Iklan

Jumaat, April 18, 2014

REUNION 17@80 Ex-SUA

Assalamualaikum sahabat maya ku.

Reunion ... tengok tajuk tu. Boleh teka tak berapa lama kami dah berkawan / tak jumpa. Pertemuan bagi kami yang berusia 17 tahun pada 1980 di SUA (SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor).

Setelah dipersetujui bersama .. tarikh 12 April 2014 menjadi detik sejarah "pertemuan semula". Atas kesungguhan yang amat berusaha pengelola majlis Dr Norsaleha dan yang mulia tuan rumah Pn Siti Jaharah, maka terlaksanalah majlis tersebut.

Diantara kami ada yang langsung tidak pernah bertemu, sejak keluar dari sekolah.  Bermakna tidak bertemu selama 34 tahun. Dulu kami 17 tahun, kini  kami semua dahpun ... sendiri kiralah.... tapi  bila bertemu umpama kembali ke zaman itu.

Antara kami yang hadir di majlis tersebut, tapi masih ada beberapa orang yang tertinggal kerana hadir lewat.


Sesi menyambut tetamu.

 Tuan rumah budiman ... persilakan masuk, jamah hidangan.

 Beramah mesra sambil menjamu selera.

Hebatnya kaum adam bersembang dengan kawan lama.

Macam-macam ragam...

Yang mengambil kesempatanpun ada ... menyambut hari lahir

 Mencari geng sealiran

 Murid-murid ... beratur, tangan atas bahu, pandang belakang.......senyum!
Cam dak lenjeh je... macam je, tapi takpun.

Yang ni geng lain pula...sanggup sembang tengah panas. . Carilah tempat teduh kok iapun nak sembang.
Yang lawaknya ... ada sorang tu, teruja sangat jumpa kawan sampai lupa tutup enjin kereta....he3, siapa dia tu? 

Sibuk bersembang, sibuk bergambar, sampaikan hidangan yang lazat-lazat kurang mendapat perhatian. Apapun hidangan yang disediakan memang mantap... hinggakan ada yang terkilan tak sempat makan. 
Tapi tapau pun sempat juga.
Terima kasih pada tuan rumah dan kawan-kawan yang menyumbang, yang hadir dan  tidak hadir.

Hiiiii... Charle's Angle SUA '80 ... perasan tak sudah.

Semangat setia kawan tetap diteruskan. Semoga pertemuan ini bukan yang terakhir.  Harap semua sihat, panjang umur dan murah rezeki agar dapat bertemu lagi.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...