Iklan

Jumaat, Mac 23, 2012

TAMAN IDAMAN

Mengidamkan taman berhias indah?
Gambar taman indaman menghiasi blog SP hari ini.  Sebagai pencetus idea kepada yang meminatinya.


Terima kasih kepada The Friendly Plant kerana sudi berkongsi idea.





















Foto petikan dari: The friendly plant

Ahad, Mac 18, 2012

KASIH SAYANG SANG BURUNG

Sejenak memerhati kasih sayang  sang burung
Jam 11.30 pagi, diluar rumah riuh bunyi burung "chit chat chit chat".  Kelihatan 3 ekor burung berwarna kuning sibuk terbang sana sisi .... comel.  Tak pernah pula tengok burung-burung seperti ini.  Agaknya mencari sarang kot.

Seekor hinggap di motor.



Kemudian terbang ke tingkat atas... hinggap di penyidai kain.
Rupanya 2 ekor burung dewasa (ibubapa kot) ni sedang mengajar anaknya terbang




Kemudian turun semula ke bawah ...eh intai2 pula, apa yang dicarinya ni.

Oh..ini rupanya yang dicarinya ..
Anak burung ni jatuh ke bawah dan tidak mampu terbang lagi.

Kebetulan ada si meow sedang mengintai-ngintai kat bawah tu, jadi Abe terpaksa tangkap anak burung untuk menyelamatkannya.

Arif :  Abah, masukkanlah anak burung ni dalam sangkar, Arif nak bela dia.
Abe :  Tak boleh bela burung dalam sangkar, itu namanya menyeksa, berdosa.
Arif :  Kenapa seksa pula, kita beri dia makan dan minum la abah.
Abe :  Burung perlu hidup terbang bebas, nak jumpa ibubapa, kawan-kawan, cari makan dan main-main, kalau dalam sangkar macamana dia nak terbang.... terseksa  dia, nanti kita berdosa.
Arif :  Oh ya ke.
 

Abe letak anak burung kat tepi mangkok berisi air .. senanglah kalau dia nak minum. Anak burung ni nampak lemah ... mungkin kepenatan sepagian belajar terbang. 

Sebenarnya bulu anak burung ni belum cukup lebat, ekornya belum cukup panjang seperti ibubapanya, mungkin sebab itulah dia tidak cukup kuat untuk terbang


Nampak gelisah   ibubapa burung ni... datang menghampiri anaknya.


Lihat tu.. kedua ibubapa burung tu sentiasa berlegar berhampiran sambil memerhati  keadaan anaknya.  Mungkin dia takut keselamatan anaknya. 
Burung pun sayangkan  anak.


Tiba-tiba... datang ibu burung menyuap makanan kemulut anaknya

Lepas makan, anak burung ni terus bertenggek disitu... sambil memerhati kelibat ibubapanya


Rasanya yang ini bapa burung ... sentiasa mengawasi dari jauh dengan gagahnya.

 


Wah... ibu datang lagi, beri makan ... cepat betul si anak menyambar makanan dari paruh ibunya, tak sempat nak kita nak snap.
Bapa pula memerhati dari jauh je.
Amboi, dah kenyang perut ....si anak pun mencuci badannya sambil mengembang-ngembangkan bulunya.

 


Masa ni ... anak burung tinggal sendirian, mungkin ibubapanya keluar mencari makanan.  Kesian dia ...Arif pun datang bawa roti... harap anak burung nak makan.
Tapi hampa.... anak burung ni tak mau makan roti yang Arif beri.  Mungkin dia tak pandai makan roti atau dia cuma makan yang ibunya beri sahaja.
Anak burung termenung, dok setia menunggu ibunya .... Arif terpaksa alihkan kedudukannya, kerana semut pula datang menghampiri anak burung ni ... takut nanti digigit semut pula.
Waktu ni dah menjelang senja, haripun dah mula gelap .... riuh rendah ibubapa burung datang. 


Ibu burung sedang menunjuk cara terbang pada anaknya, agaknya nak bawa anak balik ke sarang.
Tapi anak burung tetap duduk di situ juga ... si ibu datang memujuk lagi.

Oleh kerana dah azan maghrib, Abe dan Arif pun ke surau... mama masuk rumah untuk solat. 

Balik solat maghrib.... Arif tengok anak burung dah tiada, Arif cari merata... bawah kerusi bawah kereta,  takut kalau-kalau anak burung jatuh ke bawah atau takut ditangkap si meow... tapi tak nampak kesan-kesan dibaham si meow.

Mungkin anak burung dah terbang ikut ibubapa balik sarang.  Arif doakan "Semoga anak burung  panjang umur dan selamat, harap esok anak burung datang lagi jumpa Arif".

Khamis, Mac 15, 2012

HIASAN DALAMAN - TANGGA

Kalau rumah kita jenis rumah bertingkat, tentunya penghubung tingkat atas dan bawah adalah tangga.  Jika direnung keadaan tangga rumah kita ... angan-angan pun datang... tergambar difikiran, jika  dapat mengubah suai tangga mengikut kesesuaian dan citarasa, huh..... camgini, camgitu.

Untuk merealisasikan angan-angan segalanya mengikut kemampuan dan kesesuaian.  Sebelum segalanya menjadi realiti, kita tengok dulu gambar contoh-contoh tangga ni  .... manalah tahu salah satu darinya sesuai untuk rumah kita.

 Design ni... seperti tangga rumah kampung zaman sy kanak-kanak dulu, tetapi telah diperindahkan dengan ciri-ciri moden dengan ada kaca penghadang tepi.  Sy sangat sukakan design ini.

Menarik.. bayangkan kita sedang menuruni tangga rumah kita yang seperti ini..

Wow.. yang ini seakan yang terdapat di filem-filem hindustan

Warna kayu yang terserlah... khusus yang meminati perabut ukiran kayu

Kemas, menarik dan sempoi

Bentuk ini perlukan ruang yang besar... rumah besar je sesuai.

Sesuai untuk penjimatan ruang ... sesuai utnuk rumah sederhana dan kecil.

Paten ini seperti yang telah  direalisasikan ..... tidak sama 100%, tetapi hampir sama

Foto-foto tangga di petik dari look4design





Jumaat, Mac 09, 2012

BAGAIMANA TIDAK MUDAH DIGODA WAJAH YANG CANTIK?



Kita kadang-kadang berasa begitu naif ... rasa begitu rendah diri bila merasakan diri tidak secantik dan sebijak kengkawan kerana kita tidak terpilih menjadi "makwe idaman jejaka" sebagaimana mereka... (kisah dulu-dulu , zaman muda le tu.....)

Sebenarnya kadang-kadang kita terlupa pada kekuasaan Yang Maha Esa.  Dia yang lebih mengetahui apa yang diciptakan dan dikehendakinya.

Buktinya .... apabila jodoh kita mendahului kengkawan, orang sibuk lagi belajar..... awak dah kahwin.  Itulah salah satu tanda kebesaran Yang Maha Esa.  JODOH, PERTEMUAN, AJAL segalanya urusanNya. Usah ditanya bagaimana dan kenapa.... kerana itu bukan kuasa kita.  Untuk kita hanyalah BERDOA, BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL.


Oh ya.. sebenarnya saya nak beritahu kengkawan tentang apa yang sy baca hari ini .... tulisan anak muda yang memberi pandangannya, pengalaman dan tip-tip membuat pertahanan diri dari godaan persekitaran.

Ianya juga amat sesuai  dibaca oleh anak-anakku yang sedang atau bakal menempuh gelombang kedewasaan.

SILALAH BACA  LINK DI BAWAH :

Bagaimana tidak mudah digoda wajah yang cantik?

Sebenarnya terjumpa blog |SP waktu sibuk mencari cerita kehidupan di Jepun .. untuk dijadikan panduan pada anak yang akan ke Jepun.

Terima kasih kepada Sang Pelangi, sedikit sebanyak ceritanya memberi gambaran dan tatacara kehidupan di Jepun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...