Iklan

Jumaat, Ogos 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H




Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana berkesempatan puasa di Ramadhan ini.  Perginya Ramadhan penuh pengharapan "Semoga Allah Memberi Keampunan dan Kesempatan Ramadhan Lagi serta Menerima Segala Amal Ibadah Kita".

Ramadhan berlalu, Syawal menjelma
Meraikan kemenangan ibadah puasa
Mari bermaafan sesama kita
Bergembira penuh waspada



Kepada :
Semua sahabat-handai, sanak-saudara, blogger dan pengunjung Syimama Page.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Terima kasih atas kunjungan & sokongan, mohon maaf kesalahan yang ada. 
Semoga persahabat penuh barakah dan bermakna.



KAD RAYA 1432H / 2011M
DARI e-sahabat




Khamis, Ogos 25, 2011

SAHABAT LAMA & BINGKISAN

Salam Ramadhan buat semua e-sahabat dan pengunjung blog SP

Ramadhan hampir tiba kepenghujungnya.  Terasa macam baru Ramadhan datang rupanya Ramadhan hampir berlalu pergi.  Mungkin kerana begitu nikmat hidup di dunia hingga terasa semuanya begitu cepat berlalu ataupun diri yang semakin senior, menyebabkan sering lali dan kurang merasa apa-apa perkara yang terjadi.

Hari ini, sy menerima kunjungan sahabat lama.  Sahabat dari zaman mula berkhidmat, dari zaman anak dara hinggalah kini kami telah menjadi mak dara.  Sekian lama tidak bertemu dengannya setelah dia memilih untuk menamatkan perkhidmatan dan memilih menjadi suri rumahtangga sepenuh masa disamping sibuk menemani suami tercinta.

'SELAMAT DATANG SAHABATKU KE PEJABAT BARU KAMI, LIHATLAH PERUBAHAN PEJABAT LAMA KITA DULU.. SEGALANYA TELAH BERUBAH, SEBAGAIMANA KITA JUGA YANG TELAH BERUBAH...APAPUN, INSYAALLAH ... SEGALANYA PERUBAHAN YANG POSITIF".

Sahabatku kini telah bergelar "Datin".   datang bersama anak ke tiganya ............ wah, sudah besar dan hansem lagi.  Bertemu dikala dulu, masih kecil ........ kini dah besar panjang.  Begitu cepat masa berlalu, anak-anak jadi kayu pengukur jarak masa.

Lama tidak bertemu, pelbagai cerita dibualkan, tak cukup masa rasanya nak diceritakan semua .......... "maaf ya Ju, layan dengan sembang je, air kosong pun tak mampu nak hidang.  Almaklum 'BULAN
PUASA".

Tidak lupa bingkisan hari raya untuk kami  dari Datin Ju.
Terima kasih daun keladi ... ehem-eham... lain kali datang lagi.



Alhamdulillah .. Selain dari itu hari ini juga sy mendapat bingkisan  kuih raya dari adinda tercinta .... nun jauh disana .. tempat tinggalnya di Keramat Au3.. macamlah jauh sangatkan!   Yang sukanya tu ... sebab bungkusannya yang 'kiut miut, comel lote' menawan hati.

Kuih gunting buatan tangan adindaku Azizah 

TQ... lain kali kirim lagi.  
Selamat majujaya buat adindaku, moga bisnesmu terus berkembang.
(khabarnya tempahan dibuka sepanjang masa.... tengoklah labelnya)



Ahad, Ogos 14, 2011

DUGAAN RAMADHAN - KERETA DIBEDAL DEPAN RUMAH

Selepas menunaikan fardu zohor, dalam suasa panas terik, dibulan puasa  ... kami sekeluarga hanya berihat di rumah.  Mulanya cadang nak keluar cari barang jam 2.00 petang, tapi cik Abe kata "letihlah, lain kali".  So... dok rumah jelah.  Begitu juga jiran-jiran ku...lepas solat zohor tadi kelihatan semua ada dirumah.

Tiba-tiba.... "DOOM!.......HOI...BERHENTI, BERHENTI!".... dengar orang menjerit2.
Semua bergegas keluar rumah.... apa yang dah jadi ni.  Hah... kereta ku kena bedal?  Aduhai... sebuah pacuan empat roda telah melanggar keretaku dan kereta jiran depan.  Kemudian dia cuba lari, salah jalan... termasuk jalan mati depan rumah kami..... waktu mengundur dengan terhoyong-hayang melanggar pula kereta merah milik jiran depan rumah.  GERAMNYA!!

Keretaku... kemek bumper dan retak lampu.

Ni kereta Aishah, jiranku... kemek2 dan pecah lampu.

Nasib baik ada ramai jiran berada depan rumah siap sedia. Mereka tahan kereta tu... MABUK rupanya pemandunya.  Tengahari buta camnipun ada orang mabuk ya... ingatkan malam je orang mabuk.  Sungguh tidak sopan...
Tengok tu kereta si mabuk...kemek depan bedal keretaku.... kemek belakang, bedal kereta jiran.

Si mabuk ni cuba nak lari... nasib baik cik adik ni ada...antara yang sentiasa berkawal.

Jiran tahan pemandu tersebut .... bila disoal, jawapan merapu ... orang mabuk katakan. Dia cuba nak lari...tapi ada ramai yang bersedia mengawasinya.  Cikgu Mat jiran selang 2 buah rumah memanggil polis .....polis datang soal siasat.


tu dia...bukti yang kami dapat dari dalam kereta si.... mabuk 

Tidak lama selepas tu, taukeh si mabuk ni datang....setelah berunding, mereka bersedia membaikpulih kerosakan kereta kami.  Tetapi walau bagaimanapun hati kami terluka sebagaimana terlukanya kereta kami.
Dugaan....semoga ada kebaikan disebalik kejadian.  Jika dikira, masih bernasib baik, kerana kereta diletak diseberang, jika letak depan pagar, seperti biasa ..... tentu lebih parah kereta ni.
Tengok tu.. kedudukan kereta kami, dengan jalan yang luas .... cuma orang tidak waras je yang timbulkan masalah.

Ini pula kereta majikan si mabuk yang datang menjamin....
 terpaksa dirakam sebagai bukti jika mereka tidak tepati janji.


Isnin, Ogos 08, 2011

PUASA DAN SERUNDING

Assalamualaimum e-sahabat

Alhamdulillah, telah 8 hari kita berpuasa, terasa begitu pantas masa berlalu.  Semoga semua sahabat dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.  Bulan puasa camni, masa untuk berblog agak terhad.  Maklumlah .... masa ni terlalu banyak 'offer' bagi orang berpuasa, jadi cuba mengejar segala kesempatan yang diberikan.

Ditakdirkan Allah, permulaan puasa ni, kesihatan kami sekeluarga agak kurang memuaskan.... lepas sorang..sorang  demam.  Apa dihidang semua tidak menimbulkan selera....masak nasi asyik tak habis.  Hinggakan tak tau nak hidang apa untuk berbuka.  Waktu sahur ada kalanya hanya makan roti celup air teh je.

Sedang berfikir-fikir mencari menu sesuai untuk menimbulkan selera.... tiba-tiba bertemu pembekal "SERUNDING" terus dari Pasir Mas Kelantan.  Pembekal ni menawarkan harga murah.  Sejak tu, hidangan harian sentiasa ada serunding... makan nasi bubuh serunding, makan sup bubuh serunding.  Maklumlah dapat harga baik.... Alhamdulillah.

SERUNDING DAGING

Harga Serunding Daging:

1 kg = RM46.00
500gm = RM24.00
200gm = RM10.00
100gm = RM5.00

Kalau kawan-kawan berhajat "SERUNDING DAGING" ni...... konteklah nombor telefon cam kat label tu... InsyaAllah boleh dapat jika masih ada  bekalan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...