Iklan

Khamis, Jun 17, 2010

HARI KELUARGA LEK TOM 2010 DI TAMAN TASIK CYBERJAYA







13 Jun 2010 hari keluarga kami untuk kali yang ke...bertempat di Taman Tasik Cyberjaya.  Walaupun hanya 20km dari rumah.. tapi kami tak pernah lagi sampai di sini.. Ok juga tempatnya, ada taman permainan dan tempat duduk di bawah pepohon rimbun... nyaman,  cantik  dan jauh dari hiruk pikuk kota.  Cam tepi sawah lah pulak....

ACARA PERTAMA ... "MAKAN-MAKAN PAGI LA". 

"menu istimewa dari chef tersohor"
Mak.. Karipap idaman cucu2.
Me.. Nasi impet, kuah kacang, sambal kerang & air mineral....
Yang.. Nasi lemak special, tapai & air sirap.
Ana.. Kek lapis, buah-buahan, nuget 
Uza.. Meehon, teh panas 
Pak Cu.. apa ya... banyak sangat makanan ... sampai lupa... kalau ada menu tak tersenarai ...jangan marah.
(terlalu banyak makanan sampai lupa nak snap hidangan.... rugi, takde bukti)

ACARA KE DUA ....SUKANEKA.. sukan ringan tengok ya... apa jenis sukan ni

1) Kanak-kanak
Puzzle...

Pemenangnya...Harith, Fahmi, Razin, Arif dan seorang pemenang lagi dah hilang. siapa tu? Irfan... mana kau pigi da?

2) Remaja 1
Puzzle?

3) Remaja 2
Puzzle??
 iss3..malu2 teruna dara ni nak main

4) Bapak-bapak
Puzzle.
fuyooo...ganasnya main, menyeberang gitu.

5) Ibuk-ibuk
Puzzle??
.. tengoklah betapa sopannya ibu2 berlawan. 


Ni.. ada yg tak puas hati... tikus tak bertemu ekor.

6) Kanak-kanak lagi
Sedia.. kingkong 5 beradik nak beradu.

7) Acara dewasa
Acara dewasa ni ... bahaya untuk digambarkan..tak sampai hati la pulak nak paparkan fotonya...jadi gambar pun kira tiada la ya.

ACARA KE TIGA - SAMBUTAN2 YANG PATUT DI SAMBUT

- Sambutan Hari Lahir Mak (belated)
   

  - surprise.. hari lahir Pak Deng


- sambutan hari ibu                        
anak mak..sorang lagi mana?   
 Ibu n anak perempuan dpt baju sedondon tau..
 bapa n anak lelaki lain tahun la ya... tahun ni tak cukup buget.


Apahal ni... "sebelum beri baju pd mak, baik i cuba dulu..."
sorang lagi tu nak tiru bunga laboci la tu.... macam2 hal.


Pak Cu sekeluarga (Pak Cu, Cik Sal, Fahmi, Shamil n Hanif)


ACARA KE EMPAT - PENYAMPAIAN HADIAH

Masa untuk menerima hadiah.

Kenalkan... ini Syamil anak Pak Cu, manalah  mak abah tak muncul2 ni.

Sebahagian dari cucu2 .. bergambar

Tapi yang paling special ... gambar ni.. siapa punya ni, cuba teka...


ACARA TERAKHIR..
MAKAN SEMULA..BUNGKUS MEMBUNGKUS/BERTUKAR2 MENU
 ... balik perangat jelah, untuk makan malam sekali tau!

Terima kasih kepada semua kerana bekerjasama  menjayakan majlis kita.... yang datang, yang memasak, yang membeli, yang makan, yang minum dan yang main ...semuanya memeriahkan majlis kita... 

Terima kasih khusus buat  Mak  dan Pak Cu sekeluarga yang sanggup datang dari kampung.  Bukan senang nak memandu ke KL ni... lagi-lagi ke Cyberjaya ni... orang S.Kmbgn  ni pun sesat.

Penghargaan kepada penganjur, walaupun sambutan kali ini secara santai (puzzle, puzzle, puzzle lagi)...idea penjimatan yang baik (wang dan tenaga)... tetapi  tetap meriah dan menghiburkan.  Hadiah-hadiah  dari pulau tu yang paling terharu... terima kasih tak terhingga wahai pn penganjur.  

Akhir sekali sebelum balik ... bersalaman dan bermaafan sesama kita ...sekiranya ada salah  silap atau kekurangan sepanjang majlis... harap maafkanlah ya.

Semoga kita semua panjang umur, sihat dan murah rezeki agar tahun-tahun mendatang  kita dapat meneruskan tradisi sambutan hari keluarga kita.  Amin.

***  RM bulanan jangan dilupakan!!!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...