"PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI"
Tema hari keluarga jabatan kami tahun ini. Berlangsung di Lumut Perak pada 18 hingga 20 Jun 2010.
Jam 3.00 petang hari Jumaat 18 Jun 2010 kami bertolak dengan bas beramai-ramai ..(terkenang pergi rombongan di zaman persekolahan).... waa jauh juga pengembaraan kita kali ini ya....tapi dekat kampung saya tau...
Jam 7:00 petang sampai la ke tempat di tuju. Di sinilah tempatnya... penginapan 3 hari 2 malam. Malam ni untuk bersantai dan berehat2 je..
Pemandangan dari bilik...arah laut. Emm.. cantik!
Episod penjelajahan bermula ... pagi Sabtu jam 8.30 pagi, lawatan ke Pulau Pangkor.... deme naik kape ke feri ya? Kali ni tiada tolak ansur "SIAPA LAMBAT.. TINGGAL" kata penganjur.
Waa.. feri sekarang dah besar, tak le takut nak menyeberang... seronoknya!... sambil tu, apa lagi "menyoping la kita"
Menikmati pandangan indah di Pulau Pangkor
Posing sementera menunggu "team building" bermula.
Kumpulan kami menang game ni.. kerjasama yang sangat baik.. tapi kesian pada ketua kumpulan kami "En Din"... pining.. pusing-pusing.
Game kedua isi air dalam tong berluang-lubang... memang nak aniaya kita ni.
Fikir-fikir...macamana nak tadah air dalam tong berlubang2 ni...
tengok tu...ada yang sanggup masukkan ibu jari kaki menyumbat lubang tong.. jangan sampai tak boleh cabut.
Terlalu kreatif ...sampai daun pokok bunga kami sumbat lubang ... mengakibatkan kumpulan kami KALAH.
Game ke 3.. terbahagi kepada 4 kumpulan. Setiap satu diberi 5 belon, 2 batang straw dan sebiji telur... apa lagi, dengan peralatan yang ada..selamatkan telur supaya tidak pecah.. bila dijatukan dari atas.
Bermacam-macam idea keluar... tak kurang yang mencelok2 idea...tapi takpe.. kita tengok siapa yang kena!
Bersungguh-sungguh untuk berjaya... tapi apakan daya... telur pecah jua.
Kutip gula-gula untuk kanak-kanak 2-5 tahun... tengok tu, ibubapa tension nampak....anak releks.
alamak...mana satu nak dengar ni... releklah makcik.. peninglah I
yang ni..timba air laut dengan span ke
sempat juga cari guni kat sini... lompat dek lompat.
ada lagi acara jadi kongkong...
melayan kerenak anak-anak mandi manda sebelum maghrib menjelma.