Iklan

Rabu, Februari 16, 2011

HONEYDEW KOKTEL

Hari selasa 12 Rabiul Awal, cuti sempena menyambut kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW.  Tengahari, jenguk anak di asrama... macam2 pesanan mereka, batuk selsema lah.... idea2 nak minta mak abah datang lah tu... ala dah masak dah ngan bebudak ni.

Sampai di rumah dah waktu asar, terasa teringin nak makan sesuatu... ke dapur, tengok apa yang dah disediakan dalam peti sejuk.  Honeydew koktel ...seperti yang Cik Dah kita buat masa majlis pengantin Nadia tempohari.


HONEYDEW KOKTEL
hmm... segar dan menyegarkan.

BAHAN:
1/2 tin susu cair
1 cawan air
Gula secukup rasa
Secubit garam
1/2 tin buah-buahan campur
2 potong besar honeydew
Kiub2 ais
3 sudu besar sagu mata ikan yang telah dimasak.
(pilih sagu berwarna hijau)

CARA MEMBUATNYA:
- Potong2 kecil honeydew dan kisar dengan 1 cawan air
- Masuk dalam mangkok besar
- Campurkan honeydew, susu cair, garam, sagu dan buah campuran.
- Masukkan gula, kacau dan sesuaikan manisnya.
- Masukkan kiub-kiub ais
- Hidang dalam mangkok atau gelas besar.

2 ulasan:

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum

terima kasih kerana berkongsi resepi air tu...
kia suka sgt makan honeydew... =) ~

Syimama berkata...

waalaikum salam manja... sebenarnya, resipi air ni secara kebetulan merasa..ipar buat utk hidangan pengantin anak buah.... akak ni jenis kurang mencuba2 air ni, bila dah rasa...waaa, sedapnya.

tu yang terus tulis recipi .. esok lusa tak lupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...