Iklan

Isnin, Oktober 31, 2011

BERITA DARI TANAH SUCI - INNALILLAH

30 Oktober 2011 bersamaan hari Ahad, duduk bersantai selepas selesai solat subuh sambil menonton "Anda Muskil" di TV.

Tiba-tiba telefon rumah berdering-dering, berlari ke tingkat atas menyambut panggilan tapi tidak sempat dah berhenti.  Tengok nombor yang tertera, nombor yang tidak dapat dikenali.  Suamiku kata salah nombor agaknya, sebab nombor telefon rumah hanya untuk saudara mara terdekat sahaja. Aku pun turun semula menyambung aktiviti.

Tidak lama selepas itu, telefon berbunyi semula.  Suami pula berkejar naik, tetapi bila disambut tiada suara.  Hati mula terasa tidak  sedap, terus ambil handphone pula... mana tahu ada orang nak buat panggilan.

Betul sangkaan kami. hp berbunyi...adikku "Yang" buat panggilan rupanya.
"Kak, ada perkhabaran dari Tanah Suci, Bokde Jah meninggal di sana.  Anak aruah call mak sebelum subuh.  Dia jatuh dan terus meninggal". Yang terus menceritakan perkhabaran sebagaimana yang diterima.

"INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAAJIUN"
Baru semalam, Sabtu 29 Oktober 2011 mak saudaraku Pn Khadijah Hj Wahab (kami panggil Bokde Jah) berangkat ke Mekah bersama anak dan menantunya dalam keadaan sihat.  Malam sebelum berangkat aku membuat panggilan  pada Abang Ismail (anak Bokde Jah), hati memang teringin bercakap dengan Bokde Jah, tapi mengenangkan mungkin dia nak berehat dan tenangkan fikiran, maklum esok akan berangkat, membuat aku membatalkan hasrat untuk bercakap dengannya dan hanya berkirim salam dan mengucapkan selamat jalan semoga mendapat haji mabrur.

Bertahun-tahun dia menunggu panggilan haji, tapi masih belum sampai masanya.  Masih teringat kata-kata Bokde Jah kepada ku sewaktu aku hendak menunaikan haji dahulu...yang membuat aku terharu... "Bokde Jah ni entah bila dapat pergi haji.. entah sempat entah tidak. Nanti doakan moga Bokde dapat pergi juga ya".

Hari raya tempohari dengan gembira dia beritahu kami, yang dia akan berangkat ke Tanah Suci musim ini  dan katanya; "DOAKAN BOKDE SIHAT DAN DAPAT BUAT HAJI MABRUR YA".

Tahun ini sampailah panggilan haji Bokde Jah. Rupa-rupanya perginya menyahuh 2 panggilan "Panggilan Haji dan  Panggilan Ajal".  Sudah suratan dan ketentuan dari Allah.  Sebagai manusia biasa kita akur dan hanya berdoa serta mengharap dikurniakan segala yang terbaik dariNya.

Menurut kata emakku, sampai di sana Bokde Jah terjatuh, dikejarkan ke hospital dan terus meninggal.  Anak2nya tentu begitu kehilangan. Emak ku juga kehilangan kakak yang baik dan spoting, tempat bercerita dan mencurah rasa.  Tentu mak terasa begitu sayu.  Kami pula kehilangan ibu saudara yang amat dikasihi. Teringat kata-kata dan kemesraannya, senyumannya dan masakannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solehin. AMIN.
AL-FATEHAH

5 ulasan:

notie berkata...

Alfatihah semuga rohnya dicucuri rahmat.

Ucu Faridah berkata...

Al Fatihah utk Bonda Jah...semoga rohnya berada dikalangan orang2 yg beriman....

Kepada keluarga Bonda Jah ..ucu doakan kalian tabah menerima dugaan ini...

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..

Salam takziah untuk Akak dan seluruh ahli keluarga...

Alfatihah..Semoga roh bonda saudara akak berada dikalangan yang dirahmati olehNya

Kunang-Kunang berkata...

Al-Fatihah untuk roh almarhumah mak saudara syimama dan takziah pada keluarga beliau termasuk syima sekeluarga.

Syimama berkata...

Waalaikum salam
Amin..terima kasih diatas doa dan ucapan2 dari semua sahabat. Rasa terharu, terasa seperti kita begitu dekat dan akrab.

Notie, Ucu , Sue, Kak Ani dan yang datang berkunjung.
Semoga Allah memperkenankan segala doa2 murni kita dan merahmati kita semua dunia akhirat. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...