Iklan

Ahad, Februari 12, 2012

TASIK KENYIR - AKTIVITI

Tasik Kenyir?

Biar betul kali ni office nak buat aktiviti di Tasik Kenyir. Terengganu...jauh tu, dalam hutan...hi takut, gi tasik dalam..adus ngeri. Macam-macam persepsi timbul.  Rasa teruja ada juga.

Tapi bila difikirkan semula ... apa salahnya kita cuba dulu, mana tahu menyeronokkan... bertukar angin dan suasana.  Lagipun tempat camni bukan senang nak pergi, nak pergi sendiri.... rasanya "lambat le lagi".

Tiba hari yang dijanjikan, sabtu 4 februari 2012 kami berangkat ke Tasik Kenyir.  Staf dibenarkan membawa keluarga ... so, ramai le jadinya hampir 70 orang semuanya.  Oleh kerana jauh, maka semua keluarga memilih menaiki bas, 2 buah bas dan hanya sekeluarga menaiki  kereta.

Kami bertolak jam 8 pagi.  Aku sekeluarga menaiki bas B.  Baru sampai sekerat jalan, dapat panggilan dari bas A, bas bermasalah, sukar naik bukit. ...sedangkan bas B telah jauh di depan.   Oleh kerana kita pergi bersama, susah senang kenalah tanggung bersama. Bas kami berhenti di Gambang, bersarapan sambil menunggu bas A.

Bas kami kenalah mengiringi bas A yang kurang sihat....menjelang jam 6.00 petang baru kami sampai di Tasik Kenyir setelah berjalan dengan sabar. Alhamdulillah.

SABTU - 4 FEBRUARI 2012

Perjalanan dengan bas bermula - jam 8:00 pagi



Sampai di Lake Kenyir Resort, Tasik Kenyir - jam 6:00 petang

Baru turun bas, masing2 keletihan .. sedang menunggu buggy.











Untuk menuju ke lobby, kami perlu menaiki kenderaan resort "BUGGY", kerana  jaraknya agak jauh dan keadaan muka bumi yang berbukit bukau.

naik buggy ke menuju ke lobby  











Welcome drink sambil mendengar taklimat dari pihak resort.

10 jam perjalanan, tentunya semua keletihan  "mai secawan"
.

Sampai ke tempat penginapan 



 Merehatkan diri di beranda  sambil menikmati panorama indah  mengadap tasik sambil menunggu malam menjelma.

pemandangan yang indah dan mendamaikan menjelang maghrib

Aktiviti malam ini akan bermula jam 8:00 malam, sama-sama kita nantikan apa agaknya aktivitinya... macam suspen je bunyinya... sebab semuanya masih rahsia.


6 ulasan:

notie berkata...

Salam sis,

Wah bestnya Tasik kenyir, adventure ni. Tapi best menikmati keindahan alam yang nyaman dan permai. Tenang dan damai rasa di jiwa kan. Sesekali jauh dari hiruk pikuk bandar dapat merehatkan minda jauh di pendalaman memang best.

Syimama berkata...

Salam Notie,

Yalah notie, nile 1st time dtg ketempat gini...memang best. Rasa tenang dan nyaman. Jemput le kesana

Tanpa Nama berkata...

Salam Syimama,

Akak walaupun orang Terengganu belum pernah jejak kaki di Tasik Kenyir ni.

Semoga hepi2 di sana.

Syimama berkata...

Salam k.Ani

Memang gembira sangat kat sana..tak rugi jalan jauh, memang berbaloi. Jauh beza keadaannya di sini...tenang dan damai.

umiyumi berkata...

Salam kak..
wah bestnye ke tasik kenyir. tak pernah pergi lagi ni :)

Syimama berkata...

umiyumi..
Ada peluang jemputle ke tasik kenyir, menikmati keindahan alam dan bertukar suasana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...