Iklan

Rabu, Mei 26, 2010

Happy Birthday Dik Man


Hari ini genap 7 tahun umur Dik Man (DM).
Dah besar anakku ni... dah 7 tahun hidup di dunia..semoga Dik Man selamat dunia akhirat.

Tahun ni DM sambut hari lahir ketika menghadapi peperiksaan, tengah minggu laktu.. jadi takde sambutan. Tapi DM dah besar, dah pandai minta macam2.. nak sambut birthday kat sekolah ngan kawan2.... aiyooo, mama tak reti lah, i'm sorry DM. Permintaan tak dapat ditunaikan. Kita tukar lain acara la ya... tunggu hari minggu, abe2 tu balik cuti sempena wesak day...than kita celebrate kat luar...ok! Nampaknya cadangan dah dipersetujui DM. Alhamdulillah. Selesai satu bab.

Kalau nak ikutkan hati, memang kita kesihan dengan anak.. kadang2 tengok kawan buat sambutan macam2, bila dia minta kita tak dpt tunaikan.. tapi keadaan tak mengizinkan. Tahun2 lepas, kita berniat nak buat sambutan.. ketika tu di tadika... mudah diurus. Malangnya cuti semesta pula.

Hari ni Ayong hadiahkan DM sebiji Kek Coklat kegemaran bersama... beriya benar Ayong mencarikannya. Tentu ada rahsia tersirat....Ayong beli ni, sebab Ayong teringat dulu kecik2 Ayong teringin sangat nak kek camni masa sambut harijadi....
Ala-la-la cian Ayong... mama pun tak ingat samada ada tunaikan permintaan tu ke tidak..

Apa2pun untuk anak2 mama... DM/Abe2/Ayong, semoga semuanya berbahagia dan menghargai dan menerima seadanya disamping terus berusaha.

Khas untuk Dik Man
"SELAMAT HARI LAHIR"
Semoga jadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat.

Terimalah kad ucapan yang sempat mama buat petang tadi. Harap DM menyukainya.



Oh ya.. mama juga nak ucapkan "HAPPY BELATED BIRTHDAY - 17 MEI 2010" untuk BANG JOI. Jangan kecik ati ya sebab mama tak buat kad lagi utk bang Joi ... 'axceeded age limit". ha.ha.ha gulau2.

Mama  doakan "SEGALA YANG TERBAIK UNTUK MU.. DUNIA AKHIRAT".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...