Iklan

Selasa, Disember 21, 2010

MAHA

Sebut pasal MAHA, pameran pertanian amat  kami gemari.. kalau boleh tiap tahun tak mau ketinggalan, tapi apa daya, tak terdaya.

Tahun ini .. tak berpeluang lagi, memandangkan kesibukan masa, dan kesihatan agak kureng waktu tu.  Pergi pameran MAHA ni memerlukan kesihatan dan tenaga yang baik, manakan tidak.... parking je dah jauh.  Sampai di dalam pula nak kena jalan dari satu kemah ke satu kemah.  Jalan dalam satu kemah je kaki dah lengoh.

Tapi memang seronok dan membanggakan.  Koleksi gambar kami di MAHA beberapa tahun  yang lalu.

 MAHA 2004 DI MINES

2004 - dik man kecil je (1 tahun)



Anak2 masih kecil


MAHA 2006

Lebat sungguh .. kalau dapat tanam camni di rumah.

Tengok tu.. abang kena bekorban demi adik sorang ni.



Masa ni dik Man dah 3 tahun (tengok anak2 tu, cam nakal je!)




MAHA 2008

Bang Fif dengan lembu besar


dik Man dah 5 tahun - jentera jadi kegerannya




FAMA dengan hasil buah-buahan

Labu labu! sapa nak beli labu....menggeramkan.... gerem!

Anak dara sorang ni pun tak mau lepas peluang beraksi dengan peria belut.

Daun salad .. tergoda I, beli biji benih... berkobar2 nak tanam dilaman.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...