Iklan

Isnin, September 24, 2012

BILIK TIDUR YANG MENDAMAIKAN

KAMAR PERADUAN @ TEMPAT ISTIREHAT YANG MENDAMAIKAN.

Melihatnya foto kamar yang indah dan mendamaikan  membuat lamunanku menerawang keangkasa.... berkelip-kelip menggambarkan senandainya yang sediada dapat ditukar suasananya menjadi.............. "TING!"
 Ting .......... seperti ini,  sudah pasti pilihan PERTAMA


Wah .. yang ini membuat diri terasa-rasa seperti kembali muda 



Hemmm ........menarik juga warna dan suasana ni.


yang IJO ini juga warna idamanku .. cuma kombinasi warna ni membuat perabutnya  kelihatan agak keras.


Ini .... kunin-kunin ......kurang sedikit di hatiku.



Mai cuci-cuci mata yang lain2nya di Dreamerz Designer furniture



Isnin, September 17, 2012

MERIAM BATANG KELAPA

Assalamualaikum.5

Hari ni cuti tertangguh, sempena HARI MALAYSIA (semalam 16 sept. 2012), bermakna berakhir sudah bulan Syawal tahun ini.  Terlalu sibuk berayalah katakan..........

Hari ni baru tersedar ada N3 tertangguh yang belum disiar .... oleh kerana benda nak cerita dah tersedia, maka siar je le.... walaupun dah ketinggalan musim.



Pertandingan MERIAM BATANG KELAPA raya tahun ni
Lama tak tengok meriam besar .... teruja anak2 nak tengok.  Kreatif anak2 muda kampungku ni ... tahniah.
Semuanya ada 5 meriam dengan nama2 mewakili group mereka.... mengikut asal usul dan keturunan mereka kot!

Meriam "Mbok Rondo Veteren Grup" . geng anak2 mak janda kot.

Meriam "Gegar" - dari gang anak Melayu Perok yang nak menggegarkan kg.

Awok bukannye anok Perok ... anak Key Ell le

Meriam "Maco Lanang" - Gang laki2 yang maco2 belaka ... ialah tu.



Meriam "Kulaan Geragas" yang ni sah... geng anak2  Banjar, tengoklah tu wakilnya.

Meriam "Gelodok" ... tentu anak Jawa punya.



Eh ... kalau dah cucuh tu, lari ke belakang, bukan  ke depan ... kena tembak nanti.

Yang kelihatan gah, belum tentu bunyinya kuat .... he3




Tengok tu debu dari bahan letupan ... berapa kg agaknya guna "karbait" 

Ishh... anak dara nipun tak nak kalah.


Ramai pengunjung datang melawat... bukan kita je tau.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...