Iklan

Rabu, Ogos 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 1433H

Assalamualaikum sahabat2 di maya.

Setelah lama tidak bersiaran ... tak tau kenapa, tetiba  minat berpaling arah menjadi "HANTU NOVEL".  Hingga terbiar kasih di sini.

Walau bagaimanapun, sesekali tidak pernah hilang di dalam hati ingatan terhadap berkisah di maya ini, mungkin "hantu novel" hanya sekadar gelombang yang datang ...mengimbau minat masa lampau.  Nak jadi penulis yang serba tak menjadi.

Kira minat sekarang ni hanya sekadar untuk "MEREMAJAKAN HATI" agar cinta tetap mekar mewangi bagai HATI SI DARA , walaupun tetap menyedari aku kini adalah "EMAK PADA SI DARA". (begitulah penjelasan yang kuberikan kepada ABE... ayah si dara, yang selalu berkata "nonsense" ...sabo jelah, mungkin kureng sejalur)

Sebagai tanda ingatan kepada semua  
"Terimalah kad ucapan dari ku untuk mu ...
harap sudi menerimanya"

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI
DISAMBUT DENGAN PENUH ERTI
MAAF DIPOHON SETULUS HATI
AGAR PERSAHABATAN TERUS BERSEMI


Semoga kita semua menyambutnya dengan penuh gembira dan sentiasa selamat di bawah lindungan Allah SWT.


KOLEKSI KAD RAYA 1433H  DARI E-SAHABAT


















\









kadraya 2012














6 ulasan:

notie berkata...

Selamat hari raya.

Wah nak jadi penulis novel ke? Boleh lah kawan saya ramai penulis novel. Norhayati Berahim, Noor suraya, Kak anis ayuni.... boleh geng dgn saya ler baca novel. hehehehe

Syimama berkata...

Wah lawak raya Notie ni.. saya pung kawan penulis tu... kawan baca hasil tulisan mereka, nak tulis sendiri? Lupakan je dulu.

ok selamat hari raya, maaf zahir batin

Khairul Abdullah berkata...

Terima kasih kerana sudi menjenguk saya di kejauhan ni. Salam Aidilfitri untuk kakak sekeluarga. Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Syimama berkata...

khairul Abdullah

TQ kunjungan balas. Berhubung dgn Khairul, buat akak teringat M.Alif Aziz (anak kawan belakang rumah) yg belajar disana.

Apapun, selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga berbahagia bersama keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari raya utk syima sekdluarga. Maaf lambat ucapkan. Semoga syima gembira dihari raya ni.

Syimama berkata...

Kunang-kunang.

Walaupun lambat kak, ucapan tetap diterima. Alhamdulillah atas doa dan begitu juga untuk akak sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...