Iklan

Khamis, Disember 09, 2010

DONAT COKLAT

Hemmm... sempena maal hijrah 1432H.  Bercuti dengan anak2 di rumah je.  4 orang tentera ku ni yang sedang membesar ni memang lapar je............   Apa lagi kita masak-masaklah.
Anak2 suka donut coklat .... selalu di pasar ramadhan dikenali "kuih sarang burung".

Mari anak2... kita buat:


















DONAT COKLAT.

Bahannya:
600 tepung donut segera
2 biji telur
1 cawan air sejuk
2 cmt yis kering
1/2 cmt bread improver
1/2 cmt softerner
60 gm planta (saya letak 2 cmb)

Caranya:
Seperti biasa uli dengan BM (Breadmaker)
Boleh juga uli dengan tangan jika tiada BM.

Adunan ni agak lembut, bila nak cetak bentuk donat agak melekat, so ... saya buat bentuk "bulat2 leper" je.
Bila digoreng ....waaa, jadi bebola, bulat.
2/3 adunan dah di goreng .. dapat 2 pinggan.... banyak.

Proses mencelup coklat pula,
- seketul coklat masakan (lebihkurang 2" x 3")
- 1/2 cmb lemak sayuran
(cairkan dengan cara double boiler)

- celup bebola donut ke dalam coklat (sebelah sahaja)
- golekkan pada coklat rice pula (jika suka)
- biarkan beku sebentar dan boleh dihidang / terus makan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...