Iklan

Selasa, April 10, 2012

BUKU ANTARCTICA

Hemmm ...hari ini rasa bertuah sekali sebab berpeluang membelak "BUKU ANTARCTICA" tulisan Y.Bhg Pro-Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor.



Pada 4 April 2012 yang lepas kami berpeluang mendengar kisah perjalanan Seri Paduka Baginda Yang Di–Pertuan Agong Al–Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al–Marhum Sultan Mahmud Al–Muktafi Billah Shah, Yang DiPertuan Agong XIII ke Antartika  pada November 2011.

Melalui program MPU kami dipertontonkan dengan foto-foto dan video sepanjang lawatan penyelidikan scientific tersebut dan dibukukan dalam Antarctica .


Sewaktu program  dijalankan, Tan Sri Salleh telah menghadiahkan beberapa buah buku tersebut kepada yang berjaya menjawab soalan yang diajukan sepanjang program.  Dan antara yang dapat menjawab soalan tersebut ialah Bos kami ... En Nik Kamal.

Maka dengan itu, dapatlah kami menatap  kandungan buku tersebut yang berharga RM280.00  Di dalamnya penuh dengan gambar-gambar indah di Antartika serta dengan  penceritaannya...





Untuk mengetahui lebih lanjut ... sila dapatkan ANTARCTICA tulisan Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...