Iklan

Jumaat, Januari 14, 2011

KOMPUTER MODEL PERTAMA YANG SAYA KENAL.

Hari ni Jumaat... biasanya tengahari camni ke pasar jumaat lah ... tapi hari ni cuaca mendung, hujan renyai2.. malas nak keluar.  Dok office melayari internet ajalah.

Terkenang zaman dulu...mula aku kenal dengan komputer ..  komputer pertama ku kenal jenama  Hewlett Packard (model  HP3000 - kalau tak silaplah) pada tahun 1983.. mula2 kerja di RCA sebagai rekord keeper, masa tu tunggu keputusan peperiksaan. Hebatnya dapat kerja ni... merasa guna komputer.. orang lain tertinjau-tinjau,  maklum benda baru .. kerani pun pakai mesin taip  je... kita pakai komputer, canggih- canggih.

Yang masih ingat tentang komputer tu... lehernya panjang, macam bangau.  Alahai kalau ada gambar model tu kan ke bagus.... Jam tu penggunaanya cuma untuk keyin data... wah, cekap masuk nombor je.  Lain-lain I tak tau  U, maklum budak baru abis sekolah.  Balik kampung, cerita kat mak... betapa hebatnya teknologi terkini.

Anak2 zaman sekarang kalau dengar cerita ni... gelak2 je, geli hati depa no.


ha...komputer pertama yang saya kenal tu ... rupanya seakan model ni.. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...