Iklan

Jumaat, Jun 25, 2010

FAMILY DAY CICT





"PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN  ORGANISASI" 
Tema hari keluarga jabatan kami tahun ini.  Berlangsung di Lumut Perak pada  18 hingga 20 Jun 2010.



Jam 3.00 petang hari Jumaat 18 Jun 2010 kami bertolak dengan bas beramai-ramai ..(terkenang pergi rombongan di zaman persekolahan).... waa jauh juga pengembaraan kita kali ini ya....tapi dekat kampung saya tau...

Jam 7:00 petang sampai la ke tempat di tuju. Di sinilah tempatnya... penginapan 3 hari 2 malam. Malam ni untuk bersantai dan berehat2 je..

Pemandangan dari bilik...arah laut. Emm.. cantik!

Episod penjelajahan bermula ... pagi Sabtu  jam 8.30 pagi,  lawatan ke Pulau Pangkor.... deme naik kape ke feri ya? Kali ni tiada tolak ansur "SIAPA LAMBAT.. TINGGAL" kata penganjur.



Waa.. feri sekarang dah besar, tak le takut nak menyeberang... seronoknya!... sambil tu, apa lagi "menyoping la kita"

(terkenang dulu-dulu kita pergi... naik  bot, tetiba hujan tengah laut.. langit gelap macam terkurung  bawah tempurung... ombak kuat memukul, air masuk ke dalam bot.  Masa tu... kecut perut, hidup atau mati je dalam fikiran... "seriyau" kata orang kampung.  Tapi alhamdulillah... panjang umur lagi, selamat hingga kini).


Menikmati pandangan indah di Pulau Pangkor


Posing sementera menunggu "team building" bermula.

Acara dah bermula...staf dibahagi kepda 2 kumpulan.
Kumpulan kami menang game ni.. kerjasama yang sangat baik.. tapi kesian pada ketua kumpulan kami "En Din"... pining.. pusing-pusing.

Game kedua isi air dalam tong berluang-lubang... memang nak aniaya kita ni.
Fikir-fikir...macamana nak tadah air dalam tong berlubang2 ni...


tengok tu...ada yang sanggup masukkan ibu jari kaki menyumbat lubang tong.. jangan sampai tak boleh cabut.
Terlalu kreatif ...sampai  daun pokok bunga kami sumbat lubang ... mengakibatkan kumpulan kami KALAH.

Game ke 3.. terbahagi kepada 4 kumpulan.  Setiap satu diberi 5 belon, 2 batang straw dan sebiji telur... apa lagi, dengan peralatan yang ada..selamatkan telur supaya tidak pecah.. bila dijatukan dari atas.
Bermacam-macam idea keluar... tak kurang yang mencelok2 idea...tapi takpe.. kita tengok siapa yang kena!


Bersungguh-sungguh untuk berjaya... tapi apakan daya... telur pecah jua.

Selesai acara "team building"... anak-anak tidak dilupakan... acara santai bersama.
Kutip gula-gula untuk kanak-kanak 2-5 tahun... tengok tu, ibubapa tension nampak....anak releks.
alamak...mana satu nak dengar ni... releklah makcik.. peninglah I
yang ni..timba air laut dengan span ke


sempat juga cari guni kat sini... lompat dek lompat.

ada lagi acara jadi kongkong... 



melayan kerenak anak-anak mandi manda sebelum maghrib menjelma.
Antara hadiah yang di sediakan... ni sebahagian je.. untuk anak-anak, untuk staf ... hadiah boleh claim di office, tak larat nak bawa ke sini ... banyak sangat...ha3.
"Big Boss" yang kanan tu...Anak2 menerima hadiahHai... ni lah antara orang kuat kali ni... tongkat dagu nampak, tak makan lagi la tu....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...