Iklan

Khamis, Disember 22, 2011

CAMERON HIGHLAND - PERCUTIAN TIDAK DIRANCANG (PART 1)

Percutian yang tiada dalam perancangan.  Mulanya saja2 membelek-belak FB kawan-kawan dengan foto percutian mereka. Ada ke luar negara dan ada yang ke luar negeri.

Tiba-tiba terpandang foto kawan bercuti ke Cameron Highlands... wah cantiknya.  Kebetulan si Arif  ada menonton sama, apa lagi dia terus memujuk abah pergi Cameron hari Sabtu (17 dis. 2011) tinggal 3 hari lagi (Rabu).  Padahal masa dah terlalu suntuk, musim cuti camni penginapan tentu penuh. Tapi demi menunaikan hajat orang yang baru baik khatan, kami  janji akan usahakan.

Sy pun apa lagi terus menerokai alam maya "search Cameron Highlands" ... mencari penginapan bajet sederhana khusus untuk muslim.  Hotel penuh, homestay penuh ... kalau adapun tinggal yang mahal-mahal.  Takpe usaha lagi ... terbaca blog seseorang bercerita tentang Apt. Mardi di Cameron Highlands.  Apalagi terus kontek ... hampa "maaf dah penuh".

Malam balik solat isyak, Abe bercerita dengan jiran sebelah, tiba-tiba dia beri nombor telefon staf Mardi yang bertugas di sana.  Tak lengah lagi, pagi khamis terus telefon.  "Hampa"   jawapannya.....tapi takpe,  dia janji akan usahakan, jika ada kekosongan akan diberitahu.  Kami pun tunggu dengan penuh sabar.  Pada anak2 sy beritahu: "Jangan terlalu mengharap.  Jika dapat penginapan kita pergi, jika tidak.... kita pergi lain kali.... lagipun dah banyak kali pergi".


Hari Jumaat penuh berkat, terima call dari Cameron Highlands ... ada seunit apt. kosong.  Apt Mardi 3 bilik sewa RM200.00 ................Alhamdulillah.  Harga amat berpatutan, rezeki kami semua.

Pagi Sabtu, selepas solat subuh, kami bertolak ... perjalanan santai.  Singgah minum pagi di sebuah gerai di kaki bukit berhampiran pekan Tapah.  Cuaca redup je, maklum tengah musim hujan.  Sambil menyaksikan keindahan alam ... menerangkan dan menunjuk pada Arif yang sibuk bertanya itu ini (budak baru nak besar, dulu pergi kecil lagi, tak berapa faham).  Abe memandu santai, apa tidaknya bas sekolah berada didepan.




Suasana di kiri kanan sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands.

Sambung di part 2



6 ulasan:

Antan Bertingkah berkata...

Saya sekeluarga ke Cameron jgk, hari Khamis dan Jumaat, tak sempat nk masukkan n3 lg.

Kunang-Kunang berkata...

Bercuti memang seronok dan merelakskan fikiran.

CH memang sentiasa teringat nak ke sana lagi,

notie berkata...

Wah...bestnya....sejak kali akhir 2003 pergi beramai2 10 beradik kunun2nya buat family day kat sana sampai laaa ni dah lama teringin nak pg lagi beramai2 asyik tertanguh je. Entah bila dapat nak pg lagi.

Dulu dok kat Tanah Rata tapi kalau dpt penginapan di Brincang lagi bagus leh pg pasar malam dia kat pekan Brincang tu.

Best lagi kata kawan singgah le ke Mardi ada tanam buah epal, pear, anggur dan macam2 lagi. Huh syioknya.

Syimama berkata...

Cik antan bertingkah, nampaknya perjalanan kita tidak bertingkah, tiada pertembungan, maka tiada lagi pertemuan.

Syimama berkata...

pn kunang-kunang

Ya lah kak ani, rasa seronok je nak c.h, padahal dah berkali2..bertukar cuaca dan suasana.

Syimama berkata...

notie.
Seronok berFD ke CH. 2 tahun lepas off fd di sana juga. Mardi menawarkan penginapan yang sangat murah utk fd.. boleh booking.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...