Iklan

Jumaat, Julai 30, 2010

Erti "Susah"

Setiap manusia pernah menempuh masa susah dan masa senang.  Erti susah dan senang itu bagi ku  berbeza-beza mengikut taraf hidup dan cara hidup seseorang.  Yang hidup sentiasa dalam kesusahan, tentunya dah lali memikirkan susah hidup, senang sedikit dah cukup menggembirakan,   sementara yang hidup senang... sesekali ditimpa kesusahan tentunya merasakan hidupnya begitu susah.

Satu masa dulu, lepas solat kami duduk berbual-bual di surau.  Saja... bercerita-cerita kisah silam dan kisah2 semasa.  Kak A, seorang pensyarah bercerita tentang zaman kanak2nya.

"Akak ni dulu hidup susah ... tak macam anak2 lain, boleh suka2..... Adik beradik ramai ..sebelas orang.  Ibu surirumah je.. ayah lak cuma sorang guru. Gaji kecil.. kami adik beradik pergi sekolah bawa 20 sen je.  Kak A  bernasib baikdapat biasiswa kecil.... jadi duit tu akak guna beli barang2 keperluan sendiri ..macam bekas pensil ni..(sambil menunjukkan bekas pensilnya yang penuh dengan isi).  Kalau nak gi jalan-jalan pakai duit tulah.. nak harap duit ayah memang tak dapat".

Kak B diam je mulanya... tapi tiba2 dia bersuara.  "Saya ni adik beradik tak ramai.. walaupun mak abah orang kampung, tapi abah kuat berusaha... hidup kami boleh dikatakan senang.  Mak pula suri rumah yang amat dimanjakan abah... tak pernah pergi kebun..tugasnya cuma menjaga rumah dan mendidik anak2... Tapi takdir Allah, umur abah tak panjang... mak mengalami kejutan yang amat sangat.  Cuba bayangkan, seorang ibu yang tak pernah keluar bekerja.. had kebunnya pun dia tak tau sampai di mana... tiba2 kena memikul tugas berat .. membesarkan 5 anak2 kecil termasuk baby 4 bulan".

"Mak Kak B bangkit menjadi ketua keluarga, ambil alih kerja abah.  Kak B diberi kepercayaan mengawasi adik2 dan mengambil tugas2 ibu... masak, jaga baby, kerja-kerja rumah dan setiap adik beradik kami mempunyai tugas masing2 (bahagi2 kerja)".

"Kami ke sekolah belanja 5sen je... kalau ada kuih bawa je kuih... takde duit.  Hari raya mak beli baju lelong kat pasar, diubah suai... jahit semula jadi baju raya kami... Bela ayam tapi semua jual, untuk beli baju sekolah. telur ayam pun kami jual ... tukar dengan garam/gula.. nak makan daging ayam tunggulah hari raya ... itupun kalau ada yang tinggal .. kalau tak, mak beli kerang je untuk hidangan pagi raya".

"Masuk sekolah menengah baru Kak B dapat biasiswa kecil RM15 sebulan...tapi mak kontrol.. simpan untuk bayar yuran dan buku kami adik beradik... Kak B masuk tingkatan 6, mak terpaksa berhutang untuk persediaan ke asrama.  Sebab tu juga Kak B tak meneruskan pelajaran ke ITM.. (ketika tu kemelesetan ekonomi, biasiswa hanya untuk kursus "strong").  Tak sampai hati nak beritahu mak.. mak tentu tak mampu.. biarlah semuanya berlalu ... nanti kita cari kejayaan lain".  Panjang lebar cerita Kak B.

Kak C nak cerita juga kisahnya .."Adik beradik ramai.. bapa akak orang yang malas bekerja... tak tau nak berusaha lebih...apa yang ada itu jelah usahanya.  Mak pula lemah daya fikirannya... agak bingung2.  Kami adik beradik pandai sendiri bawa diri.  Ada hidangan, kami makan..kadang2 makan nasi, kekadang makan ubi atau pisang rebus... kadang tu langsung takada apa... tak ada kami keluar merayau2 ke kebun.. tengok apa boleh dimakan.  Jumpa umbut kelapa..jambu batu atau rambutan hijau.. semua kami telan. Kadang2 kami ke rumah jiran.. harap belas ehsan, untung2 dapat makan tengahari, takpun dapat kuih jadilah".

"Dan yang sedih tu, Kak C terpaksa mengheret adik-adik yang comot beringus2  tu sekali.. kalau tak, alamat mereka pun tak makan.  Tentang pelajaran, tak payah cakaplah... sekolah rendah kami sekolah, ikut suka.. sapa rasa seronok sekolah.. boleh terus sekolah, siapa tak suka sekolah.. mak bapak pun tak kisah.  Tak pernah tanya tentang perkembangan sekolah. ".
  
"Masuk sekolah menengah.. pun ikut suka, nak sekolah boleh.. tak nak pun boleh.  Nak kawin pun boleh. Malah ada kakak Kak C bapak  paksa kahwin.. ambil hutang, bayar dengan anak..apa daya anak nak menolak, terpaksa akur... nasib baik suaminya seorang yang bertanggung jawab... bahagia dia sekarang.  Nasib Kak C... ikutkan keadaan je, alhamdulillah kini hidup sempurna.. walaupun alakadar".

Sebagai pendengar... aku hanya cuba ngengukur dan menilai apa erti "susah senang" dari 3 cerita tersebut.  Kesimpulannya... ukuran susah senang  adalah berbeza2.  Walau apapun kita kena menghargai dan mensyukuri setiap yang kita ada.  Jika kita susah... bandingkan dengan orang yang lebih susah, pasti susah tu menjadi lebih ringan, kerana ada oang lebih susah dari kita.  Jika kita senang, bandingkan dengan orang yang lebih senang....tidak sesenang manapun kita ni ..ramai lagi yang lebih senang dan berjaya.. so...jangan cepat lupa diri, jangan cepat perasan.

Kisah suka duka akan terasa manis setelah kita berjaya mengatasinya..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL (d'radio)

Selasa, Julai 27, 2010

Timbang berat sendiri...hu3

Setelah berlalu beberapa minggu...
Inilah hasil yang dapat dikumpul... rekod yang dapat dicacatkan untuk menarik perhatian diri sendiri.

7 Julai 2010 - timbangan sebelum memulakan projek.... wa memang berbaloi berat ni.

13 Julai 2010 - senyum...ada sikit turun itu berat.. he3


19 Julai 2010 - alhamdulillah...perkembangan yang begitu memberangsangkan.

Oh ya..kat office .bekalan minuman tu dah habih .. lupa nak bawa yang baru...nanti balik minumlah..sampai rumah lupa lagi ..   pastu hujung minggu tadi balik kampung.. kenduri.  Sedapnya makan ... lauk pauk yang lazat2 belaka...makan, makan dan makan sambil gelak ketawa... untuk seketika kita lupakan dulu projek "diet" ni... esok lusa balik rumah kita sambung semula ya...

26 Julai 2010 - "lihatlah dunia"...  inilah hasilnya.  Jarum tu........ hu3
Kenapa jarum tu naik semula, macam nak ketempat asal je... begitu mudah kau bertukar.
Spring dah longgar kot?
Inilah akibat tidak dapat menahan selera dan ingkar peraturan....terima jelah.

ESOK LUSA KITA MULA LAGI YA..jangan putus asa.

Selasa, Julai 13, 2010

Ukuran badan kita... hu3

Sejak 2 menjak ni...terasa berat badan agak meningkat,  ukuran semakin bertambah... hai3 apo nak dikato.  Nasib badan la yo... asalkan sihat.

Terkenang 5/6 tahun lepas, bertemu dengan kawan lama... Eh, camna U boleh jadi besar? Soalan yang berat untuk difikirkan ... tapi senang je jawapannya "DAH SURATAN TAKDIR".   Mana taknya kawan cakap begitu... 20 tahun dulu I bersaiz XS, sekarang macam dah nak  "XL" je.  Waa....

Terkenang sewaktu berumur 20 tahun, punya la  susah nak cari baju, terpaksa pusing keliling supermarket mencari saiz yang sesuai..........last idea,  gi "bahagian kanak-kanak"......baju kanak2 bersize "L" amat sesuai.   waktu tu baju besar2 belaka, saiz luar negeri.  Tidak seperti sekarang... banyaknya "baju adik2" (baju saiz kecik2).  Baju saiz  "L" tu I simpan sampai sekarang, sebab cantik dan comel sangat.  Ingat nak bagi anak dara I pakai.. tapi anak I pakai kejab je, waktu umur 12 tahun je... pastu dah tak muat.  Simpan buat kenang-kenangan.

Oh ya... sebenarnya  nak cerita, minggu lepas I terbaca satu produk diet.  Menarik sekali.. cam senang je nak makan dan harganya pun amat berpatutan.  Hai... terujanya nak mencuba.  Pakat dengan Pn Yati "cute" tu... mai kita cuba.. (cuba tak bole sorang2.. nanti tak semangat, biasanya cepat luntur, sebab tu kena ada kawan).

Start makan hari rabu minggu lepas ... ni dah hari selasa,  "bulum nampak la....". Kalau ikut testemoni tu kata..seminggu dah jatuh jarum timbangan .... apa lagi mailah kita "timbang".

Kah3... gelak sorang la I.
Waaaaa........... berat:  turun 1 kg, ponggong:   kurang 1 inci ................ "boleh percaya ke ni..tah2 sebab tak makan lagi kot.....".

Apapun... tetap manaruh harapan..... dapat kurang 5kg pun ok, kalau takpun turun 10kg, lagilah ok.  Jenama produk terpaksa dirahsiakan dahulu.. kerana belum nyata berbaloi... jika berjaya, I akan umumkan secara besar-besaran ............TUNGGUUUUUUUUUUUU!
Untuk hasil seterusnya...............Tunggu berita minggu depan.  ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...