Iklan

Isnin, Disember 05, 2011

SUNAT BERAMAI-RAMAI

Musim cuti sekolah hujung tahun begini paling banyak majlis perkahwinan dan majlis berkhatan.  Musim ini taman kami julung-julung kalinya telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai.

Majlis berkhatan ni anjuran Surau Al Ikhlas dan  mendapat kerjasama dari team doktor perubatan Hospital Tuanku Mizan (ATM).



Majlis telah diadakan pada 3 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu di surau Al Ikhlas taman perumahan kami.  Asalnya ramai yang mendaftar,  tetapi mungkin disebabkan cuti sekolah banyak aktiviti lain atau ada anak2 yang masih belum bersedia, maka akhirnya tinggal 11 orang sahaja.  Walau bagaimanapun majlis berjalan lancar dan meriah.

Anak bungsu kami Muhammad Arif Aiman adalah salah seorang pesertanya.  Syabas anakku ... walaupun pada mulanya dia tidak bersedia: "APALAH PAKSA2 .. ORANG BELUM BERSEDIA".  Tetapi bila tengok sahabat2nya turut serta ... diapun bersedia... "OKEYLAH"

Majlis bertambah meriah dengan kehadiran penduduk taman dan para saudara mara.  Hidangan minuman pagi yang sediakan, nasi lemak dan pelbagai kuih muih sumbangan ahli kariah.

Bertambah besar hati kami apabila mendapat penaja makan tengahari "NASI BERIANI DAN LAUK PAUK LAZAT".  Terima kasih daun keladi ......

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT:
  • - AJK SURAU AL-IKHLAS
  • - TEAM PERUBATAN HOSPITAL TUANKU MIZAN
  • - PESERTA DAN IBUBAPA
  • - PENAJA DAN PENYUMBANG
  • - KUMPULAN KOMPANG
  • - PENDUDUK TAMAN YANG MEMBERI KERJASAMA
  • - SAUDARA MARA YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS.
Semoga majlis akan berterusan ditahun2 akan datang.

Mendaftarkan no. cabutan  berkhatan
- Muhammad Arif Aiman No. 1


Dr Zakaria menyampaikan cenderahati kepada peserta khatan
* Muhammad Azfar Zakaria (anak ayah tu...)

* Muhammad Arif Aiman Abdullah Sani (eh.. anak mama)

Bersedia untuk diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar.  
Mak bapak pun takmau ketinggalan, nak turut serta berarak.

Bergambar di bawah banner khatan - sebagai bukti.

Selepas diarak mandi pula dengan pancutan 'water jet'
Sorry ya anak-anak ... bomba tak dapat datang, maklumlah semalam Kajang banjir.

Sejuk tu...sebab pagi lagi,  walaupun air pancut tak sebesar mana.

Pasukan kompang yang memeriahkan suasana

Saudara maraku - bersarapan pagi

Menjamu selera - sahabat handai yang bertungkus lumus

AJK dan ibubapa tidak ketinggalan bersarapan bersama.

Dah mandi.. tukar pakaian dan berkain pelikat 

Berfoto 10 orang je .. mana sorang lagi?

11 orang peserta bergambar kenang-kenangan

Duduk sini semua!

Mendengar taklimat berkhatan dari Dr Zakaria

Apa agaknya Dr cakap ya ... macam2 riaksi.

Sebelum tu.. kena telan ubat dulu "penenang"
- aduh, payahnya nak telan pil ni, tak mau masuk la.....

2 bilik khatan disediakan - Bilik perubatan kreatif

Kelihatan seperti bilik perubatan tentera di Somalia 

t
Kelengkapan khatan dan ubat-ubatan

Peserta pertama dan kedua sedang menunggu giliran  ... 
suspen, telan air pun susah.

Peraduan sedang menunggu...........

Tengok tu... tak senang duduk menunggu.

Ibu menunggu diluar bilik dengan tenang.

 
Peserta pertama dah keluar ... Abang Zul tolong gantung kain.

Arif Aiman - sejuk kaki tangan ... takut. 
Lepas sunat, masing-masing dapat semangkok anggur.

Ahmad Fathi; hebat...boleh tersenyum lagi

Masing-masing sedang mengenang nasib.

Ibuku & aku .. bertafakur sejenak.

Arfan ..  paling muda 7 tahun .. jam ni masih tenang.
10 minit lepas tu .... bila dah hilang kebas .. hujan (teresak-esak)

Aqil Razin ... datang dari jauh (Rawang)
Sebelum subuh dah bertolak dari rumah ... syabas.

Dah sampai rumah.. Arif dapat hadiah PS2 dari abah
(hadiah sunat, ganti  yang lama dah rosak)

Senyum ... dapat penawar luka.

Bergame jelah sepanjang pantang ni .... 
Semoga cepat sembuh ya anakku dan semua yang berkhatan.
Selamat menempuh alam kedewasaan, semoga  jadi anak soleh yang berjaya cemerlang dunia akhirat.
AMIN.




5 ulasan:

ucubakery berkata...

Selamat menempuh alam remaja Arif...
seronok tengok2 budak2 bersunat ramai2...
masa anak2 ucu dulu (2006) 3 org sekaligus berpantang..2 sunat 1 bersalin (ucu le) senang jaga kata Pak Su...

Maaf lah syima, lambat reply..hari tu ucu blik kpg (pasir panjang) hantar order..lain kali kalau ke meru call dulu ye..012 6546644...

Syimama berkata...

tq aunty ucu, Arif dah nak baik. Hari ni dah jln2, turun naik tangga dah.

Bestnya kisah ucu tu.. kebetulan yg jadi kenangan indah.

tq, pelawaan ucu tu.. insyaallah, moga panjang umur, murah rezeki, dapat kita berjumpa.

azlina 3 berkata...

assalamualaikum....
bila tgk gambar2 ni teringat masa ketiga2 hero bersunat...anak yg sulung dulu bersunat sama dengan adiknya dan bebrsunat dgn anak2 yatim RTH..
yang no 3 bersunat dengan rakan2 setaman...
kenangan lama tu sekarang semua dah remaja dan dewasa...

Syimama berkata...

waalaikumsalam azlina
kenangan anak2 sebelum remaja. 3 abang dah lepas, adik yg ni last bab episod sunat..lepas ni episod lain pula..he3

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dah selamat semuanya.

Selesailah sudah giliran syimama dan hasben yer untuk hal 'berkhatan; ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...