Iklan

Selasa, November 08, 2011

KAMPUNGKU BANJIR

Balik kampung  sempena Hari Raya Aidil Adha pada 6 November 2011.

Jika raya aidil fitri yang lepas parit- parit kering kontang, kali ini banjir pula melanda.  Hujan turun berterusan  menyebabkan banjir.  Air hujan berlebihan bertakung dan tidak dapat mengalir keluar ke sungai disebabkan sungai juga sedang mengalami air pasang besar.

Semoga air banjir cepat surut, jika tidak air yang bertakung boleh menyebabkan akar pokok terendam dan boleh menyebabkan pokok mati.

Raya Aidil Fitri - parit kering kontang


 Raya Aidil Adha - Parit penuh dengan air yang  mengalir lesu.
Tengok tu.. anak bandar balik kampung dah jadi badak air.


 Penonton pun ramai .


 Ha.. ni nak buat apa ni.


Oo... macamni rupa aksinya, dia ingat terjun papan anjal kot.


 Kebunpun penuh dengan air


Sampah-sampah terapung 


Orkid pun berkembang


 Buah ciku dah cukup masa untuk dipetik ... siapa cepat dia dapat.


 Yang ini pula .. pantang lepa, cepat je mengambil kesempatan... baik-baik, awak tu belum cukup umur.


Sawah padi menghijau ..
 Senja kala di Sg Nibung, Selangor.


5 ulasan:

Nuwairani berkata...

masa saya kecik2 dulu pon suke betol main air banir. tak pernah risau pape pon. bila dah tua2 mcm ni baru tau bahaya banjir ni.

Syimama berkata...

Salam nuwairani..
Mulanya memang tak benarkan anak2 ni main, tapi taulah anak2 ni, mulanya celup kaki kemudian lutut last terjun terus.

notie berkata...

Wah syioknya terjun tirok parit depan rumah. Rasa nak jadi budak kecik balik je hehehehe.

Shantiknya sawah padi...bestnya kampung ada sawah bendang....cam citer Nur Kasih je ni...hish hish hish.

"Terkonang semasa dulu hatiku ...."

Tanpa Nama berkata...

Cantiknya suasana di kampong. Ni yang rindu kat kampong ni. Tapi kampong kak ani tak ada semua ni sebab kampong kat ani tepi laut.

Syimama berkata...

Notie N Kunang-kunang

Waktu kita tinggal di kg, tak terasa indah/seronoknya. Bila dah tinggal jauh, tinggalkan masa tu.. baru terasa semuanya indah2 belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...