Iklan

Khamis, November 03, 2011

KEMALANGAN DENGAN LEMBU

2 November 2011

Dah 3 hari berturut-turut sakit kepala ni...   Nak ambil cuti sakit, terasa malas nak jumpa doktor.  Sebabnya ubat tahan sakit ada banyak lagi.  Tapi bila 3 hari masih macam tu juga.... terpaksalah mengadap tuan doktor, mengadu apa yang sepatutnya... harap tiada yang luar biasa.  Tujuan utama tu, lepas tu nak makan ubat dan nak berehat di rumah.  Semoga esok kembali pulih.

Belum sempat jumpa tuan doktor, tiba-tiba terima berita yang mencemaskan "HAMIDAH KEMALANGAN...KOMA...DI HOSPITAL SG BULUH". Dia ni anak Kak Long suamiku di Meru Kelang, pelajar Unisel tahun 3.  Kami tidak tahu kemalangan berhampiran rumah atau di Unisel.

Masyaallah..... selepas jumpa doktor, dapat cuti sakit... tapi waktu tu dah hilang rasa sakit dek rasa cemas dan keinginan mengetahui keadaan sebenar.  Bersama suami,  terus berkejar ke Hospital Sg Buluh.

Sampai di sana jam 1:00 tengahari, kami terus ke wad kecemasan di tingkat 3.  Ramai pelawat menunggu giliran diluar ICU.  Ada di situ,  Angah (kakak Hamidah) dan 2 orang anak saudara, 2 orang pensyarah  dan kawan2 kelas ... (kak long dalam perjalan lagi).  Kami menunggu giliran masuk, hanya 2 orang pelawat dibenarkan sekali masuk.

Kami berdua masuk..tangan kena sapu cecair pembasmi kuman....masyaallah, di dalam wad ICU semuanya tidak sedar ... kami terus menuju katil 5.  Midah  tidak sedar diri.... dengan bantuan pernafasan dan penuh dengan berbagai-bagai wayar  di badan.  Kepalanya berbalut.  Dalam pada itu 2 orang jururawat sedang mengemaskan Midah... cabut  tube dan wayar2.  Kami sempat bertanya "kenapa?" ........... Midah hanya luka di kepala dan dia dalam proses dihantar ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan untuk kali ke 2.  Menurut jururawat lagi, pembedahan pertama malam tadi, membuang darah dalam kepala dan kali ke 2 kerana ada cairan, ditakuti mengalir ke otak.  Saya hanya sempat memegang tangan dan kaki sambil memanggil namanya sekali dua dan terpaksa keluar kerana memberi laluan kepada yang sedang menunggu memandangkan sebentar lagi Midah akan ditolak ke bilik bedah.

Sebenarnya Hamidah kemalangan petang semalam.  Menaiki motor bersendirian dan terlanggar lembu melintas....sewaktu hujan lebat.  Dia dalam perjalanan dari Unisel ke Kelang.  Menurut mereka kejadian jam 7.30 malam, tapi keluarga hanya dapat berita jam 11.00 malam bila polis datang ke rumah beritahu Hamidah di hospital.  Mungkin proses mengenal pasti mangsa kemalangan menyebabkan kelewatan berita sampai, lebih-lebih lagi handphone Hamidah tidak ditemui sewaktu kemalangan tersebut.  Adanya telepon mudah untuk  menghubungi keluarga.

Tidak tahu siapa yang menjumpainya, kerana orang tersebut menghantarnya ke klinik Ijok dan pihak klinik Ijok yang menghantar ke hospital Sg Buluh.

Hamidah seorang anak yang agak lasak, ceria dan suka menyakat sepupu dan anak buah yang masih kecil.  Selalu buat suasana riuh rendah dengan gelagatnya.  Tapi sekarang dia diam, senyap sunyi.

Kepada keluarga Kak Long, semoga sabar dan tabah. Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan Hamidah, dikurniakan kesembuhan dan kesabaran. Amin

1 ulasan:

notie berkata...

Semuga Hamidah selamat hendaknya. Bila dapat news accident je memang le hati mesti berderau kan. Apa lagi bila tenguk mangsa tak sedar diri di ICU huhu mesti rasa sedih kan. Semuga Allah menyembuhkan Hamidah. AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...