Iklan

Khamis, Februari 16, 2012

BALIK KAMPUNG NAIK BAS EKSPRESS

Sejak bulan lepas lagi emak berpesan agar aku dan adindaku (Yang) dapat meluangkan masa balik kampung untuk urusan keluarga sebelum  emak pergi menunaikan umrah pada 19 februari.

Setelah berbincang dengan Yang, kami bercadang balik kampung berdua saja (tanpa keluarga) dengan menaiki bas.  Emak terperanjat bila kami beritahu nak balik naik bas ...

EMAK BERTANYA:
- Kenapa tak bawa kereta je
- Apa gunanya ada lesen, ada kereta.
- Kenapa nak susah2 naik bas?
- Nak ke Pudu Sentral kan susah.

AKU JAWAB:
- Naik bas lebih senang mak, lebih releks... boleh pandang sana sini, kepala idokle penin.
- Memandu bagi kami sekadar untuk pergi n balik kerja atau jika terpaksa.
- Naik bas ok, boleh ke Pudu Sentral yang cantik.. mengenang zaman bujang.
- Sebenarnya anak emak ni...idok le berapa gagah nak memandu jauh2....he3

Ahad 12/2/2012 kami balik kampung, tiket jam 2:00 petang.  Kebanyakan penumpang pelajar, cuma ada beberapa orang dewasa saja termasuk kami.  Kebanyakan mereka tidur, tapi kami asyik bercerita dan makan2 .... maklumlah sesekali dapat duduk berduaan.  Kami sampai kampung jam 5:30 petang dan dijemput oleh adik bungsu kami.

Esoknya, Isnin 13/2/2012 kami ke Teluk Intan untuk menyelesaikan urusan di pejabat tanah.  Sampai di sana, pelanggan tidak le rame beno ...kebanyakan mereka  terdiri orang2 yang agak berumur.  Kami terus ke kaunter untuk mendapatkan nombor giliran dan memilih jenis perkhidmatan, tapi kaunter memberi 2 borang untuk diisi.

Emak merungut "berapa banyak borang perlu isi, haritu dah isi, ni kena isi lagi".
Oleh kerana kami tak biasa dengan urusan ni, lambat le siap.  Setelah 30 minit dan telah hampir 70% siap mengisi borang .. kami ke kaunter semula untuk bertanya sesuatu.  Tapi mereka kata kami salah isi borang.

Hah..salah? apa yang salahnya?
- Borang tidak boleh salah isi, nanti kena isi semula dan melambatkan kelulusan.
- Borang hendaklah diisi guna "ink pen" tidak boleh guna "ball pen".

Betulke ni...pelik.
- Kenapa le, masa beri borang tak beritahu mesti guna ink pen?
- Kenapa dalam borang tidak dinyatakan tidak boleh guna ball pen?
- Hai..sepanjang aku bekerja, biasanya semua borang hendaklah diisi dengan ball pen

Habis tu macammana...Hai, jam2 gini mana pula nak cari pen dakwat basah... ada jual kat sini ke?
Mereka senyum dan berkata;
"Begini puan, jika puan nak upah orang isikan borang, kami boleh tanyakan".
"Oklah tanyalah" kataku sambil menunggu.
"Maaf puan, orang disini sibuk, puan boleh pergi ke pondok kat luar sana, kat bawah payung tu.  Di sana ada perkhidmatan upah mengisi borang".

Oleh kerana kami kesuntukan masa dan perlu bersegera, maklumlah ada 2 ke 3 urusan lagi termasuk perlu balik KL petang ni juga, takut kehabisan tiket ... dan mengenangkan anak kami yang di swastakan ke rumah jiran.

Tanpa berfikir panjang kami menuju ketempat yang dimaksudkan.  Ada lebih kurang 4 payung yang memberi perkhidmatan yang dimaksukkan, Kami menuju payung yang hujung sekali dan disambut mesra.  Kebetulan ketika itu dia sedang menaip surat pelanggan ..."Dah siap .... berapa?......RM6.....Ok, terima kasih".

Setelah menerangkan tujuan dan borang kami dan memberi dokumen yang diperlukan, tugasan terus dijalankan. Mengisi borang menggunakan mesin taip zaman dulu;
- dia memang "PRO"....mamang tabiklah.
- menaip dengan pantas dan cekap
- tahu semua column perlu diisi  tanpa bertanya kami.
- siap semak dengan teliti dan beri penerangan langkah2 yang perlu dilakukan.

"Ok, dah siap....berapa? ......RM60"
- Adussssss.....biar betul........RM60....2 borang, isi dalam masa 20 minit.
Terpaksa aku menawar2, akhirnya dapat less RM10....so, bayarlah RM50.00.  Emak ku kata, datang pertama dulu emak  upah isi borang-borang semua kena bayar RM200.

Yang sedang menanti dengan sabar ...lelap mata, malu ke?

Memang perkhidmatan yang diberi memudahkan, memang bagus ....menjadi punca pendapatan orang2 pencen....langkah  terpuji.  Cuma harga tu menarik sangat...biarlah dengan harga berpatutan.


Seterusnya kami ke kaunter semula, borang dilihat dan diberi nombor giliran untuk buat bayaran sebelum proses seterusnya ...RM10 (bayar lagi) kemudian baru diarah bertemu pegawai untuk proses tandatangan ....Emak, Aku, Yang dan Adik.


"Lepas ni puan kena ke LHDN pula, kena bawa SURAT BERANAK...untuk dapat POTONGAN 50%, jika tidak, tiada potongan cukai.  Cukai pula mesti dibayar/diselesaikan  dalam tempoh 3 bulan, jika tidak puan akan diikenakan DENDA".  Aku tanya lagi "Berapa nilai denda tu?".  Jawab pegawai tu "seratus lebih juga le".   Wah....nampaknya semua urusan bersandarkan wang.  Takde wang ..takde urusan.

Tadi sebelum pergi kami dah semak surat, ada apa2 perlu dibawa..TIADA, lagipun sebelum ini, waktu hantar borang pertama dah disertakan segala dokumen...aku ni pun satu, kenapa le tak bawa je semua dokumen tu...masalah betul.

Kami ke LHDN, berurusan mudah...dan untuk mendapatkan less 50% kenalah "FAX" salinan surat beranak. Alhamdulillah menjelang jam 1:00 petang selesai semua urusan.  Kami makan dan ambil tiket balik KL jam 2:00 petang.

Sepanjang perjalanan terfikir2 dikepala ni..........banyaknya perkara jadi persoalan.
- apasal le leceh beno urusannya, takde ke cara yang lebih mudah dan efektif
- kenapalah perlu isi banyak borang berulang2
- kenapa tidak dinyatakan syarat-syarat mengisi borang
- ada tak kemudahan borang online
- kenapa mesti balik ke belakang ... guna mesin taip

- Kenapa tidak boleh isi borang dengan ball pen.....pelik sesangat
- Ink pen tu untuk tandatangan bolehlah dipercayai.
- Kenapa perkhidmatan upah isi borang tu MAHAL sangat, sampai RM50 untuk 2 borang ..harga tiket bas ekspress pergi balik pun baru RM23.40 .
- Ke aku je yang terasa mahal, sedangkan orang lain kata ok?
- Ada connection ke orang dalam dengan orang luar bawah payung ni?
- Adakah semua ini berlaku disemua pejabat tanah atau cuma di T.I  je

SIAPA NAK JAWAB SOALAN CEPUMAS AKU NI?

Patut le banyak tanah2 terbiar...payah sangat nak berurusan, ini baru peringkat anak (tiada masalah), jika sampai peringkat cucu2 atau keluarga yang bermasaalah, macamanalah........alamat terbiar la harta pusaka kita.  Kita yang biasa berurusan pejabat terasa  payah, bayangkan jika orang kampung yang dah tua dan tidak tahu membaca.

Fikir-fikirkan lah..........
Jam 5:30 petang sampai rumah ... terdampar keletihan...letih badan dan letih minda.

2 ulasan:

umiyumi berkata...

hmm musykil jugak tu.. mcm ada yg tak kena ada aje kan?.. sampai senang2 org boleh buka kedai bawah payung tu

Syimama berkata...

umiyumi..pd akak buat kerja bawah pokok tu ok, cari rezeki n memang membantu dan memudahkan. Amat hargai.

Cuma upah tu patut2 le sikit..kerja 15 minit cover sehari, itu yang tak patut....

Sikap orang dalam satu hal le...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...