Iklan

Khamis, Februari 24, 2011

IKAN KELI ketuk kepala - BAB 3

Dilain bulan dilain ketika.... tiba2 abe balik dari tah mana,  singgah pasar.
"eh.. arini abe beli ikan keli tau.....".
"dah siang ke?"
"belum... hidup lagi".  selambe je dia.
"Ya Allah... macamana nak siang, abe siang ya"
"eh, aritu kan dah pandai siang... buat jelah camtu".
"tapi, aritu mak yang siang ....sy geli pegang ikan hidup tu".
"takpe ... nanti abe cari glove utk pegang ikan tu ya".

Dipendekkan cerita... sy pun cuba menyiang dengan sedih pilu dan  linangan air mata.... dalam hati tuhan je yang tahu, betapa deritanya sy aritu.  Berbakul-bakul ratapanku pada ikan keli dan berbakul-bakul ..............dalam hati yang terbuku..... tahlah, mungkin keli yang sy adap juga menderita seperti sy.  Habis berdarah-darah dapurku akibat pertarungan ku dengan keli.

Sebenarnya, sy hanya siang keli ni lebih kurang 5 ekor je..... selebihnya 2 atau 3 ekor............shhhhhhhhhhhhh.................sy buang.  Tak sampai hati untuk terus mengadap keli dengan derita dihati.   Diam2 tau, abe tu.... tak tau.  Jangan bongkar rahsia sy ni.

Sy tengok keli goreng malam tu... langsung tak selera,  memang tak lalu makan.   Kembang tekak sy mengenangkan pertarungan dengan keli siang tadi.  Hah...kalau camni, tak makan keli pun takpe.  Cik abe tu makan dengan selambe,
"hai, tak makan ke?"
"takpe lah ... lain kali"
tah apa dalam hati abe tu berkata2, tak taulah.


Bersambung : Ikan Keli - Bab 4



2 ulasan:

YanaMIB berkata...

salam kenal..

ramai btol org search psl ikan keli..mmg favvy org mesia agaknya eh..hehe~ =)

Syimama berkata...

yana..tq kongsi kisah keli dan kongsi foto..he3
(kira kenalan kerana keli ni)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...