Iklan

Jumaat, November 11, 2011

KUIH TRADISIONAL ORANG JAWA "LEMPER"


Pernah jumpa kuih ni? Pernah rasa? Tahu apa nama kuih ni?


KUIH LEMPER

Kuih ni merupakan kuih tradisional orang Jawa,  dikenali dengan nama "LEMPER" khususnya di Sabak Bernam .  Lain nama apa ya... sy tak tau.

Jika zaman kanak2 sy, nak dapatkan kuih ni... pergilah kenduri rumah ornag jawa, pasti ada.  Tapi zaman sekarang ... jarang2 jumpa.  Mungkin zaman sekarang ni dah banyak kuih moden yang mudah dan ringkas penyediaanya, sedangkan kuih ni agak rumit penyediaannya menyebabkan "lemper"  ketinggalan.


Penyediaan kuih lemper ni agak rumit (bagi saya le).   Banyak stepnya.  Bermula dengan penyediaan intinya -  intinya serunding kelapa yang dikisar halus .  Keenakan kuih ni terletak pada intinya (campurannya sy tak tau,  tak menuntut cara penyediaan inti lemper - rugi betul rasanya).   


Kemudian kukus/tanak pulut, bentukkan + inti, pasang barutnya dulu baru dibungkus. Cara membungkusnya perlukan "kursus" terlebih dahulu, jika tidak alamat "failed".  Dulu zaman arwah nenek ada, pernah  sy belajar cara membungkus lemper ni, tapi sekarang .... tinggal harapan.


Selepas selesai proses membungkus, kuih ini perlu dikukus sekali lagi .. disejukkan supaya tidak cepat basi.

Si comel ni pun minat kuih cantik ni.


Jika ada sahabat2 yang tahu dan pernah menyediakan lemper ni, bolehlah kongsi-kongsikan di blog ....sy nak menuntutlah.  Terlior nak makan kuih lemper ni ... he3


10 ulasan:

nuwairani ismail berkata...

konfem nani tak pernah makan kuih ni. jumpa pon tak pernah. kat kelantan payah nak jumpa org jawa. tapi kawan2 yang keturunan jawa ni dah moden sgt skrg. x reti masak kuih tradisional diorang. jadi, tak merasalah jawabnya.

Deena Yasmin berkata...

hehe dulu duk klang slalu makan kuih ni, klu ada rewang mesti ada lemper buat sarapan :)

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Syimama,

Kak ani pun ini first time tengok gambar kuih ni. Tak tau sangat.

Syimama berkata...

Nuwairani Ismail
Nani, nanti senang2 jln2 ke kg org jawa di selangor, ada rezeki...insyaallah dapat rasa.

Syimama berkata...

Deena
Amboi...siap gi rewang lagi, tentu dah tengok camna cara melipat bungkusan kuih ni..itu yang unik.

Syimama berkata...

Kunang-kunang
Kak Ani, insyaallah ada rezeki nanti dapat rasa...jenerasi muda skrg kurang tahu kuih ni dan jarang ada dikenduri-kendara.

Ucu Faridah berkata...

selalu jugak mkn lemper ni..sbb suami jawa..kakak ipar jawa..jiran jawa..pendek kata semua jawa lah..ucu jer yg banjar..hehehe..

Syimama berkata...

ucu..nampaknya ucu lebih jawa dr yg jawa. takpe, pasni bolehlah ucu buat n3 'lemper".

Pondok Usang berkata...

ade eh kuih ni.. nak tanya mak la..

Anne Rihann berkata...

sembang dgn akak opis psl kuih tradisional jawa (ktrg dua ketul je yg jawa kt opis nih) duk imagine smpi tak terbayang, mgkin sy x pnh mkn, last2 google trus jmpe blog akak! ahaha..sebutan tu lem:lump per:pur bkn lem:lamp per:pair ye..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...