Iklan

Jumaat, Julai 29, 2011

HUJAN EMAS NEGERI ORANG, HUJAN BATU NEGERI SENDIRI....

Pada hari selasa lepas, kami adik beradik terpaksa atau dipaksa bercuti oleh bonda kami atas urusan keluarga. Bukan apa-apapun, sekadar urusan kecil tetapi terpaksa diselesaikan bersama adik beradik.



Kami lima beradik, 4 perempuan tinggal di lembah klang dan seorang lelaki tinggal di kampung.  Buat pertama kali dalam sejarah dewasa ini kami 5  beradik dapat berkumpul bersama tanpa ditemani suami dan anak-anak.  Sy dan adik ke 2 tompang kereta adik ke 4, kami bertolak dari KL lepas solat subuh terus ke Teluk Intan (TI).  Adik ke 3 balik awal bermalam di kampung.

Kami sampai jam 8.30 pagi.  Wahhhh... TI  telah berkembang, cantik, luas dan serba baru.  Entah berapa lama kami tidak singgah ke mari.  Teringat dulu2, zaman sekolah... kalau mak ajak ke TI...huh, hebatnya... seperti nak pergi luar negara punya gembira.  Naik bas TATA, kemudian lalu kilang UNITATA (satu2nya kilang yang begitu cantik dan indah pemandangannya... dikala itu pada pandangan kamilah....).

Suasana jalanraya di bandar TI .... jauh berbeza dengan suasana di sini.  Kami tengok orang pergi kerja, berkereta dengan santai, yang naik bas...semua dapat tempat duduk.  Kami singgah minum di medan selera berdepan Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan, suasana di sini juga sangat santai...minum sambil berbual-bual tanpa berebut2 atau terkejar-kejar.  Rasa terkilan sedikit kerana terlupa mengabadikan suasana dalam bentuk foto. Maklumlah... sesekali dapat berjumpa, asyik bersembang pelbagai topik... hingga lupa ambil gambar.  Dah sampai rumah baru terasa kerugiannya..................



Bahagianya mereka yang tinggal dan bertugas di sini.......... damai.  Tapi pada kami 4 beradik...walau seindah manapun di sini... tapi tempat kami juga tetap indah bak kata pepatah "HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI .. INDAH LAGI NEGERI SENDIRI".  Dan jawapan semuanya kerana  "REZEKI KAMI BUKAN DI TI TAPI REZEKI KAMI TELAH DITENTUKAN DI KL".

Alhamdulillah...jam 11.00 pagi urusan kami telah selesai.  Oleh kerana masih awal, bolehlah kami singgah kampung.  Adik bungsu kami ajak shopping dulu di Jakel dekat dengan  kampung ...he3, di KL tak pernah singgah ... kat sini boleh sampai pula.  Kami pun belilah apa2 yang patut...kemudian terus balik rumah emak.

Turun dari kereta ... apa saya lihat?
Apa lagi... orkid2 bonda yang sedang berkembang.  Yang ini memang tidak terlupa "klik-klik".


'Speacial' kami balik kali ini........ sebelum balik, mak "nyangoni kami" / beri "sangu" (beri duit saku" sedangkan kami semua bekerja dan bergaji sendiri.  Kemudian mak dah sediakan untuk kami kuih apam ino, kerepek pisang, sambal pecal dan kerabu serta siap tebang pisang.  Semua dah disediakan untuk kami bawa pulang.  Bukan itu saja... rupanya mak dah suruh adik ipar kami masak lauk kegemaran kami "masak lemak jantung pisang dan kerabu".

Terharunya kami... kami betul2 terasa seperti masih kanak-kanak, waktu belajar dulu-dulu, bila nak balik asrama... mak akan beri duit saku dan sediakan makanan untuk bekalan. Mak nampak begitu gembira, mungkin dia begitu berbesar hati kerana kami semua dapat balik, berkumpul dan selesaikan urusan dengan sempurna dan dapat singgah ke kampung.


Setelah kami berikrar didepan hakim... maka inilah ikrar kami buat EMAK TERCINTA.


"Mak, sesungguhnya kami sangat sayang pada mak. Kami begitu bahagia dan amat bersyukur kerana punya emak yang baik, bijaksana, tegas, kuat dan tabah.  Kami percaya apapun teguran atau keputusan yang yang mak buat adalah yang terbaik untuk kami.  Semoga mak sihat dan selamat sejahtera sentiasa, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati Allah dunia akhirat".  


Amin.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...