dan selesai dulu)



 Inilah gambar asal tawaran GA pn zie.




TERIMA KASIH DAUN KELADI
LAIN KALI HARAP MENANG LAGI.





Rabu, Februari 09, 2011

DOA MAKAN UBAT

Tinggal dengan nenek sewaktu kecil suatu kenangan yang indah.  Nenek ni biasanya akan mengajar atau menegur  cucu2 dengan sabar dan penuh diplomasi.

Nenek selalu bercerita ... pelbagai kisah dan pelbagai doa.  Satu doa yang melekat dalam ingatan hingga kini, ialah doa ketika makan ubat.  Setiap kali mahu makan ubat nenek akan membaca,

 doa:


TOMBO TEKO, LORO LUNGO.
MARI KERSANE ALLAH TA'ALA


Sebagai kanak-kanak...dah tentu seronok je mengikut, sambil gelak2 tanpa mengetahui makna sebenar.  Bila semakin besar dan berakal, rasa teringin tahu makna doa tu baru timbul ... nak tanya nenek, malu.. tanyalah pada mak...."apa makna doa tu?".  

Maknanya:


UBAT  DATANG, PENYAKIT HILANG.
SEMBUH KERANA ALLAH TA'ALA.


Masyaallah... begitu indah rupanya makna doa ni... Oleh itu, sampai sekarang doa ni tetap diamalkan setiap kali kami sekeluarga makan ubat... anak2 mengajuk sambil ketawa, tapi bila terlupa merekalah yang mengingatkan.  Inilah warisan ... berkat doa orang lama.

** nenek saya ni  keturunan JOWO...so doa tu dalam bahasa JAWA.  
Yang silapnya, cucu ni .. kurang  jawa sikit.




Selasa, Februari 08, 2011

HIKMAH





SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. WALLAHHUAKBAR..
SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. HASBIYALLAH..

DI TEBING KERINDUANKU
MEMANDANG HAMPA PADA DUNIA
KU HANYA ORANG  BIASA
TAK LEPAS DARI RASA KECEWA

HANYA PADA MU TEMPAT KU MENGADU
PAHIT YANG MENYIKSAKU
AKU PERCAYA TIADA YANG SIA-SIA
SEMUAKAN ADA HIKMAHNYA

SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. WALLAHHUAKBAR..
SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. HASBIYALLAH..

ALAM YANG MEMBALUT MIMPI
DULU MELUKIS NYANYIAN HATI
KU HANYA ORANG YANG KALAH
SATUKAN HATIKU YANG TERBELAH

HANYA PADA MU TEMPAT KU MENGADU
PAHIT YANG MENYIKSAKU
AKU PERCAYA TIADA YANG SIA-SIA
SEMUAKAN ADA HIKMAHNYA




Isnin, Februari 07, 2011

MELAWAT KEBUN SAYUR


Menyambung cerita balik kampung raya cina... 

Pusing keliling taman kebun emak.. tengok macam-macam tanamannya.



Bunga Kantan
kalau kat KL sekuntum RM1.00, kat kampung terbiar, kadang2 tupai yang makan.





Daun Kunyit





 Daun Kesum





Ulam Pegaga





Terung Pipit
Walaupun tidak di taman, bila dah tumbuh tu ... berguna juga.
Tumis dengan ikan bilis pun sodap!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...