Iklan

Ahad, Disember 11, 2011

PUDING ROTI MARBLE


Malam tadi gerhana bulan.. 
macam-macam pula ada dalam perasaan ni.
Ditambah pula dengan cuaca yang agak suram dan  berangin.

Masa cuti-cuti camni kalau hati ceria tentu macam-macam boleh buat, 
tapi bila hati tengah suram....semua serba tak menjadi.
  • nak berkemas, rasa malas ....nak rehat je rasanya.
  • nak keluar jalan-jalan, takde mood.... takde hati pula.
  • nak tidor ... rasa tak mengantuk.
  • nak makan .... rasa dah kenyang, masak dah masak, makan dah makan
  • nak tengok tv... takde rancangan yang menarik hati
  • telefon mak...dah sudah, dengar cerita baru balik hantar pengantin sepupu ke Melaka
  • nak sembang dengan Abe... ala diapun dah tidok.
Akhirnya.........baik ke dapur, tengok apa boleh buat.
Belek2 resepi, jumpa resepi lama, entah dari blog mana, lupa catit pula....kira bolehlah, bahan semua ada.



PUDING ROTI MARBLE

Bahannya;
  • 4 keping roti 
  • 2 biji telur
  • 1/2 peket agar2 tali / 10gm agar2 serbuk
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cmb mentega
  • 2 cmb serbuk koko (bancuh dengan 2 cmb air panas)
  • 1 cmt vanila

Caranya.
  • masak agar2 dengan 3 cawan air (hingga larut)
  • masukkan gula
  • siat2 roti, masuk dalam blander bersama telur, susu cair, susu pekat, vanila dan 1/2 cawan air
  • kisar hingga halus tuang dalam agar2 (sebaiknya ditapis)
  • kacau perlahan2, kecilkan sedikit api, biar hingga mendidih.
  • tutup api, bahagikan adunan kepada 2 
  • 1 bahagian warna asal dan 1 bahagian campur dengan koko
  • senduk ke dalam loyag secara berselang seli, warna coklat dan asli.
  • biar sejuk sebentar, kemudian sejukkan didalam peti sejuk.
  • setelah benar2 sejuk, barulah dipotong untuk dihidang.
Hemmm.. esok boleh makan2 kat opis dengan kengkawan.
Terima kasih kepada tuan punya resepi (maaf tidak pasti ...)


hahhh, dah siap buat, dah siap siar dan dah mengantuk pun.  
Bolehlah tidur nyenyak......jumpa lagi

Assalamualaikum.




6 ulasan:

azlina 2 berkata...

sedap nampaknya ni kena cuba buat juga nanti...insyaallah

ucubakery berkata...

salam syimama...
amboi2... malam2 pun boleh lagi hidupkan api dapur..kalau ucu dah lama selamat jalan dapurku...

Syimama berkata...

Azlina

Issh.. malu le, ni hasil intai2 orang punya resepi je... sendiri idok le pande beno..

Syimama berkata...

ucuuuuu
Jangan tak tau...ini kes tak bole tido, sebab tu selamat tinggal romeo, selamat datang dapo.

kalau tidak, hai2 by2 le...
silap waktu makan ubat kot.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
ambopi sedapnya...tambah2 bg sejuk dalam peta ais dulu...

Tanpa Nama berkata...

Salam syimama,

Bestnya nampak puding tu. Boleh cuba nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...