Iklan

Rabu, Mac 16, 2011

PENJAWAT YANG TIDAK JUJUR


Tahun  80'an, komunikasi tercanggih waktu tu cuma "public phone", "surat" dan jika hendah segera "telegram" atau "surat register".  Penghantaran wang pula biasanya guna "wang pos" sahaja.

Masa tu sy belajar ditingkatan 6, tinggal di asrama, sekolah di KL.  Cukup bermasalah untuk berhubung dengan emak di kampung. "Public Phone" belum sampai ke kampung sy.  Jika keputusan wang atau bekalan .... meranalah jawabnya.
Satu masa, sy betul2 keputusan wang belanja.  Apa lagi yang dapat dilakukan, tulis surat pada emak di kampung, mohon kiriman wang dengan kadar segera.  Emak sy ni walaupun orang kampung, tapi masih dikira agak canggih juga, tahu menulis surat ... tahu hantar surat segera dan wang pos.

Oleh kerana anak ni mahukan wang segera ... dia berkira2 wang pos tentu lambat nak tunai, menghantar wang dengan register  adalah cara yang paling selamat dan cepat.

Setelah menunggu selama lebih kurang 4 hari, maka sampailah bingkisan yang dinanti-nantikan.  Gembira hati tidak terkira ..... DAPAT KIRIMAN WANG.  Sy pun buka unvelop dengan girangnya...... ada surat dan ada not RM10.......ha?.........10 sahaja, tapi dalam surat mak tulis kirim RM40 (ketika itu besar nilainya).  Ya Allah apalah yang boleh dibeli dengan RM10 untuk jangkamasa 2 minggu lagi sebelum cuti, tiket balik je RM12.

Hiba hati tidak terkira ... kenapa jadi camni.. tak mungkin mak silap kira... nak kata hilang, surat tu kelihatan cantik je... mungkinkah "PENJAWAT TIDAK JUJUR?"  Ya Allah, kenapalah sampainya hati orang ni megambil duit sy.. taktau ke dia sy begitu terdesak sekarang ni... itupun mak hantar cuma RM40, jika dikira2 sebenarnya tidak cukup.... tapi sy faham bagaimanaa keadaan emak di sana..... bercucuran air mata sy mengenangkan nasib diri.   Apa yang perlu dilakukan sekarang... tulis surat semula,  bermakna kena tunggu lebihkurang seminggu juga.

Akhirnya sy tebalkan muka, meminjam pada kawan.  Bila sampai di kampung, soalan pertama "MAK KENAPA HANTAR RM10 SAJA... MENDERITA SY".  Mak terperanjat... "mak hantar RM40, cuma tu je mak ada.............." Ya Allah, "double" sedih dihati.

Setelah bertahun2 berlalu, sy pun dah menjadi "PENJAWAT" juga.... cerita ni masih segar diingatan.  Masih terkenang2 kenapalah penjawat tersebut sampai hati mengambil wang budak sekolah yang jauh dari keluarga dan  wang  ibu yang dalam kesusahan.

Terfikir sy,  mungkinkah ...."PENJAWAT TERSEBUT DALAM KESEMPITAN, SEPERTI JUGA  SY DAN EMAK SY HINGGA TERPAKSA BERLAKU TIDAK JUJUR".

Agaknya...... "PENJAWAT TERSEBUT MASIH INGAT ATAU TIDAK PERISTIWA TERSEBUT ATAU SUDAH BIASA MELAKUKANNYA?".

Tapi mak selalu menasihatkan:
-  Bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi sekarang.
-  Lupakan kisah lampau, lapan dada, lapang fikiran, bersangka baik.
-  Halalkan saja RM yang tidak seberapa tu... mungkin dia terdesak.

Ya... memang sy sudah maafkan dan halalkan rm tersebut.   ... sekadar  mengingatkan diri dan anak2 serta semua agar mengamalkan sikap 'JUJUR"..selalu berfikir "AKIBATNYA" ... jangan berbuat perkara tidak baik ... walaupun kelihatan kecil tetapi besar akibatnya ada kesan mendalam bagi  yang melaluinya.

Sy bercerita hanya sebagai "KISAH DAN TAULADAN".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...