Iklan

Ahad, Ogos 14, 2011

DUGAAN RAMADHAN - KERETA DIBEDAL DEPAN RUMAH

Selepas menunaikan fardu zohor, dalam suasa panas terik, dibulan puasa  ... kami sekeluarga hanya berihat di rumah.  Mulanya cadang nak keluar cari barang jam 2.00 petang, tapi cik Abe kata "letihlah, lain kali".  So... dok rumah jelah.  Begitu juga jiran-jiran ku...lepas solat zohor tadi kelihatan semua ada dirumah.

Tiba-tiba.... "DOOM!.......HOI...BERHENTI, BERHENTI!".... dengar orang menjerit2.
Semua bergegas keluar rumah.... apa yang dah jadi ni.  Hah... kereta ku kena bedal?  Aduhai... sebuah pacuan empat roda telah melanggar keretaku dan kereta jiran depan.  Kemudian dia cuba lari, salah jalan... termasuk jalan mati depan rumah kami..... waktu mengundur dengan terhoyong-hayang melanggar pula kereta merah milik jiran depan rumah.  GERAMNYA!!

Keretaku... kemek bumper dan retak lampu.

Ni kereta Aishah, jiranku... kemek2 dan pecah lampu.

Nasib baik ada ramai jiran berada depan rumah siap sedia. Mereka tahan kereta tu... MABUK rupanya pemandunya.  Tengahari buta camnipun ada orang mabuk ya... ingatkan malam je orang mabuk.  Sungguh tidak sopan...
Tengok tu kereta si mabuk...kemek depan bedal keretaku.... kemek belakang, bedal kereta jiran.

Si mabuk ni cuba nak lari... nasib baik cik adik ni ada...antara yang sentiasa berkawal.

Jiran tahan pemandu tersebut .... bila disoal, jawapan merapu ... orang mabuk katakan. Dia cuba nak lari...tapi ada ramai yang bersedia mengawasinya.  Cikgu Mat jiran selang 2 buah rumah memanggil polis .....polis datang soal siasat.


tu dia...bukti yang kami dapat dari dalam kereta si.... mabuk 

Tidak lama selepas tu, taukeh si mabuk ni datang....setelah berunding, mereka bersedia membaikpulih kerosakan kereta kami.  Tetapi walau bagaimanapun hati kami terluka sebagaimana terlukanya kereta kami.
Dugaan....semoga ada kebaikan disebalik kejadian.  Jika dikira, masih bernasib baik, kerana kereta diletak diseberang, jika letak depan pagar, seperti biasa ..... tentu lebih parah kereta ni.
Tengok tu.. kedudukan kereta kami, dengan jalan yang luas .... cuma orang tidak waras je yang timbulkan masalah.

Ini pula kereta majikan si mabuk yang datang menjamin....
 terpaksa dirakam sebagai bukti jika mereka tidak tepati janji.


3 ulasan:

notie berkata...

Salam,
hish hish sebesar jalan pun boleh sangkut... huhuhu memang menyusahkan sungguh org mabuk ni kan. Calar kete walau secuit tetap mencalarkan hati tuan punya maklumle beli bukan murah mahal tu beb jadi hati tetap terguris walaupun hanya sedikit. Sabor je lah ye

Syimama berkata...

waalaikum salam notie.
Ialah notie, walaupun cuma sikit, tapi tetap gerem. Nasib baik sikit je kan ... tapi arini dah lega, tauke dia dah ganti lampu baru n cat semula. tqlah.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Syimama,

Itulah akibatnya bila mabuk.

Orang lain jadi mangsa tak pasal2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...