Iklan

Khamis, Mac 17, 2011

POKOK KARI BERBUNGA

Depan rumah ada 2 pasu pokok kari sy tanam,  satu kurus dan satu lagi gemuk.  Oleh kerana dah nampak agak rimbun, sy nak kurangkannya.  Sy pun beri sepasu pokok kari yang kurus tu pada kawan di office dan tinggal yang gemuk.

Tak lama lepas tu, pokok kari gemuk tu dah jadi kuning... daun gugur satu persatu.  habislah.......mati pokok kari ni.  Dah togel tinggal dahan je.   Hai, merajuk ke pokok ni ... tapi kalau matipun tak apa, sebab sy ni bukan rajin masak kari.... dalam kata lain, tak pandai masak kari. Sy pun terus lupa nak menjengah pokok ni untuk beberapa minggu.

Hari ini, balik kerja.... tiba-tiba  ternampak sebelah tiang tu..eh! ada sesuatu lah..............pokok kari sy tumbuh pucuk baru "berdaun dan berbunga".  Alhamdulillah............ tak jadi mati pokok sy ni.

Waa.... pokok kari sy berbunga!

Bunga pokok kari ... pertama kali sy melihat dari dekat.



Disebalik tiang .... keluar dahan yang berbunga



Lihat tu, dahan yang sebelum ni rimbun... jadi botak dan kini kembali berdaun.



Dahan ni dah kembali rimbun, segar dan berbunga. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...