Iklan

Jumaat, November 09, 2012

PUDING ROTI PANDAN KOKO

Memikir-mikir... apa resepi buah tangan patut dibawa ke majlis kawan.  Kalau boleh tu biarlah yang digemari ramai dan kalau boleh biarlah resepinya simple dan bahan-bahannya dah tersedia di dapur (malas nak ke kedai.. takde orang nak tolong beli barang).

Periksa bahan di dapur, akhirnya ........ bahan yang paling  bersesuaian untuk resepi PUDING ROTI saja. Kira bolehlah tu.



Nak jadi cerita, mentega kat dapur tu betul-betul tinggal dalam 2 sudu je, nak ikut betul2 punya sukatan tak cukup, tapi takpelah ... sikit lebih kuranglah.  Dek kalut berkira-kira tu,  entah camna terlupa nak masuk mentega, dah siap adun dan dah nak beku ............ baru teringat.

\

RESEPI PUDING ROTI PANDAN KOKO
(lebih kurang resepi puding roti marble yang lepas)

Bahan-bahan:
  • 15 gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
Didihkan serbuk agar-agar dengan air - hingga mendidih.

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur (size AA, kalau guna B tu, gunalah 3 biji)
  • 1/2 cawan gula (kalau kurang manis, boleh tambah)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan mentega (tak letak ... LUPA, tapi  ok je ... tak muak dan lebih kenyal)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh esen vanila
Bland semua bahan, kemudian tuang perlahan-lahan dalam adunan agar-agar.
Didihkan sekali lagi ... sambil sentiasa dikacau.

  • 1 sudu teh perisa pandan hijau
  • 3 sudu makan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air suam)
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
- 1 bahagian campur dengan perisa pandan 
- 1 bahagian campur bancuhan serbok koko

Tuang sesenduk demi sesenduk - berselang seli dalam loyang / apa-apa bekas bersesuaian.
Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. 
Potong ikut kesesuaian dan boleh dihidang.



** Walaupun tanpa mentega, tapi pagi ni rasa kuih tu, ok je... tak lekatpun.... rasa cam lebih sedap pulak (he3.. naik lift lah I ni)  kira halal je.  Lain kali tak payah masuk mentega pun tak apa.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...