Iklan

Jumaat, Jun 01, 2012

KMTJ

Assalamualaikum.

Azib anakku.

Zaman persekolahan mu telah berlalu...telah ditamatkan dengan jayanya. Pelbagai kenangan sepanjang zaman persekolahan mu.

Anakku... masih ingat tak lagi dialog / kerenah mu di zaman persekolahan.  Antara kerenah yang tidak dapat mama lupakan ...


Dialog 1 (darjah 4) :
"Abah, boleh tak abah berhentikan sekolah Azib sekarang ni, nanti dah dekat UPSR Azib gilah sekolah balik .... Azib tak minatlah nak ke sekolah sekarang ni".

Dialog 2 (tkt 1) :
"Puan, anak puan demam / semput ...sila datang asrama dan bawa balik anak ya".  (Berkali-kali keadaan begitu, tidak termasuk entah berapa  kali bila  nak balik asrama  demam ... Adusss, bikin stress ini budak).

Dialog 3 (tkt 3) :
"Ma, Azib dah sampai Pudu Raya, tolong ambil ya ... surprise". "Hah.... surprise kamu kata?.... kami semua balik kampung, macamana kamu balik KL pula.... kenapa tak beritahu awal?".

Alhamdulillah .... segalanya telah dapat diatas dan anakku  telah banyak berubah.   Dari seorang kanak-kanak comel lote bertukar menjadi kanak golongan terpendek di sekolah dengan sikap slamber dek  dan  tiba-tiba terus bertukar .... meninggi menjadi remaja kurus keding yang dah banyak cakap.

Kini musim telah berubah.... mulai 28 Jun 2012 bermulalah musim baru, setapak ke dunia baru, episod baru ... tiada lagi episod pakaian seragam sekolah.

Tapi walau bagaimanapun episod baru, kewajipan dan  peraturan hidup tetap berterusan.  Semoga anak ku tidak lupa... tidak leka atau terlalai dengan perubahan.  Jangan biarkan diri hanyut atau terpedaya dengan kejutan budaya baru ya.

Mama doakan semoga anak ku terus maju, penuh semangat untuk meneruskan perjuangan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.  (Tanggungjawab di dunia, tanggungjawab akhirat, kejayaan dunia kejayaan di akhirat - kerana kejayaan dunia sahaja tiada maknanya jika tiada kejayaan akhirat tau!)

 KMTJ - 28052012





Membakar semangat adik-adik ... Hai si baju biru, tahun depan kita datang sini lagi ya!

Menuju ke tempat penginapan sepanjang di KMTJ.
Ma & abah tinggalkan kamu di sini dengan penuh harapan tinggi menggunung, semoga tidak disia-siakan kesempatan yang diberikan .... pulang dengan kejayaan.

Tengok tu ... dia ni alegik sikit dengan kamera, nak ambil gambar kenangan pun tak mau... 



Sebelum pulang ... kami singgah ke pekan Pontian, oleh kerana kedudukannya di tepi pantai, kami pun tidak ketinggalan menjengah pantai sebentar.

Terserempak sang biawak sedang bersantai di tepian pantai.

Arif nak posing dengan biawak ... tapi biawak tu kelihatan malu pula, terus berlalu.... he3




Alang-alang menyelok pekasam, 
dah sampai singgahlah ke Ayer Hitam 







 Budak kecil ni memang pantang nampak kedai mainan.
Apa lagi ... membodek la tu.....



Berakhir episod kali ini ... jumpa lagi di episod akan datang.
Semoga succes selalu

Wassalam.




3 ulasan:

Kamsiah berkata...

kejap ja kan anak belajar kat kolej matrikulasi...setahun tak terasa...anak sulung saya dulu kat kolej matrikulasi teknikal kedah...sekarang dah buat degree kat UMP...

Syimama berkata...

Salam Kamsiah

Metrik ni 10 bulan je masa belajarnya. Sebab tu belajar pun kena ekspres, jangan sampai ketinggalan. Sebelum ni abangnya di KM Penang, sekarang sambung di USM.

Semoga anak-anak kita semua berjaya cemerlang, dunia dan akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Syimama,

Tahniah pada Azib sebab dah menyambung pelajaran ke Matrikulasi.

Anak kak ani yang ketiga pun bermatrikulasi di sini, masa tu dia merupakan batch pertama di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...