Iklan

Jumaat, November 09, 2012

SPM 2012 (5 NOV - 6 DIS 2012)

Hari ini dah masuk hari ke 4 peperiksaan SPM, esok jumaat dan minggu depan tiada kertas sempena cuti Awal Muharram dan Deepavali. Ini  bermakna dah 4 hari aku bercuti dan esok Jumaat kenalah mula bekerja kembali.

Solat hajat, bacaan Yassin dan motivasi  di SMT Sepang (2/10/2012)

Tahun ini giliran anakku yang ke 4 mengambil SPM - Kamarul Afif

"MOHON  ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANAKKU DAN SAHABAT2 SPM ... SIHAT, SEJAHTERA  DAN DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN LANCAR, BAIK, TEPAT DAN LENGKAP.  SEMOGA BERJAYA CEMERLANG - DI DUNIA DAN AKHIRAT"

Oh ya tentang SPM .... telah ku semat dalam hati sanubari sejak muda-muda lagi untuk mengambil cuti setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan penting.  Semenjak dari anak pertama hingga kini untuk anak ke 4, insyaallah masih dapat dikotakan semangat itu walaupun mungkin bilangan hari bercuti tidak sama (ikut kelapangan atau ikut baki cuti yang ada) .. moga tidak ketinggalan juga untuk yang ke 5 nanti (jauh .. 8 tahun lagi).

Dulu waktu mula2 bekerja, boss ku Mrs Yap/Susan (tak tau dimana sekarang, harap dia sihat lagi) akan bercuti setiap kali anak-anaknya menduduki peperiksaan dan aku waktu tu masih muda lagi .. kurang faham mungkin dan selalu bertanya "UNTUK APA, KENAPA DAN BUAT APA SEPANJANG  PN SUSAN BERCUTI?".

Katanya... dia bercuti bagi memberi sokongan moral pada anak-anak, sediakan sarapan dan makan tengahari dan pastikan kelengkapan mereka sebelum pergi menjalani peperiksaan.... "DOA LAAA ... hay ya".



Sejak itu, aku baru terfikir bagaimana emak memberi sokongan moral kepada kita dulu. Emak suri sepenuh masa tidak perlu bercuti tapi akan berpuasa dan bersolat hajat untuk anak-anak.

Wah... kalau Susan  boleh buat begitu, aku  sebagai orang Islam tentu juga boleh, malah lebih banyak lagi perkara boleh dilakukan.  Walaupun anak-anak tinggal di asrama, tapi akan diberitahu, mama bercuti sempena SPM, semata-mata untuk bermunajat dan mendoakan mereka, memberi semangat dan sokongan moral.  Menjiwai bagaimana perasaan mereka yang sedang berperang dengan soalan-soalan.



Tapi tidaklah sampai bercuti sepanjang peperiksaan berlagsung...... hanya pilih  hari-hari  yang difikirkan perlu, tengoklah ada anak yang dapat 6 hari, ada yang cuma 3 atau 4 hari.  Harap anak-anak tidak mempertikaikan bilagan harinya ... tapi sedaya upaya mama cuba memberi keadilan, kesungguhan dan usaha yang terbaik. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kita .... selebihnya tawakkal dan kepada Allah tempat berserah.
.
Hai,  dalam pada itu bagus juga sesekali cuti panjang.. semata2 duduk di rumah, merasai  suri rumahtangga sepenuh masa. Melayan suami dan anak pergi balik kerja/sekolah .... melayan fikiran, melayan mata dan sempatlah juga melayan macam-macam citarasa tekak.

Insyaallah ... azam tahun baru, nak menyempatkan diri bercuti khusus untuk  "JADI SURI PENUH MASA" seminggu setahun atau sekurang2nya 1/2 minggu setahun (cuti yang betul2 dirumah melayan kerenah  rumahtangga tanpa pergi jalan-jalan).

Semoga panjang umur, murah rezeki dan boleh terus berbakti. Amin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...