Iklan

Sabtu, November 26, 2011

DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH


Ikhsan dari: blog waladi

Kisah musibah yang menimpa seorang sahabatku si A.

A merupakan seorang kontraktor, dalam suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan tentunya sedikit sebanyak menggugat perniagaan beliau.  Untuk mendapatkan kontrak rendah, kelas beliau boleh dikatakan agak tinggi.  Hendak menggapai kontrak tinggi sudah tentu tidak berkemampuan untuk pembiayaan.  Projek-projek kecil sahaja yang singgah, sedangkan hutang yang ada sudah cukup membebankan. Walau bagaimanapun... "Alhamdulillah" A masih tetap bersyukur kerana syarikat masih terus hidup.

Ditakdirkan Allah A mendapat kontrak pembaikan di sebuah jabatan besar, dengan nilai kira okeylah untuk meneruskan perjalanan syarikat.  Kebetulan harga barangan yang tidak menentu sekarang, keuntungan tidak dapat dijangka dengan tepat.  Setelah kontrak diperolehi, harga bahan naik............sudah tentu untung menurun.  Itu tidak termasuk harga insurans yang perlu diambil, kontrak bernilai belas K tetapi insurans perlu diambil untuk ratus K.

Kerja perlu dilaksanakan 2 hari cuti hujung minggu sahaja, maklumlah operasi  pejabat berurusan besar. Sepanjang beroperasi, hanya seorang pegawai keselamatan menjaga  A dan pekerja  menjalankan operasi.  Hari pertama berjalan lancar dan selesai menjelang petang.  

Tapi malam tu, A mendapat panggilan telefon dari pegawai tersebut yang beliau terlibat dengan kemalangan dan kebetulan tempat kemalangan berhampiran rumah beliau.  Maka A bergegas ketempat kemalangan membawa anaknya membantu dengan menghantar pegawai tersebut dan motosikalnya  ke rumahnya.

Oleh kerana pegawai tersebut kurang sihat dan tiada pengganti operasi keesokan harinya bermula agak lewat, sedangkan permit dan tempoh siap sebelum jam 10 malam.  Dalam keadaan kelam kabut menyelesaikan kerja yang ada mungkin banyak perkara tidak sempat difikirkan.  Menjelang jam 10.30 kerja dapat diselesaikan tetapi susunatur tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana keadaan pejabat yang agak luas dengan barangan yang banyak, A dan pekerjanya tidak dapat mengingat susunatur asal.

Seperti yang diduga pada hari Isnin, A mendapat panggilan dari pegawai pejabat tersebut dan memberitahu kerja-kerja pemasangan bagus, tetapi tidak dikemas seperti asal.  Menurut A, barang terlalu banyak, mereka tidak dapat mengingati kedudukan semua barang, sedangkan tiada staf tunggusedia untuk dirujuk serta kesuntukan masa.

Selain itu, terdapat satu peti besi yang dialihkan tidak dapat dibuka, sedangkan menurut A mereka hanya mengalih kedudukan peti tersebut untuk menukar karpetnya... mustahil peti yang seberat itu bergoncang dan rosak.  Untuk itu A telah dipanggil ke pejabat untuk berbincang.

Kesokannya A datang ke pejabat tersebut.  Tapi alangkah terperanjatnya A apabila diberitahu bahawa peti besi tersebut telah terbuka dan mereka telah kehilangan RM1,000.  Mereka mahu A membayar balik kehilagan tersebut jika tidak laporan polis akan dibuat.  Mereka kata "BERAPALAH SANGAT NILAI RM1,000 BAGI SYARIKAT BESAR ENCIK UNTUK BAYAR".  Sedapnya mereka berkata-kata, mereka tak tahu, sedangkan nak tukar tayar kereta botak pun terpaksa ditangguhkan kerana tak cukup modal projek ni.

A merasa begitu keterlaluan, dalam keadaan kelam kabut menyiapkan kerja, mustahil pekerjanya dapat membuka peti besi tersebut dengan begitu mudah. Dengan untung yang tidak seberapa memberi RM lagi, seolah2 hanya memberi perkhidmatan  begitu sahaja. Setelah menyoal pekerja, semua bersetuju mahukan report polis demi membuktikan kebenaran. Pejabat tersebut telah membuat laporan polis.

Petangnya A dipanggil ke balai polis untuk sesi soal siasat.  Polis menasihatkan agar berbincang bagi menyelesaikan perkara ini tanpa report, jika menjelang malam report tidak ditarik balik mereka akan memanggil semua yang disyaki dan boleh menahan reman semua saspek (A dan pekerjanya, pegawai keselamatnya serta kawannya yang datang menjenguk serta kemungkinan pelapor juga). Yang sedihnya, semua pekerja A adalah pemegang KP merah dan menurut polis sekiranya mereka direman, mereka akan di 'black list' oleh imegresen.

A berfikir panjang, berapa ramai yang akan teraniaya disebabkan RM1,000 ni .... sangat tidak adil bagi mereka yang tidak bersalah. Mungkin disebabkan seorang, 10 orang akan teraniaya, malahan anak isteri dan masa depan mereka juga akan terjejas. Setelah menimbangkan semasak-masaknya A pun bersetuju membayar dan pihak tersebut membatalkan laporan tersebut.

Oleh kerana A tidak cukup wang, ia minta tangguh pembayaran. Beberapa hari kemudian A datang menjelaskan wang tersebut dengan rasa amat teraniaya sambil kata-kata:

"SAYA MEMBAYAR WANG INI BUKAN KERANA MENGGANTIKAN WANG YANG HILANG ATAU KERANA MENGHALALKAN KECURIAN, TETAPI SAYA MEMBAYAR KERANA HENDAK MENYELAMATKAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BERSALAH DAN TERANIAYA YANG DISEBABKAN KES INI....dan akan bersolat hajat.....". (tidak dinyatakan hajatnya...lu fikir sendiri).

Kisah A mengingat kita tentang Hadis Nabi jika ditimpa musibah/dizalimi: dipetik dari



“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii waakhliflii khairan minhaa ”

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).

Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. 


Hadis Tentang Doa Orang yang  Dizalimi


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


 بَعَثَ مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَالَ لَهُ :



 "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ".


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim


Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.

Renung-renungkan dan sambil muhasabah diri.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...