Iklan

Ahad, Mei 02, 2010

Terkezut gilers.....

Kisah awal minggu ni, hari isnin lepas.

Student dah mula bercuti, dah habis exam katakan. Kebanyakkannya dah balik kampung. Memang sunyi bila student tak ada, berpanjangan la hingga intake baru nanti.

Petang tu jam 2 di makmal sendiri ... masyaallah mengantuknya mata, macam kena gam mata ni. Selalu tu takla camni sekali. Aku dah buat macam cara... baca buku, tengok artikal2 yang diminati, tapi semua tak menjadi.

Membetulkan kedudukan, supaya agak terlindung .... kalau terrrlelap pun takla jelas sangat. Dalam bertahan2 tu, ter... juga.

Tiba-tiba ...aku terperanjat, bingkas bangun terpinga-pinga ....terjegil mata aku ni.  

Mana taknya, pintu tiba-tiba terbuka dan ada orang hitam berdiri dimuka pintu....masyaallah orang ke ni?  Kerana terlalu terkejut, aku jadi gelabah...
Orng tu ketawa mengekek-ngekek... geli hati dia tengok gelagat aku.... agaknya.

"Oh.. sorry3...saya terperanjat... sebenarnya saya mengantuk tadi" kata ku.
"Sayapun minta maaf sebab tak ketuk pintu tadi.... saya datang nak kertas. Awak mengantuk sebab kenyang baru makan tengahari ya" katanya.
"ooo tak, sebenarnya saya puasa hari ni" kata ku.
Habis urusan ia keluar dengan mohon maaf berkali2. Ok.

Nak tau kenapa aku terperanjat gila?  Nasib baik takde lemah jantung, kalau tak mau pengsan.

i) yang masuk tu... orang besar, kulit hitam dengan rambut berjurai2 (tocang kecil2, sebesar ibu jari, bergentel-gentel..mengurai).

ii) pintu lab tu "centre lock" dari dalam... jika di tolak akan berbunyi.. tak mungkin terbuka kecuali orang yang ada "access door". Minda pun dah set.. confident habis.. selamat di dalam.

iii) Dalam keadaan yg sangat mengantuk.. terlelap jua aku.

Sebenarnya yang datang tu international student berkulit hitam (cam negro)...
Pintu tu pula.. ada masalah semalam, so... petugas tu dah tutup "automatic lock", sebab tu pintu boleh buka dari luar... aku ni tak tau cerita..

Ni lah akibat ...mengantuk dan caya abis kat pintu auto tu... Nasib baik yang datang tu perempuan baik.

Kesimpulan:  Jangan Mengantuk di Tempat Kerja......takut terkezut gilers.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...