Iklan

Selasa, Januari 18, 2011

SEKOLAH-SEKOLAH

Alhamdulillah.... hari ini bermula dengan tenang.  Berakhir episod anak ke sekolah jam 5.30 pagi.  Anak ku Afif, telah diterima masuk ke sekolah berasrama... semalam pendaftaran masuk untuk pengambilan ke 2.

Alhamdulillah... bukan sahaja masalah kami selesai, malahan yang paling gembira sebab anak mendapat tempat di sekolah yang bagus ... kelihatan begitu teratur dan semoga anakku juga akan menjadi lebih teratur dan dapat belajar dengan sempurna dan berjaya cemerlang ...dunia akhirat.

Tetapi, dalam pada tu ... terjadi juga "kisah dan tauladan".  Memandangkan anakku ni orangnya agak teliti dan cergas.. jadi ku serahkan segala urusan mengisi borang2 bersama dokumen kepadanya... aku hanya melihat dan mengisi tempat yang sepatutnya sahaja sambil mengingatkan apa2 yang perlu tanpa menyemak satu persatu.

Nak dijadikan cerita ... sewaktu pendaftaran ...  dokumen asal  ada.  Tapi segala salinan tiada.  Kerana terlalu gelabah, sampai semua cicir.  Nasib baik pengurusan sekolah bertimbang rasa.... kalau tidak, alamat keluar tanduk mak abah.  "TERIMA KASIH KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH TEKNIK SEPANG" yang begitu bertimbang rasa dan prihatin.

Kami  sangkakan anak dah besar, dan selalu melihat apa telah  kami buat waktu  menyediakan dokumen .. tentu dah tahu ... rupanya, hatinya kecut, gelabah sampai tak dapat berfikir dengan sempurna.... silap sangkaan kami.

Kesimpulannya... sebagai ibubapa,  tidak boleh menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap anak-anak, walaupun kelihatan bagus/baik,  anak  tetap perlu dipantau dan diteliti.

Terbitkan Catatan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...