Iklan

Jumaat, Mei 14, 2010

SELAMAT HARI LAHIR EMAK


11 Mei  2010 hari selasa,  hari lahir mak yang ke 64 tahun.  Senang nak ingat tarikh lahir mak ni.. sebab negara pun meraikan   sesuatu pada tarikh ni kan...
"Semoga mak sihat, panjang umur, berbahagia dunia akhirat serta segala yang baik semuanya untuk mak".

Mak kata tahun ini mak meraikan hari lahir bersama-sama kawannya di masjid  "membaca Surah Yassin".  Kami anak2 mak takde yang dapat balik... maklumkan mak tengah minggu, anak2 mak ni semua tengah bekerja. Apa nak buat ya mak... bila dah dewasa ni, semua dengan dunia masing2.  Sesekali je dapat balik kampung jumpa mak. Telefon, seminggu sekali... kadang2 terlajak juga.

Mak ingat tak tahun lepas (2009), kita raikan hari lahir mak sama2 di kampung.  Semua anak mak balik... malam tu kita buat bbq, panggang ayam, ikan, sotong dan udang.  Makan ramai2 depan rumah.  Lepas tu kita buat acara buka hadiah... tapi mak nak juga buat karipap kesukaan cucu2 kan... kami bawa hadiah kat dapur,  masing2 bukakan hadiah untuk mak.... macam budak2 kecil anak2 mak, semua  nak tunjuk hadiah yang diberi.

Lepas tu mak potong kek... "secret recipe kek" gitu.  Tapi sebenarnya bukan mak yang potong kek tu kan, anak cucu yang menyibuk.  Tapi kami cukup bahagia sebab mak begitu spoting... layan je kami ni. Mak ingat lagi apa hadiah kita pada mak?... kita tau mak memang hargai hadiah tu kan.  Mak bawa pergi Mekah tempoh hari, pakai kat sana kan.... besar hati kita tau mak... dihargai begitu.

Dulu masa kami kecil2... mak selalu sambut hari2 istimewa secara sorok-sorok.  Bila hari istimewa mak selalu akan masak nasi, buat kerabu, rebus telur dan lauk2 lain.  Kemudian mak akan hantar rumah depan, kiri dan kanan (apa nama istilah yang mak selalu gunakan...kita dah lupa), selepas tu baru kita makan bersama2. Bila kita tanya .. mak buat sempena hari apa.. mak jawap .. "ADALAH'. Kalau mak buat camtu...seronoknya tak terkira... maklumlah jam tu, cuma mak je lah yang selalu menghargai hari2 istimewa ni... bezanya mak selalu ingat tarikh bulan islam, sedang kami sekarang ingat bulan inggeris.

Mak, kita tengok mak sekarang agak lemah... tidak seperti dulu, cergas  dan tangkas.  Jarang ada istilah nanti dalam hidup mak.  Duduk diam mak cuma waktu tidur.... itupun tidur mak macam tidur2 ayam, tidak macam kami, tidur mati. Kami pun dah semakin berumur..  Bila kami dah dewasa, berumahtangga dan punya anak, kami rasa begitu rasa bangga dan 'salute' pada mak. Bertuah kami punya mak yang bersemangat waja.

 Mak begitu kuat bekerja, mendidik pelajaran dunia akhirat, walaupun mak hanya bersekolah hingga darjah 6.  Kami yang sekolah lebih tinggi ni tak terbuat seperti yang mak dah buat.  Mak kerja guna tenaga, kederat tulang empat kerat, sedang kami hanya bekerja ... duduk je, adap komputer gini.

Mak tak mampu hantar kami ke sekolah agama, tapi mak ajar sendiri kami sembahyang, mengaji dan bab2 agama...sedang kami hantar anak sekolah agama, mengaji pun hantar pada ustazah .. kalau adapun cuma tambah2, dan pantau. Kami mengaji 7 hari seminggu, anak kami hari sekolah je... 7 ke 9 tahun kami dah khatam Quran... anak kami 11 ke 12 baru khatam.

Kami hantar anak ke kelas tambahan, tapi mak ajak kami sendiri.  Belum sekolah kami adik beradik dah pandai baca.. tak pernah  pergi tadika.  Bila  dah sekolah, tiap malam mak pantau kami buat kerja sekolah.. walaupun mak tak tau, tapi mak tetap cuba beri bantuan.

Mak ingat lagi tak...waktu kita darjah 3,  kita marah kat mak sebab salah tunjuk cara buat ilmu hisab (matematik sekarang).  "Mak, cikgu kata cara yang mak tunjuk tu salah... mak kan sekolah, kenapa mak tak tau"  kita kata pada mak.  "Ala ... mak belajar dulu, dah lama, dah lupa .. lagipun mak belajar cara lain" jawab mak bersahaja.  Ya Allah...yang maha berkuasa... sekarang ni anak kami pula berkata sedemikian pada kita ... "kenapa mama tak tau, mama tak belajar ke?" adus... pedihnya.

Mak, itu hanya sekelumit dari kenangan  sepanjang kami membesar... selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui. Apapun... mak tetap yang kami paling sayang... dan kami percaya mak juga amat sayang pada kami, walau mak tidak ucapkan sebagaimana ibu2 zaman sekarang, tapi perlakuan dan penghargaan yang mak beri pada kami, sudah cukup membuktikannya.

Mak, kami  sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteran serta  dipermudahkan segala urusan mak dunia akhirat... dan kami berharap agar mak memberi keredaan dan kemaafan kepada kami atas apa2 kesilapan dan kekurangan kami.  Semoga kita sama2 mendapat keampunan, keredaan,  kebahagiaan, keberkatan, rahmat dan nikmat dari Allah SWT.  AMIN!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...