Iklan

Isnin, September 26, 2011

PASU - HASIL TANGAN KREATIF

Assalamualaikum e-sahabat

Sekadar ingin berkongsi apa yang sy lihat dan rasa teruja melihat hasil kraf tangan.


Daya kreatif  tangan hingga terhasil sebuah pasu. 
 Pasu yang diperbuat dari keratan tiket kapal terbang "boarding pass".  


Selain menggunakan keratan tiket, ia juga boleh dihasilkan menggunakan kulit buku yang agak keras... cuma mungkin agak susah untuk menghasilkan susunan warna yang sama.

 Pasu yang telah siap dengan gubahan bunga 

 Pasu setinggi 2 kaki dengan gubahan bunga sudut

Memandangkan sekarang kebanyakan tiket ditempah secara 'online',
mungkin keratan tiket seperti ini agak sukar diperolehi lagi.


,,

Khamis, September 22, 2011

TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum.
Kisah masak asam pedas melaka bermula dalam diari hari ini.

Di office I ni ada seorang pakwe, En Om namanya.... tersangatlah rajin masak.  Hari2 asyik cerita menu hariannya.  Kejap masak tu, kejap masak ni.... Tapi Mat Gebu tetap menang, sebab dia tak suka kek.

So, I kata... kalau betul teror tang masak  ni...kena tunjukkan bukti, supaya kami boleh rasa dan nilai berapa punya sedap masakannya.

He3, dia tak tau ke yang my friend & I ni spisis  idok le berapa pande tang masak-memasak ni.  I punya menu untuk kebanyakan hari bekerja disediakan oleh tuttttttttttttttttttttt.... ehem2.

Maka....hari ini En Om nak buktikan kepada kami (para ibu2) hasil masakannya.  Dia datang dengan menunya "Tenggiri Masak Asam Pedas Melaka ala Alor Gajah".

Huh... memang ngam masakan En Om ni..tabik spring / enak banget / sodap bebonar.
Yang best tu.. dia beri kami resepi dan siap ajar camna nak masak sekali.........he3.

Mari kita menuntut ilmu.

ASAM PEDAS MELAKA (ala En OM - Alor Gajah)

Bahannya:
  • 3 atau 4 cmb cili kisar.
  • 1/2 pek serbuk kari (Adabi)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 in halia
  • 1 in lengkuas (jika ada)
  • 1 in belacan
  • 1 cmb kerisik
  • 1 cmt lada hitam (tumbuk)
  • 1 cawan minyak (untuk menumis)
  • garam 
  • air asam jawa (secukupnya)
  • air (untuk kuah anggaran cukup)
  • 5 keping ikan tenggiri (goreng setengah masak supaya tidak cepat pecah - jika suka)
  • 3 biji terung / kacang bender
Caranya:
  • bland bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan belacan
  • campur dengan cili kisar, kerisik dan lada hitam - gaul rata
  • panaskan minyak dan tumis hingga agak garing / pecah minyak (tumis dengan minyak yg banyak untuk rasa sedap).
  • Masukkan air asam dan air untuk kuah secukupnya
  • bila mendidih perlahankan sedikit api
  • masukkan ikan kemudian masukkan terung
  • masuk  garam dan sesuaikan rasanya.
  • Tutup api bila ikan telah masak.
** senduk keluar minyak tumis yang berlebihan (yang timbul untuk kurangkan kandungan minyak) 




Jumaat, September 09, 2011

INDAHNYA BERAYA DI DESA

Memandangkan cuti kali ini amat pendek sekali (atas sebab2 tertentu), maka berhari raya dikampung kali ini terpaksalah "diekspreskan".

Selalunya ziarah saudara mara dan jiran2 kampung 4 hari baru selesai tapi kali ini semuanya selesai dalam masa 2 hari je.  Tapi ziarah  hanya dipilih untuk keluarga/jiran terdekat je.  Untuk yang lain, harap maaf ya... insyaallah jika panjang umur, ada rezeki ...... lain tahun, lain masa datang lagi ya.

Raya pertama di Perak - berkumpul adik beradik dan ziarah jiran2 terdekat.
Petang raya pertama ke Selangor - rumah mak mertua, kumpul adik beradik
Raya kedua ziarah saudara mara di Selangor.
Petang raya kedua ke Perak - menunggu saudara mara datang ziarah
Raya ke tiga balik rumah - sambil bersinggahan ke rumah kengkawan.

  • 1. Omak den : Balik solat aidilfitri, anak2 berkereta, dia selesa bermotor sendiri
  • 2. Mak dan 3 anak daranya (no 4 raya di Karak, teruna no 5 tu, tah kemana....)
  • 3.  Sepupu sama baya - 3 dari 5 orang
  • 4. Banyak2 kuih, yang ini jadi rebutan => roda2



  • 1. Baraan adik beradik, anak beranak - kumpulan pakaian sedondon jln didepan
  • 2. Yang ini kumpulan berdondon-dondon - jalan dibelakang
  • 3. Dalam  meriah ada yang patah hati - jangan terjun parit kering tu, tak basah pun.......
  • 4. Alamak jauhnya lagi nak sampai.......rumah wak Samingan ni


  • 1. Arif Aiman terjumpa meriam... posing lah dia.
  • 2. Ha3... balik ikut jalan pintas, lalu kebun.
  • 3. Pak din tunggu apa tu.. ala,  kebun tu terang benderang, jangan takutlah, 
  • 4. Masing2 try titi kecil ni...teringat zaman kecil2 dulu


  • 1. Sy pernah dibesarkan di rumah ni - rumah aruah embah 
  • 2. Rumah pakcik sy - pernah beberapa kali penggambaran drama buat disini
  • 3. Rumah makcik ku - antara rumah klasik
  • 4. Berziarah rumah kawan lama "Ani, takziah atas pemergian bondamu, seminggu raya".


  • 1. Menu makan malam raya ke 3, layan diri ya!
  • 2. Casher... kira pakcu punya ni (lemak telur, sambal goreng, rendang daging n kerang, nasi dan air 
  • 3. He he he... inilah cashernya ... kenyang katanya tengok gelagat anak cucu
  • 4. Pelanggan2 budiman ... cam tak sabar tunggu giliran mencedok.


Sekian adanya ...
Panjang umur, murah rezeki .... raya tahun hadapan jumpa lagi.



Rabu, September 07, 2011

PUDING KARAMEL ROTI

Waktu terluang, sesekali elok dimanafaatkan dengan mendengar cerita-cerita dari kengkawan.  Bukan selalu dapat mengendeng cerita mereka ni.

Hari ni, dalam perjalanan ke 'rest room' (sedap sikit bunyinya)...sempat menyinggah meja kawan yang sedang khusuk berbincang.  Setelah diamati, rupanya mereka sedang berbincang tentang 'puding karemel'.  Sy pun singgah sebentar, mengendeng... 'seorang menurunkan ilmu, seorang lagi sedang menuntut ilmu dan datang sorang ni ngendeng, membakar ilmu'.

Apa tidaknya... cerita2 tu, langsung buat terliur ...  berkobar-kobar semangat nak membuatnya, menu berbuka petang ni memang sesuai.  Balik rumah, terus selak resipi dan hasilnya..............alhamdulillah.

Walaupun wajah mu kureng ... tapi rasamu tetap manis menawan.

Bahan gula hangus:
1/4 cawan gula
1/4 cawan air panas

** panaskan gula dalam periuk hingga cair dan warna coklat muda, kemudian masukkan air.
** kacau rata hingga mendidih.  Tuang dalam loyang.

Bahan karemel:
3 keping roti ( siat2)
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/3 cawan susu krimer pekat manis
(jika perlu manis lagi tambah 1 cmb gula)
2 cmt vanilla
3 biji telur
emm ... penuh peti ais ku, karemel ni tunggu untuk disantap je...

Caranya:
- Sediakan pengukus (sedia panas)
- Rendam roti dengan  2 jenis susu dan air serta gula
- Kemudian bland dan tapis ( i pukul je.. blander rosak da)
- Pukul telur dengan vanilla, tidak perlu berbuih (buang tali pusatnya, elakkan hanyir *petua kangkawan)
- Campurkan kedua adunan, kacau sebati.
- Tuang dalam loyang berisi gula hangus / acuan berisi gula hangus.
- Kukus dalam 30 minit, keluarkan biarkan sejuk
- Bila sejuk baru masuk peti ais
- Potong suka hati, untuk disimpan atau terus hidang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...