Iklan

Isnin, Ogos 08, 2011

PUASA DAN SERUNDING

Assalamualaimum e-sahabat

Alhamdulillah, telah 8 hari kita berpuasa, terasa begitu pantas masa berlalu.  Semoga semua sahabat dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.  Bulan puasa camni, masa untuk berblog agak terhad.  Maklumlah .... masa ni terlalu banyak 'offer' bagi orang berpuasa, jadi cuba mengejar segala kesempatan yang diberikan.

Ditakdirkan Allah, permulaan puasa ni, kesihatan kami sekeluarga agak kurang memuaskan.... lepas sorang..sorang  demam.  Apa dihidang semua tidak menimbulkan selera....masak nasi asyik tak habis.  Hinggakan tak tau nak hidang apa untuk berbuka.  Waktu sahur ada kalanya hanya makan roti celup air teh je.

Sedang berfikir-fikir mencari menu sesuai untuk menimbulkan selera.... tiba-tiba bertemu pembekal "SERUNDING" terus dari Pasir Mas Kelantan.  Pembekal ni menawarkan harga murah.  Sejak tu, hidangan harian sentiasa ada serunding... makan nasi bubuh serunding, makan sup bubuh serunding.  Maklumlah dapat harga baik.... Alhamdulillah.

SERUNDING DAGING

Harga Serunding Daging:

1 kg = RM46.00
500gm = RM24.00
200gm = RM10.00
100gm = RM5.00

Kalau kawan-kawan berhajat "SERUNDING DAGING" ni...... konteklah nombor telefon cam kat label tu... InsyaAllah boleh dapat jika masih ada  bekalan.


6 ulasan:

Deena Yasmin berkata...

deena tak penah lagi makan nasik ngan serunding kak syima :) nak try la nnt...

Salmiza-Hafis berkata...

Tringat zaman kt u dlu..ada kwn tu mmg dr kg lemal psr mas..jd die sll bwkble naik cuti sem..mmg sedap..

Syimama berkata...

deena... sedap tau makan serunding ni, akak dah dok kl baru kenal serunding daging, tiap puasa inilah bekalan, penyeri hidangan cuma nak dpt harga yang ok tu agak susah. Cubalah...make selalu!

Syimama berkata...

salmiza... wa, bestnya dapat kawan camtu, boleh tompang sekaki..lagipun nak dapat yang rasa sedap tu yang susah dapatkan.

khairul abdullah berkata...

Serunding ni best makan dengan macam-macam dan salah satu kemestian bila travel ke luar negara.Sekarang saya tinggal di Jerman dan stok serunding saya masih ada lagi 6 pek. Simpan sikit untuk raya nanti..dan sedikit buat makan hari-hari waktu berbuka maupun bersahur.

Syimama berkata...

en khairul, wah banyaknya simpan stok serunding. Serunding ni tahan lama, yang baru 5-6 boleh tahan. Bercakap tentang Jerman, teringat sorang anak jiran belakang rumah yg kini sedang belajar di jerman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...