Iklan

Sabtu, November 19, 2011

JEJARI UBI KETUK BERSERUNDING & JEJARI UBI KETUK MANIS


 Ubi, Ubi dan Ubi

Oleh kerana ubi kukus pagi tadi saya makan sorang, lebihnya masih banyak lagi.  Terpaksalah saya memikirkan cara untuk menghabiskan.

Kebetulan petang ni cuaca redup dan disusuli dengan hujan, maka anak-anak semua duduk dalam rumah.  Tengok masing-masing menjenguk dapur ... lapo le tu.

Mama pun terus ke dapur untuk menyelesaikan masalah  dengan membuat resepi baru.


JEJARI KETUK UBI BERSERUNDING  
dan 
JEJARI KETUK UBI MANIS




JEJARI KETUK UBI BERSERUNDING

Ubi Kukus                                       Doh di uli

- 4 cawan ubi tumbuk
- 1/2 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan serunding
- 1 camca teh garam
(gaul semua bahan di atas menjadi doh)

- serbuk roti secukupnya
- minyak menggoreng


Golekkan jejari pada serbuk roti, kemudian goreng dengan minyak yang banyak.


Jejari Ubi Ketuk Berserunding siap untuk dihidang




JEJARI KETUK UBI MANIS

- 2 cawan ubi kukus telah diketuk
- 1/2 cawan kelapa parut
- 2 sudu besar gula
(gaul semua bahan menjadi doh)

- serbuk roti secukupnya
- minyak untuk menggoreng


Ubi ketuk telah dibentuk dan digelek atas serbuk roti, sedia untuk digoreng.


Jejari Ubi Ketuk Manis sedia untuk dihidang.


Haaa....anak-anak datang meninjau dapur.
Makan ramai-ramai time panas memang sedap ....baru le selesai ubi pagi tadi.
Tapi anak lebih suka yang masin dari yang manis, mama pula lebih suka yang manis ... sebab tu mama sentiasa manis....perasan le tu.


6 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum syimama.

Kak Ani pernah makan ubi ketut yg digoreng dengan mencelupnya dalam tepung beras.

Pondok Usang berkata...

mesti sedapkan kak Ani...

notie berkata...

Wah ubi ketuk ke ubi getuk....sodapnya... layan dgn kopi 434 kopi femes di muar... cecah dgn sambal pun sodap... huhuhu

Musim hujan ni sedap sungguh kalau layan ubi rebus dgn ikan kering atau sambal tumis ikan bilis.. hish hish buat kita lapor je lah hehehehe

Syimama berkata...

Kunang-kunang
K.Ani..resepi asal memang celup tepung, tapi biasanya anak tak mau makan...tukar dengan serbuk roti, berebut2 pula. Dia sangka "chicken finger".

Syimama berkata...

Pondok usang

Sedap ... kalau suka
Tak sedap ... kalau tak suka

Syimama berkata...

notie
ala notie,
kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu.
Ialah tu getuk ubi, jauhnya nak minum kopi nak gi muor. kat sini pun ada supplier 434, tak lain org muor juga. kedai kopi 434 pun ada tau, kena pergi sg buluh nunnnnn jauh di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...